MENDENGAR derapan tapak kasut itu Teoh Jin Hong menoleh sedikit wajah ke sisi kanan.Lelaki yang berusia 30-an itu melangkah mendekati dia yang sedang terikat kedua tangan dia belakang dan terduduk melutut ke lantai.Lelaki itu menjatuhkan lutut kanan ke lantai dan memotong tali ikatan itu.Teoh Jin Hong menggosok kedua pergelangan tangan yang sakit itu.Tak sangka kali ini musuh dia lebih cepat.Diserang secara tiba-tiba dia diculik dan dibawa ke sebuah gudang.Dia bernasib baik anak buahnya bertindak dengan cepat lagi-lagi si Black Wolf ini.Bangun berdiri Teoh Jin Hong membalikkan tubuh memandang wajah Amir yang terdapat sedikit kesan darah.Sudah pasti bukan darah lelaki itu melainkan darah dari orang lain iaitu musuh mereka sendiri.
"Terima kasih."Teoh Jin Hong menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Ingat janji kau. Lepaskan aku."
Teoh Jin Hong memandang Amir yang bersuara.Memandang wajah lelaki itu dia tahu tiada guna lagi dia menahan.Lagipula seperti nama samarannya.Lelaki itu sukar untuk dijinakkan.Kerana itu juga Amir sanggup mengkhianati ketua lamanya semata-mata untuk bebas.Namun,sehingga sekarang dia tidak memberi kata putus kerana terlalu fokus dalam kerja lain.Teoh Jin Hong tahu sekarang adalah masanya.Untuk tunaikan janji dia kepada lelaki itu.Dia mahu menunjukkan kepada Amir yang dia tidak sekejam bapanya.
"Baiklah. Mulai hari ini kau bebas. Pergilah cari kebebasan yang kau mahukan,Am. Aku minta maaf buat kau tertunggu selama ini."ujar Teoh Jin Hong.
Kedua bebola mata Amir membulat.Dia memandang ketuanya itu dengan riak tidak percaya.Teoh Jin Hong yang melihat ketawa kecil.
"Kenapa? Kau tak percaya? Pergilah,Am. Aku takkan halang kau. Janji kau dekat aku pun kau dah lunaskan. Kau sendiri tahu aku macam mana. Aku sendiri tidak mahu dengan semua masalah ini tapi disebabkan masalah ini sudah lama diwujudkan oleh keturunan aku sendiri aku tak ada pilihan lain."
"Kau akan lepaskan aku? Macam itu je?"
"Aku janji aku takkan cari kau. Kau dah lama terseksa dengan bapak aku dulu. Sekarang bapak aku dah tak ada. Kau pergilah. Tentang yang lain aku tahu macam mana nak handle. Kau pergi bina kehidupan yang kau mahukan selama ini."Teoh Jin Hong bersuara lagi menepuk bahu lelaki itu.Dia mahu Amir tahu yang dia tidak berbohong dengan kata-katanya.Dia memang bergelar anak kepada lelaki yang kejam itu dan sejak lelaki itu sudah tiada kini dia yang memegang jawatan besar di dalam kumpulan kongsi gelap ini walaupun dia sendiri tidak mahu.Namun kerana tersepit dia tiada pilihan.
Amir hanya berdiri membelakangi ketuanya itu.Mendengar derapan tapak kasut itu yang semakin jauh dan jauh dia melepaskan satu nafas berat yang dia tahan selama ini.Pisau yang berada di genggaman tangan kanan terlepas berbunyi jatuh ke lantai bangunan usang dan kosong itu.Hujan mula kedengaran jatuh ke muka bumi.Adakah kali ini dia dapat genggam kebebasan yang dia mahukan?
YOU ARE READING
I WILL PROTECT YOU
Romance"Argh!! Ada orang buang bayi!"-FAKRUL "Eh,bongok. Itu orang tak panggil bayi tapi orang panggil... Hi,baby."-AFWAN "Banyaklah kau punya baby. Kau ni siapa? Macam mana kau boleh ada dalam van aku ni?"-AMIR Terkejut AMIR ZAFRAN apabila dia membuka bon...