Pang!
Terteleng kepala lelaki muda itu ke kanan. Tangan naik mememegang pipi yang terasa pijar kerana menerima tamparan daripada seseorang.
"ANAK TAK GUNA! SANGGUP KAU BUAT MAKSIAT DEKAT RUMAH AKU SETAN!" Tuan Muhammad memekik kuat sambil memegang dadanya. Merah menyala matanya ketika ini sambil anak matanya menikam ke wajah putera sulungnya itu.
"Abi..." Qhasyaf yang baru ingin bersuara tersentak apabila dipintas oleh ayahnya.
"AKU BAGI KAU DIDIKAN AGAMA. AKU BAGI KAU KEMEWAHAN QHASYAF. TAPI INI... INI YANG KAU BALAS DEKAT AKU!" Puan Qarina mengusap belakang suaminya untuk menenangkan Tuan Muhammad. Air mata yang mengalir dibiarkan. Dia tidak menyangka anak yang dikandung dan dilahirkan dengan susah payah akhirnya melakukan perbuatan keji di dalam rumahnya sendiri.
"Abi Qash-"
"Umi..." Lirih dan sayu suara seorang gadis yang sudah terbaring di atas katil bersaiz queen itu. Tiga pasang mata yang berada di bilik itu terus menoleh.
Puan Qarina bergerak dengan langkah yang longlai ke arah gadis muda yang sudah dianiaya oleh anaknya.
"Umi... Dia... Tolong..." Qhadeeja tuturkan ayat dalam keadaan tersekat sambil jari telunjuknya diarahkan ke depan. Walaupun jari telujuk itu tidak mengarah tepat ke sasarannya tetapi mereka di situ tahu, siapa yang gadis muda itu maksudkan.
"Ya... Umi kat sini Deeja. Umi tolong Deeja." Tersekat-sekat suara wanita itu menuturkan ayat. Dipandang wajah si gadis yang separuh sedar itu dan terdapat sedikit darah di tepi bibir serta ada juga kesan merah di pipi kanannya. Pasti gadis itu ditampar. Dan tak usah ditanya siapa pelakunya, Puan Qarina semestinya sudah tahu.
Puan Qarina kembali berdiri. Dia berjalan mendekat ke arah Qhasyaf yang sudah terdiam di tepi dinding. Dapat dilihat baju kemeja anaknya yang sudah terbuka beberapa butangnya.
Puas dia cuba menidakkan tindakan anak sulungnya itu, tetapi situasi yang berlaku sekarang seakan mengatakan semua itu benar.
Pang!
Satu penampar hinggap di pipi kiri Qhasyaf.
"Kau memang anak tak guna. Kau memang ANAK TAK GUNA QASH! SANGGUP KAU PUKUL DEEJA!" Kalau tadi ayahnya yang seolah-olah ingin membunuhnya. Tetapi kali ini, ibunya juga seakan-akan ingin melakukan perkara yang sama.
Qhasyaf hanya merelakan diri apabila ibunya memukul belakangnya bertubi-tubi. Kalau dilihat wajahnya sekarang ini, pasti sudah tiada lagi rupa tampannya. Yang ada hanya darah, lebam, dan luka yang sudah memenuhi seluruh muka itu.
"UMI! Dah umi dah." Qhaleef dengan pantas menahan lengan uminya yang hendak menghentak pasu bunga ke kepala abangnya.
"Tak payah halang umi Qhal. Budak ini memang patut mati je," pintas Puan Qarina lagi dengan suara yang serak. Air mata yang mengalir sudah seperti hujan sekarang ini.
Dia sangat kecewa!
"Biarkan Qhal. Biar je dia mati!" Abinya pula bersuara membenarkan tindakan isterinya sebentar tadi.
"Abi..." Qhaleef menegur. Yelah, sepatutnya ayahnya membantu menenangkan ibunya bukannya menyokong.
"Apa? Kamu nak kata abi salah pulak. Hei! Tu... Kamu tengok muka kamu itu. Kamu pun kena dengan budak tak guna ni kan..." Tuan Muhammad kembali membidas kata sang anak sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah wajah yang turut berdarah dan lebam itu.
"Kamu tengok apa yang budak ini buat dekat kamu. Sebab apa? Sebab kamu halang perangai setan dia kan?" ujar Tuan Muhammad lagi membuatkan Qhaleef terdiam.
YOU ARE READING
MILIK DIA
Storie d'amoreMengisahkan seorang gadis berusia 22 tahun bernama Naura Qhadeeja. Kehidupannya penuh sederhana, hanya membesar di rumah anak yatim dan tanpa sengaja menjadi anak angkat dalam keluarga Tuan Muhammad Al Attas. Penemuannya dengan anak teruna ketua rum...