4

0 0 0
                                    

Airin mencapai kain lap yang berada di tepi gelanggang lalu mengelap boulesnya, mengurangkan risiko bola itu terlepas dari tangannya. Matanya langsung tidak lepas dari memandang boules pihak lawan yang menutupi kawasan bola jet.

Dia menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali sebelum membaling bolanya tepat pada boules pihak lawan.

'Ketakk!'

Bunyi yang dihasilkan dari geseran boules besi itu berjaya menambah satu lagi point untuk kumpulan Airin. Kalau ikut markah semasa, dia dan pasangannya mendahului dengan dua mata.

Walaupun cuaca petang itu agak terik, ia langsung tidak menjejaskan semangat Airin untuk mara ke peringkat akhir bagi peringkat saringan. Hanya yang menang sahaja akan layak mewakili universitinya ke peringkat seterusnya.

Sambil mengutip boules, dia mengerling ke arah penonton yang boleh dikira dengan jari jumlahnya. Disebabkan perlawanan petanque adalah serentak dengan perlawanan bola tampar, jadi kuranglah penonton Bersinar matanya apabila terlihat Azmir yang turut berada dalam kalangan penonton.

Dari khemah penonton Azmir menghadiahkan senyuman segarisnya sambil melambai tangannya perlahan. Sempat dia menunjukkan tulisan LED yang tertulis pada skrin telefonnya.

'Menang dapat sushi'

Airin tersenyum membaca tulisan tersebut. Sempat dia menghadiahkan 'thumbs up' pada Azmir sebelum kembali fokus terhadap permainannya.

Memang itu apa yang dijanjikan Azmir sewaktu mereka berjumpa tempoh hari. Azmir tahu betapa gemar dia akan makanan yang berasal dari Jepun itu.

"Airin, kau nak point ke kau nak shoot?" soal Fitrah, separa berbisik. Kedua - dua mereka memerhati boules yang sudah dibaling oleh pihak lawan.

"Bagi aku placing boules aku dulu, so nanti kau senang nak shoot,"

Fitrah mengangguk sebelum memberi ruang kepada Airin untuk mengambil tempatnya.

Boules pertama di baling, agak jauh dari sasaran berbanding dengan boules pihak lawan. Airin cuba menenangkan dirinya. Memikirkan itu merupakan pusingan akhir menyebabkan dia sedikit gementar.

Kali kedua boules dibaling, bolanya berjaya dibaling rapat pada bola jet.

Setelah beberapa kali boules dibaling, akhirnya kedua dua pasukan terikat dengan mata 11 point. Bola milik Fitrah merupakan bola penentu.

"Fit, kau letak je boules kau depan boules aku. Kita boleh menang ni," bisik Airin apabila melihatkan satu boulesnya yang berada dekat dengan jet.

Fitrah mengangguk perlahan. Balingan dibuat.

'Ktakk'!

Sekali lagi bunyi itu memecahkan sunyi, tapi sayangnya boules milik Airin yang terkena balingan Fitrah menjadikan kedua - dua boules mereka jauh dari jet.

Pasukan lawan sudah bersorak kegembiraan melihat keputusan akhir manakala Airyn oula menundukkan kepalanya sambil mengetap bibirnya.

"Weh Rin, sorry weh aku tak sengaja," ucap Fitrah.

Airyn mengangkat kepalanya memandang Fitrah. Satu senyuman tawar terukir di wajahnya. "Tak apa, bukan rezeki kita nak menang," balas Airin sambil tersenyum. "Good game," ucap Airin kepada pihak lawannya sebelum beredar dari gelanggang petanque itu.

Dengan lesu, dia berjalan ke arah Azmir yang sedang menunggunya di belakang khemah. Semakin dia menghampiri Azmir, semakin kabur penglihatannya dengan bibir yang dicebikkan.

Azmir merenung kedalam matanya. "Tak apa, second place is okay," katanya sambil mengusap kepala Airin perlahan.

"Tapi... aku nak sushi," kata Airin dengan muncung dibibir. Walaupun sebenarnya dia tidak berapa kisah dengan taruhan sushi itu, tapi biarlah Azmir fikir dia sedih sebab sushi, bukan sebab kalah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BEAUTIFUL : MOONWhere stories live. Discover now