Pesanan WhatsApp dibuka dengan segera. Mata Ameer Shafwan tertumpu kepada nama pengirim WhatsApp tersebut.
Siapa lagi kalau bukan nendanya!
Nenda : Nenda cuma nak share quote atau nasihat je. Membazir itu amalan syaitan. Kalau tak suka, bagi kat orang lain. Jangan buang ke dalam tong sampah. Membazir ye... Jangan ikut perangai syaitan tau. Itu je... Take care and have a nice day cucu nenda. Lots of love (Tambah emoji flying kiss)
Ameer Shafwan terdiam. Speechless!
Ada apa dengan perempuan tu sampai nendanya back-up macam ni?
Tiba-tiba... Ameer Shafwan teringat kata-kata Amri, sepupunya tempoh hari tu. Pesanan WhatsApp daripada nendanya ini adalah satu bukti yang kata-kata sepupunya itu, memang terbukti betul!
Nendanya memang tahu yang perempuan tu ada niat yang tersembunyi. Tambahan pula, nendanya turut memujuknya secara halus macam ni dan terang-terangan menyokong tindakan perempuan gila tu.
Ameer Shafwan mendengus kasar. Shit!
Red rose bouquet di atas meja coffee tu diambil lalu diserahkan semula kepada Faris. Faris menyambutnya dengan muka kebingungan.
Kenapa?
"Awak ambil dan buatlah apa yang awak suka. Ikutkan hati, saya nak buang je. Menyemak..." Ameer Shafwan menyambung kerjanya semula yang tergendala sebentar tadi.
Faris terkejut. Hah?
"Tuan bagi saya ke?" Faris bertanya dengan nada dan muka innocent.
Ameer Shafwan kerutkan keningnya. Dia mendongak dan pandang Faris dengan riak muka yang sangat serius.
"Daripada saya buang bunga tu, awak bagi isteri awak atau sesiapa je yang awak nak. Saya tak nak bunga tu. I hate it!" Nada suara Ameer Shafwan berubah jadi tegas.
Faris terkedu. Walaupun begitu, Faris anggukkan kepala saja.
"Baik tuan. Saya faham. Terima kasih... Kalau macam tu saya keluar dulu." Faris meminta izin untuk beredar. Takut nak berlama-lama dengan Ameer Shafwan sebab apabila melihatkan majikannya itu, dia seram. Hari ini, mood majikannya itu tidak baik!
Selepas saja Faris beredar, Ameer Shafwan mengambil semula kad kiriman tadi tu di atas meja coffee lalu membuangnya ke dalam tong sampah!
YOU ARE READING
ISTERI TUAN AMEER SHAFWAN
RomantikDisebabkan jatuh cinta buat kali pertama, Umairah sanggup berbuat apa sahaja demi meraih cinta dan hati untuk si jejaka yang dingin, serius dan kejam iaitu Tuan Ameer Shafwan! Sebelum cinta berputik... "Hei perempuan! Kau BUKAN PILIHAN untuk dijadik...