BAB 1

107 6 0
                                    

"KAU kat mana, Wolf?" Bengang Rayyan menunggu kedatangan Ian tetapi belum sampai. Sekarang ni mission mereka sudah habis. Namun, kelibat Ian langsung tak kelihatan.

"Korang balik dulu. Nanti aku datang," balas Ian.

"Tapi maklumat tu ada kat kau. Kau balik sekarang sebelum aku pecahkan muka kau!"

"Ye, aku tahu! Ada hal yang aku nak kena settle kejap."

Akhirnya, mereka semua pulang ke base tanpa Ian Darren. Misi mereka kali ini tidaklah begitu berat, tapi cukup penat untuk menyelesaikannya.

"Mana Ian?" Meliar mata Fahim mencari kelibat rakannya itu.

"Kejap lagi dia balik. Dia cakap ada hal."

"Kau percayakan dia? Dengan semudah itu, kau bagi dia keluar lepas habis mission?" Dia tergamam akan respon Rayyan yang selamba.

"Kau dah kenapa? Salah ke? Nanti dia balik lah." Salah ke dia bagi izin Ian keluar selepas mission? Rayyan tertanya-tanya sendiri.

"Memanglah tak salah. Tapi kau dah lupa ke apa yang jadi dulu? Macam mana orang tu datang balik selepas lima tahun menghilang..." Teringat akan kejadian lima tahun lalu, yang membuatkan mereka hampir kehilangan nyawa.

Kebetulan sebulan selepas kematian Elyssa, Nak atau tak nak, Ian terpaksa ikut mereka. Tanpa Ian, susah semuanya hendak bergerak. Hanya Rayyan dan Ian saja yang mampu menumpaskan musuh.

Habis saja mission pada hari itu, Ian hilang dari radar. Puas mereka semua cari, tapi langsung tak jumpa. Terpaksa Fahim menggunakan kepakaran dia untuk mencari Ian.

Jarinya ligat menekan butang-butang kekunci laptop, akhirnya kordinat Ian pun dijumpai. Bergegas mereka ke tempat yang telah dinyatakan tadi.

Hampir hilang nyawa mereka apabila melihat Ian terbaring tidak sedarkan diri dengan darah berlumuran di seluruh badan. Cepat-cepat mereka bawa Ian ke hospital berdekatan.

Sampai sekarang mereka masih tidak tahu bagaimana Ian boleh jadi seperti itu. Pernah Rayyan menanyakan hal ini kepada Ian, tapi langsung dia tak ingat kejadian tersebut.

"Aku yakin, dia pulang dalam keadaan selamat. Jangan risau." Rayyan tersenyum kelat dan menepuk bahu Fahim berkali-kali untuk menenangkannya.

Tapi, sebenarnya dia sendiri pun tak yakin. Risau jika pisang berbuah dua kali.



The Untold Truth (Ebook)Where stories live. Discover now