MIMPI QARIZH
Qarizh menekap perutnya yang berlumuran darah lalu bangkit perlahan-lahan. Suasana yang suram dan sepi membuatkan Qarizh rasa sedikit takut. Qarizh terdengar bunyi derap kaki dari belakang lalu dia menoleh untuk melihat. "A-Ayah?" tegur Qarizh lalu mendekatkan dirinya ke arah lelaki itu. "Apa yang dah jadi pada kamu, Qarizh?" soal ayahnya lalu memeluk Qarizh.Tangisan Qarizh pecah. "Qar, r-rindu ayah s-sangat." kata Qarizh. "Ayah pun rindu, Qar juga tapi kita dah tak boleh bersama." balas ayah Qarizh. Qarizh mendongak untuk menatap wajah ayahnya. "Qarizh kena kuat. Qarizh kena kuat untuk orang yang Qarizh sayang. Balas apa yang diorang dah buat dekat Qarizh. Bunuh sahaja sesiapa yang sakitkan orang yang Qarizh sayang." pesan ayahnya sebelum perlahan-lahan menghilangkan diri. "A-Ayah? Ayah!" jerit Qarizh sambil mengejar ayahnya. "Tolong bertahan lebih lama, Muhammad Qarizh Rizki bin Muhammad Qarin Ridzki." pesan ayahnya lagi lalu menghilang sepenuhnya.
Qarizh rasa lutut sangat lemah, dia jatuh terbaring di tengah-tengah kawasan kosong. Matanya terasa berat untuk terus terbuka. "QARIZH! QARIZH!" dia terdengar seseorang memanggil namanya. Walaubagaimanapun dia tetap memilih untuk menutup matanya.
REALITI
"QARIZH!" jerit Koishi sambil menggoncang tubuh Qarizh. Melihat Qarizh yang tidak bergerak sedikit pun, Koishi tersenyum sinis lalu memijak perut Qarizh dengan kuat. Qarizh tersedar dari tidurnya lalu memuntahkan darah dari mulutnya. "Akhirnya kau bangun juga." kata Leftenan Jeneral Koishi lalu duduk di meja kerjanya. "Apa tujuan kau pijak perut aku macam tu?..Ergh." soal Qarizh lalu duduk bersandar pada dinding. Koishi hanya tersenyum sinis lalu membelek beberapa helai kertas di atas mejanya.Qarizh mengelap darah yang keluar dari mulutnya menggunakan lengan bajunya. Qarizh menekap perutnya yang masih berdarah. Qarizh mengerang kesakitan. Qarizh menatap Koishi dengan rasa penuh benci terhadap lelaki itu. Koishi bangkit lalu berjalan ke arah Qarizh. Dia menunjukkan sehelai kertas kepada Qarizh. "Kau kenal ni siapa?" soal Koishi. Qarizh mengangkat wajahnya, matanya membesar saat melihat kertas tersebut. "M-Mana kau jumpa gambar dia?"soal Qarizh pula. Koishi mengeluarkan pisau yang sama dia gunakan untuk menikam Qarizh tempoh hari. "Jawab soalan aku, Qarizh." kata Koishi. "Dia...Azam, Azam Syazmi." balas Qarizh. Koishi menekan luka tikaman Qarizh, Qarizh mengerang kesakitan. "C-Cukup!" jerit Qarizh. Koishi memberhentikan tindakannya lalu menyimbah Qarizh dengan sebotol air mineral.
Qarizh basah kuyup.
Koishi tersenyum sinis lalu membelasah Qarizh dengan teruk. Qarizh melawan Koishi, dia membalas semua tumbukan yang diberikan oleh Koishi kepadanya. Namun begitu, Qarizh tak mampu melawan dengan lama disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. Itu menjadi kesempatan kepada Koishi untuk memukul Qarizh dengan lebih teruk.
Beberapa minit kemudian, nafas Qarizh turun naik begitu juga dengan Koishi. Koishi tertawa sinis, "Boleh tahan juga kau ni tapi sayangnya aku menang kali ni." katanya lalu keluar dari bilik tersebut.
Qarizh bersandar pada dinding lalu duduk dengan perlahan. Tubuhnya rasa sangat sakit, dengan perut yang masih berdarah tak henti. "Ya Allah... Sakitnya!" jerit Qarizh. Qarizh menanggalkan mafla yang melilit lehernya lalu membalut luka tikaman di perutnya. Qarizh mengerutkan dahinya sepanjang dia membalut lukanya. Selesai membalut luka di perutnya, Qarizh besandar semula sambil memandang ke atas dan mengerutkan dahinya. "Sial kau, Koishi. Aku akan pastikan satu saat nanti aku yang akan bunuh kau sendiri." kata Qarizh lalu melihat ke arah luka di perutnya.
Koishi membersihkan tangannya yang berlumuran darah daripada Qarizh. Selesai membersih, dia keluar daripada tandas tersebut. Kemudian Koishi berjalan menuju ke bilik mesyuarat utama pangkalan tersebut. Koishi masuk ke dalam bilik tersebut. Semua anggota Tentera Jepun berdiri. Selepas Koishi duduk baru semua anggota tersebut duduk. "Tuan, apa yang tuan nak buat terhadap tawanan tu?" soal seorang anggota. "Kau tak perlu tahu pasal dia. Cukup sekadar yang kau tahu sahaja." balas Koishi.
"Pasukan Tentera Malaysia yang berada di Kuantan telah berjaya menolak tentera kita keluar dari bandar itu, Tuan." kata seorang tentera jepun berpangkat Mejar. "Nasib yang sama terjadi kepada tentera kita di Raub,Pahang." kata seorang lagi tentera Jepun berpangkat Kapten. Leftenan Jeneral Koishi mengambil sehelai kertas di hadapannya. 'GGK.' katanya dalam hati sambil mengetap giginya. Koishi menghela nafas panjang, "Hantar pasukan bantuan ke Kuantan dan Raub. Lepas tu hantar pasukan khas kita, jejak semua pasukan khas Malaysia terutamanya anggota-anggota GGK." arah Koishi.
"Tuan, kita dah berjaya masuk ke sempadan Negeri Sembilan dan pasukan kita dalam perjalanan menuju ke Port Dickson." kata seorang lagi tentera Jepun berpangkat Mejar. Koishi mengukir senyuman, dia gembira mendengar berita tersebut. "Bagus, teruskan usaha kita untuk menjarah negara ni. Semua bersurai." kata Koishi lalu keluar dari bilik tersebut. Koishi berjalan menuju ke bilik penyimpanan rekod tahanan yang ditahan di dalam pangkalan tersebut.
Koishi membuka sebuah laci daripada berpuluh-puluh laci yang ada dalam bilik tersebut. Koishi mengeluarkan sebuah fail lalu membuka fail tersebut. Dia meneliti satu fail tersebut, "Rupanya Qarizh bukan calang-calang orang. Aku kagum, terutama sekali semangat dia." kata Koishi lalu menutup dan membawa keluar fail tersebut keluar dari bilik tersebut. Dia berjalan menuju ke biliknya semula, sepanjang dia berjalan dia hanya tersenyum kerana dia sudah tahu seberapa pentingnya Qarizh untuk Malaysia.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAWANAN YANG DISEKSA (Complete)
Misteri / ThrillerKisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...