BAB 2

72 3 0
                                    

SELESAI sahaja mission, cepat-cepat Ian bergegas ke satu tempat yang dia ternampak ketika mission dijalankan. Dengan adanya sifat berperikemanusian masih ada dalam dirinya, dia bergegas ke tempat itu.

Bangunan kosong terletak di tepi jalan yang sunyi itu dilihat dengan rasa curiga dan berhati-hati. Takut jika kehadirannya akan menyedarkan orang dalam bangunan itu.

Bunyi bising dari bangunan itu seperti orang sedang bertekak dan memukul seseorang kuat kedengaran. Wajah sangsi dan ingin tahunya itu jelas kelihatan selepas mendengar bunyi bising, justeru hatinya tersentak apabila mula mendengar raungan seorang perempuan.

Ian cuba menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Situasi ini mengingatkannya tentang kejadian di mana Elyssa Hayyes diculik tanpa sempat diselamatkan.

Traumakah dia?

Mungkin.

"Aku tak sepatutnya ada kat sini. Dia bukan siapa-siapa, Ian Darren. Kenapa kau baik sangat nak selamatkan perempuan tu?"

Dia pun berpatah balik meninggalkan bangunan itu. Namun baru beberapa langkah dia berjalan keluar, dia terdengar suara perempuan meminta tolong.

"Tolong!"

"Lepaskan aku!" jerit perempuan itu.

"Tak boleh jadi ni." Cepat-cepat Ian menuju masuk ke bangunan itu semula.

Diperhatikan sekeliling jika ada musuh yang merayau di luar bangunan. Tapi, satu kelibat manusia pun dia tak nampak. Selamat untuk dirinya yang akan bertarung seorang diri.

Kakinya perlahan masuk ke dalam bangunan itu tanpa sebarang bunyi supaya mereka tidak dapat mengesan kehadiran Ian.

Ian bersembunyi di sebalik dinding yang berhampiran dengan tiga orang lelaki dan juga seorang perempuan yang sedang diikat di kerusi.

"Siapa korang? Lepaskan aku, gila!" jerit perempuan itu lagi. Dia sendiri tidak tahu apa motif tiga orang lelaki itu menculik dia.

"Diam!" Tegas dan serius nada suara salah seorang lelaki itu.

"Kalau kau taknak mati awal, baik kau diam!" ujar lelaki itu lagi.

Salah seorang lelaki di situ mempunyai tatu 'nevermind' di lengan sedikit menjauh apabila mendengar telefonnya berbunyi nyaring tanda panggilan masuk.

Ian yang perasan lelaki itu menghampirinya, terus dia beralih dan bersembunyi lagi di sebalik tong-tong besar yang berada di situ. Tanpa sengaja, dia mendengar perbualan lelaki itu dengan seseorang perempuan misteri.

"Hello Miss."

"Kami dah dapat tangkap dia. Jadi Miss jangan risau, esok fashion show akan berjalan seperti biasa tanpa gangguan dia."

"Apa yang patut kitorang buat sekarang ni?"

"Miss biar betul? Kitorang boleh buat apa – apa saja?"

"Okay. Baiklah. Thank you, Miss."

Ian mengerut dahi. Perbualan yang sangat singkat. Tapi daripada cara perbualan lelaki bertatu dan perempuan misteri itu, mungkin perkara yang tidak baik akan berlaku pada perempuan yang diikat itu.

Jam tangan dikerling sekilas. Telefonnya dimatikan dan semua barang yang berkaitan dengan Fire Eagle dimatikan. Risau jika Fahim dapat tahu keberadaannya sekarang ini.

"Guys! We have dinner tonight!" ujar lelaki bertatu itu dengan teruja.

Mereka bertiga menjeling perempuan itu sambil menjilat bibir seolah-olah memberi isyarat yang dia akan menjadi habuan mereka bertiga malam ini.

Perempuan itu menggelengkan kepalanya. Mahkotanya hanya untuk bakal suami, bukan untuk lelaki berperangai syaitan.

"Kenapa geleng sayang? Dah tak sabar?"

"Tak payah menangis sangat. Takde siapa akan tolong kau."

"Nanti keluar dalam berita 'Designer terkenal mengandung anak luar nikah.' Wuish! menarik tajuk berita." Gelak mereka bertiga, seperti benda itu perkara biasa buat mereka.

"Ataupun Marsha Zeanissa yang dikenali sebagai designer terkenal merupakan seorang pelacur."

Makin kuat esakan Marsha. Dia tidak kuat untuk melawan tiga lelaki itu. Kudrat seorang lelaki sangat kuat, inikan pula bertiga.

Marsha pejam mata dan berdoa supaya ada orang akan datang menolong dia walaupun sangat mustahil.

Pipi Marsha disentuh dan dibelai dengan penuh nafsu. Melihat esakan Marsha yang mula kuat, tudung di kepala Marsha direntap kuat dan dicampak jauh ke lantai.

Tamparan yang kuat tepat mengenai pipi Marsha. Cukup membuatkan mata perempuan itu berpinar dan kepalanya agak pening.

Ian yang memerhati itu terus memejam mata dan mengalih pandangan. Kepalanya sedikit sakit seperti dicucuk-cucuk. Hatinya juga sakit bagai disiat-siat.

"Elyssa..." gumam Ian.

"Macam ni ke diaorang buat kat sayang? Ya Allah, kalau abang tak lambat masa tu, mesti kita tengah bahagia sekarang ni..." Tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipi.

Air mata yang memenuhi di tubir mata diseka dengan kasar. Makin lambat dia bertindak, habis perempuan itu dijadikan habuan oleh mereka bertiga.

Ian menapak dengan penuh yakin. "Can I join?" tanya Ian.

"Sure," jawab mereka serentak tanpa menoleh ke arah Ian.

Serentak mereka berpaling apabila sedar itu bukan suara salah seorang daripada mereka bertiga.

"Did I arrive after the start?"

The Untold Truth (Ebook)Where stories live. Discover now