BAB 3

92 4 0
                                    

MELIHAT kedatangan Wolf di bangunan itu membuatkan mereka bertiga tidak tentu arah. Lelaki yang cukup gerun dan dingin selain Viper.

"Tak cukup lagi ke dinner korang sebelum ni?" sinis pertanyaan itu.

"Perempuan yang macam itu pun kau nak jadikan habuan juga? Sangat bernafsu ya." Ian sempat menoleh ke arah Marsha sekilas pandang sebelum tumpuannya beralih semula ke arah tiga lelaki itu.

Dengan penuh harapan, Marsha berharap lelaki yang tidak dikenalinya itu dapat menyelamatkannya daripada ketiga-tiga penjahat itu.

Ian melangkah setapak demi setapak. Tudung yang dibaling tadi, tepat berada di kaki Ian. Dia menunduk sedikit untuk mengambilnya.

"Tudung?"

Selangkah Ian maju ke hadapan, selangkah juga mereka bertiga mengundur ke belakang.

"Kenapa mengundur? Takut?"

"Siapa cakap kami takut?" ujar salah seorang daripada mereka dengan sombong.

"Betul?" tanya Ian dalam nada mengejek.

Ian mengangkat tangan seolah ingin membaling sesuatu. Cepat-cepat mereka bertiga mengelak.

Ian tergelak kecil dan yang pastinya itu merupakan gelakan sinis. "Penakut rupanya."

Mereka menelan air liur. Sungguh mereka tidak berani untuk melawan Ian. Cukup sekali sahaja mereka pernah kena. Kekuatan Ian lagi kuat jika dibandingkan dengan kekuatan mereka bertiga.

Susah untuk melawan jejaka dihadapannya. Terlalu bijak dan licik.

"Lepastu memang nak berdiri kat situ ke? Taknak selamatkan diri? Aku baru habis bunuh orang, aku malas lah nak tambah dosa lagi." Urat di tangan dan kepala dibetulkan. Matanya merenung tajam ke arah mereka, cukup menggerunkan.

"A-aku takkan larikan diri!" Mereka lagi sanggup berlawan dengan Ian daripada mati dibunuh oleh bos mereka.

Ian berdecit. Dia sudah dalam keadaan penat. Nak pula kena lawan dengan tiga ekor manusia tak guna ni. Habis tenaga dia. Ian berjalan menghampiri Marsha, ikatan tangan dan kakinya dibuka. Tudung yang berada di tangannya tadi, dihulurkan kepada Marsha.

"Nah! Tutup kepala kau. Aku taknak tanggung dosa lain sebab tengok rambut kau."

Marsha mengambil tudung tersebut dan cepat-cepat memakainya.

"Teri..." Tak sempat Marsha nak berterima kasih tapi sudah dipintas oleh Ian.

"Kau tak payah nak berterima kasih sangat. Belum tentu lagi kau selamat." Sinis sekali nada itu.

"Dah pergi sana. Jauhkan diri kau daripada aku."

Marsha menunduk pergi meninggalkan Ian sendiri melawan tiga penjahat itu. Dalam hatinya berharap supaya Ian selamat dan dapat menumpaskan penjahat.

"Dah sedia ke?" Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Gaya yang sangat santai ajak musuh untuk berlawan.

Mereka bertiga berdecit halus. Gaya Ian sangat menjengkelkan, walaupun mereka tahu Ian bukan calang-calang orang.

"One by one? Or one by three? Macam tak adil je. Aku baru balik dari mission. Penat ni."

Lelaki bertatu mengetap gigi. Geram dengan keyakinan Ian walaupun dia tahu tenaga dia tidak setanding Ian. Tapi satu lawan tiga, dia yakin dia akan menang. Lagipun dia pasti tenaga Ian tidak kuat kerana lelaki itu baru menyelesaikan misi.

Dia memberi isyarat kepada lelaki botak untuk menyerang Ian. Satu layangan penumbuk hampir terkena di muka Ian, tapi sempat Ian mengelak.

"Itu je ke?" ejek Ian.

Mereka bertiga menyerang Ian serentak, tapi Ian hanya mengelak sahaja. Langsung tidak membalas setiap serangan yang diberi.

"Lagi? Takkan dah penat." Dia sengaja tidak membalas. Sengaja untuk menghabiskan tenaga mereka bertiga dahulu sebelum dia menyerangnya kembali.

Termengah-mengah mereka bertiga mencari nafas selepas setiap serangan yang mereka lakukan.

"Okay okay. It's my turn," ujar Ian sambil bibirnya tidak lengkang dengan senyuman sinis dan menakutkan.

Dengan pantas Ian memulakan serangan, tumbukan ke arah lelaki bertatu tapi sempat dia mengelak dan tumbukan terkena lelaki botak.

Serentak itu, Ian mengangkat kakinya kemudian berpusing 360 darjah dan tepat mengena kepala lelaki bertatu.

"Kill two birds with one stone." Ian bertepuk tangan untuk diri sendiri. Bangga.

"Your turn," ujar Ian kepada lelaki yang masih tercegat berdiri di tepi.

Terketar-ketar kakinya melihat Ian seperti sedang bersedia untuk menyerang dia. Dua kawannya sudah tumbang akibat serangan Ian. Sekarang hanya tinggal dia seorang sahaja.

Lelaki itu cuba melepaskan tumbukan pada wajah Ian tapi genggamannya disambut tepat oleh Ian.

Ian memusingkan penumbuk lelaki itu ke bawah lalu dia melepaskan tumbukan tepat mengenai pipi. Dia cuba untuk melarikan diri, namun siku Ian laju menyiku tulang pipi dengan kuat sehingga terkoyak dan pengsan.

"Selesai." Telefon yang dimatikan tadi dihidupkan lalu menghantar pesanan kepada Fahim untuk memaklumkan pihak polis ke tempat kejadian.

The Untold Truth (Ebook)Where stories live. Discover now