BAB 3 - SHAMELESS

323 37 12
                                    

          Ameer Shafwan masih tidak percaya dengan ajakan untuk berkahwin daripada Umairah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Ameer Shafwan masih tidak percaya dengan ajakan untuk berkahwin daripada Umairah itu.

          Jadi suami?

          Gila.  Perempuan ni memang gila!

          "Ini kali pertama i jumpa perempuan yang tak tahu malu macam youYou memang tiada harga diri ke?" Ayat pedas lagi berempah tu dilontarkan kepada perempuan yang duduk di hadapannya ketika ini.

          Betapa dia benci dengan sikap santai serta selamba perempuan ni yang telah berjaya menawan hati milik nendanya itu.

          He hate it!

          Ada riak terkejut di raut wajah perempuan tu apabila terdengar pertanyaannya itu.  Bukan setakat pertanyaan.  Lebih kepada hinaan!

          Tapi, sebaliknya... Perempuan itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya saja. 

          "Apabila melibatkan perasaan i... Harga diri? It's priceless.  Ia sangat suci.  I tahu jaga harga diri iI tak pernah dekat dengan mana-mana lelaki.  Sehinggalah kejadian hari tu... That's my love at first sight.  Benar kata orang, cinta itu buta.  Salah ke i sebab terlalu jujur?" Umairah menongkat dagunya sambil tayang muka tidak bersalah.

          Ameer Shafwan tidak terkata-kata.  Love at first sight? Mengarut!

          "I don't like youAnd, please... Get lost! Jangan sesekali ambil kesempatan dengan kebaikan nenda i.  Balik rumah nanti, tengok cermin.  Sila sedar diri dan fikir kenapa i perlu sukakan youI hate you.  Remember that!" Ameer Shafwan berdiri.  Tidak ingin berlama-lama di situ dengan perempuan yang tidak faham bahasa!

          Tetapi...

'Shameless!'

          Sebelum Ameer Shafwan melangkah pergi, Umairah terdengar kutukan padu daripada jejaka tampan tersebut.

          Kerutan kening Umairah hampir tercantum rapat.  Dia hela nafas nipis.  Weh, dia terasa!

          Salahkah dia berterus-terang tadi? Sampai hati kutuk dia macam tu!

          Tidak lama selepas itu, Nenda Ijah muncul dengan senyuman lebar.

          "Nenda ternampak kelibat Ameer dari sini tadi, dia cari nenda ke?" soal Nenda Ijah sambil menoleh ke belakang.

          Umairah tersentak dengan pertanyaan daripada Nenda Ijah tersebut.

          Alamak!

          "Er... Dia... Dia... Umai...." Umairah tergagap-gagap sebab dia tak tahu nak jawab pertanyaan daripada Nenda Ijah tu.

ISTERI TUAN AMEER SHAFWANWhere stories live. Discover now