PROLOG

1.2K 126 34
                                    

          UMAIRAH mengambil sudu serta napkin lalu meletakkannya di atas meja makan yang sudah berhias cantik dan kemas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          UMAIRAH mengambil sudu serta napkin lalu meletakkannya di atas meja makan yang sudah berhias cantik dan kemas itu.  

          Selepas itu, dia melangkah ke arah kaunter dapur jenis marble colour putih.  Lauk yang sudah dihidangkan di atas pinggang itu diambil lalu diletakkan di atas meja makan tersebut.  

          Dia tersenyum nipis.  Alhamdulillah, done!

          Umairah menyeka sedikit peluh di dahinya itu.  Jari kirinya yang berbalut plaster direnung seketika sebelum tersenyum lagi.  Berbanding sebelum ni, ketika di awal tempoh perkahwinannya tu... Tidaklah teruk sangat.  Semasa mula-mula belajar masak tempoh hari tu, hampir keseluruhan jari-jemarinya berbalut plaster.  Sekarang, dah makin kurang.  Syukurlah.  Sekurang-kurangnya ada improvement sikit!

          Lauk yang terhidang di atas meja diperhatikan sekali lagi.  Malam ni, dia masak makanan ala barat sikit.  Ayam panggang ala Kenny Rogers.  Ada mashed potato, sayur salad, black paper sos, mushroom soup serta roti garlic.  Tidak lupa juga, dia turut sediakan juice tembikai dan segelas air sejuk.  

          Harap dia suka.

          Inilah rutin hariannya yang tidak pernah tinggal sejak dia berkahwin dengan Ameer Shafwan.  Baginya, penat lelah mengemas rumah serta memasak berbaloi sebab dia lakukan untuk orang yang tersayang!

          Jam di tangan dikerling sesaat, Umairah membuka apron yang tersarung ditubuhnya itu dan segera melangkah ke bilik tidurnya.  Dia berdiri di depan cermin dan memastikan wajahnya dalam keadaan yang 'sedap mata memandang'.

          Semoga suaminya itu suka dengan apa yang dia masak malam ni... Itulah doa Umairah.

          Umairah merapikan ikatan rambutnya.  Dia capai lip gloss di atas meja mekapnya dan mencalitkannya di bibirnya itu.  Pink and soft sangat-sangat!

          Selepas itu, setelah berpuas hati dengan keadaan dirinya itu... Umairah mengatur langkah ke ruang tamu semula.  Menanti kepulangan insan yang tercinta!

          Walaupun sudah hampir setahun jangka perkahwinannya dengan Ameer Shafwan tu, dia tetap nervous dan excited dengan kepulangan Ameer Shafwan dari office tu.  

          Tidak lama kemudian...

          Tombol pintu kondominium dibuka dari luar.  Tiada suara yang kedengaran.  Hanya bunyi rak kasut dibuka dan ditutup semula.

          Umairah segera berdiri dari sofa dan mengenggam jari-jemarinya.  Nervous.  Dia perhatikan kelibat Ameer Shafwan yang muncul dari ruang foyer tu.

ISTERI TUAN AMEER SHAFWANWhere stories live. Discover now