BAB 1

1 0 0
                                    

AVA YUSRA menggigit kuku tangan kanan dan berjalan mundar mandir di dalam bilik.Rasa takut dan gementar bersatu dalam diri.

Ting!

Bunyi itu! Aku cepat-cepat mengambil telefon pintar di atas meja solek.Yes! Aku bersorak di dalam hati.Menoleh memandang cermin yang memaparkan imej aku sendiri aku terasa sebak.Kali ini gambar itu aku tatap.Untuk kali ini.Maafkan,Ava.Ava tak mampu tunaikan permintaan papa.Kalau Ava masih teruskan hubungan ini.Ava akan menyesal seumur hidup.Memandang cermin di meja solek itu semula Ava lepas nafas panjang.Nekad dengan keputusannya.Dompet kecil itu diambil bersama telefon pintarnya dan beransur melangkah mendekati pintu dan keluar dari bilik.

Aku turun tangan dengan perlahan.Harap-harap tiada siapa yang lihat.Orang di dalam rumah ini pun masing-masing sibuk ke sana ke sini menyiapkan apa yang patut.Tak tunggu lama aku menyambung langkah hingga ke arah dapur.Memandang pintu belakang yang terbuka luas itu bibir aku menguntum senyuman.Sikit je lagi.Bisik hati aku sebelum langkah aku terhenti.

"Ava."

Erk! Aku pejam mata.Ingat tak kantoi.Pura-pura senyum aku membalikkan tubuh memandang Nursiah,pembantu rumah aku yang paling lama berkhidmat dalam rumah ini.Malah,orang tua ini juga tempat aku menumpang kasih sejak aku kehilangan orang tua aku.

"Ya,Mak Siah?"

"Ava nak pergi mana tu? Kenapa tak duduk je dalam bilik. Nanti rombongan pihak lelaki sampai apa pula kata mereka."

"A... Ava nervouslah,Mak Siah. Ava ingat nak ambil angin luar sikit. Nak tenangkan diri."

"Ava Ava. Ini baru nak tunang. Belum berkahwin lagi."

Aku hanya mampu tersengih.Sengaja mengurangkan syak wasangka wanita itu kepada aku.

"Tak apalah. Nanti kalau mereka dah sampai Mak Siah panggilkan Ava. Tapi,jangan pergi jauh-jauh sangat. Faham?"

"Baik,Mak Siah."

Nursiah tersenyum dengan jawapan Ava majikannya itu.Sejak bekas majikannya meninggal dunia.Dia yang membawa amanat membesarkan Ava sehinggalah gadis itu tumbuh dengan sihat dan sudah berusia 24 tahun.Malah hari ini akan menjadi detik yang bahagia kepada dia.Ava akhirnya akan mengikat tali pertunangan dia dengan jejaka itu.Gembira hatinya hanya Tuhan yang tahu.Dia mengatur langkah ke arah ruang tamu melihat persiapan terakhir yang dilakukan pekerja-pekerja bagi urusan pertunangan ini.

Aku masih tersenyum memandang belakang Mak Siah yang sudah menghilang itu.Maafkan Ava.Bisik aku di dalam hati.Aku berharap sangat wanita itu mampu memaafkan aku atas keputusan yang akan aku ambil ini.Menyambung langkah kembali.Aku mengintai di luar belakang rumah aku itu.Line clear! Bisik aku di dalam hati gembira.Laju aku melangkah menuju ke pagar kecil itu.Kain dress yang agak meleret dan panjang itu aku tarik ke atas separas betis dan aku terus berlari tanpa memakai kasut di atas jalan raya itu.Sakit pun aku tak kisah dah.Nafas aku tercungap-cungap.Akhirnya sampai juga aku ke kereta itu.

"Bos,okay tak ni? Kasut pun tak pakai."

"Jangan risau. Sakit sikit je."aku membalas.Memandang wajah Syikin aku tahu dia risau.

"Jom,cepat."ajak aku.Berlama-lama disitu kantoi rancangan aku walaupun aku dah rasa mereka sedar tentang ketiadaan aku di rumah itu.

Hampir pitam diri dia apabila Ava,si bosnya ini tiba-tiba memberitahu dia untuk menunggu dia tidak jauh dari rumah.Punyalah dia bersiap cantik untuk melihat bos dia itu bertunang.Bila ditanya jawapan yang diberikan Ava memang mengejutkan dia.Ava,bosnya itu tidak mahu bertunang.Dalam erti kata lain mahu lari dari pertunangan ini! Tapi,atas dasar apa? Sebelum ini dia lihat Ava dan Nasrul baik-baik sahaja.Bahagia pula itu di pandangan matanya.Jadi apa yang tidak kena?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I WILL PROTECT YOUWhere stories live. Discover now