3P.M
SI BOTAK : All SV , from today saya akan datang ke setiap outlet untuk check kebersihan dan kualiti produk setiap outlet . Saya juga akan buat meeting di selected outlet . Tarikh dan masa saya akan inform semula pada hari yang akan datang .
"Aduh mak nak buat meeting pulak si botak ni . Pastu nak visit-visit lak." kata Phia .
Oh lupa nak kenalkan . Phia , dia adalah kawan seperjuangan aku . Otak kitaorang sama je , dua-dua anti-skibidi dan aku yakin bukan kitaorang berdua je yang tak suka dengan si botak tu . Perangai macam tu siapa je yang suka kan .
" Kau haritu dia bagi warning letter kan? Aku nampak kat group SV . Gertak je lebih si tua bangka tu , sekali aku pijak apa pun tak dapat ." bebel Phia
"Haah , dia bagi aku warning letter . Apa yang nak sangat sign aku pun tak tau."
"Kau pun ikutkan je . Reason pun benda kecik je pun . Datang lewat 5 minit bukan 5 jam . Kalau aku tu , aku fight je . Dia pun bukan tak pernah buat silap . Silap haribulan aku nak report kat HQ ."
" Aku malas Phia . Kau tau-tau la perangai dia macam mana . Lagi pulak rumah dia dekat je dengan rumah mak aku . The worst part is dia kenal mak aku . Nanti kang dia jadi mak bedah tonggek duk jaja cerita kang ."
TING! TING! TING! TING!
Food Bear berbunyi menandakan ada pesanan air diterima yang mengganggu perbualan kami .
" Berapa Dira?"
" 10."
" Wah , pesta ke?"
" Cuba kau tengok nama yang order air ni."
SHAROL HAFIZ.
" Si botak tu kan? Banyak dia order , guna Food Bear pulak tu ." soal Phia.
" Kena ikut SOP lah kalau macam ni . Kang kita direct dia rasa lain berepisode pulak karangan dia." ujar aku
Air yang dipesan pun tidak lah susah mana untuk orang yang expert seperti kami . Si botak tu nak tambah sales kot . Yelah , baru-baru ni saja sampai 3 kali dia bising sebab sales kami kurang . Apa yang dia nak harapkan? Kitaorang menari tiang kat luar untuk tarik pelanggan? Mustahil lah pelanggan nak minum air kelapa setiap harikan?
Dengan ekonomi sedang naik menurun macam ni takkan lah nak mengharapkan sales tinggikan? Aku pun tak tau la macam mana SV-SV yang lain boleh bertahan . Termasuklah aku yang sampai sekarang makan makian dia .
" Settle . Semoga si botak tu tercekik tertelan isi kelapa ni ." ujar Phia.
" Kejam sia kau ."
Abang Food Bear akhirnya sampai untuk mengutip pesanan yang dipesan pelanggannya .
" Bawak elok-elok bang , air boss saya tu." pesan aku .
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6P.M
TINGGGGGG!
Telefon bimbit yang tersisip rapi dipoket seluar aku berbunyi . Ada 1 pesanan mesej baru masuk .
SI SKIBIDI
Nak apa lagi lah orang tua ni . Aku dah balik kerja pun nak kacau lagi . Cuba kalau satu har tu tak kacau aku tak boleh ke . Tiba-tiba aku teringat satu kejadian di group SV . Kak Rhia , selamba menegur si botak itu kerana mengkacau waktu cutinya .
KAK RHIA : Saya cuti sir , takkan la saya kena datang kedai semata-mata untuk buat samping? Haritu paip kami bocor sir tak ada pun datang nak tengokkan ke nak baiki ke . Nasiblah staff saya sorang tu pandai bab-bab paip bocor ni . Report pun sir tak buat , jadi sir harapkan apa daripada saya? Benda simple macam ni pun sampai nak kena sign warning letter? Kau ni 47 tahun ke 17 tahun?"
SI SKIBIDI : ( SEEN )
Ganas kan kak Rhia? Dia sorang je yang si botak tu takutkan sebab Kak Rhia ni mulut jenis cakap lepas . Apa je yang dia tak puas hati dengan si botak tu terus di shoot . Aku pun teringin nak sembur kat muka si botak tu . Bagi dia sedar sikit yang dia tu dah bau-bau lumpur tanah .
Lamunan aku dipotong apabila ringtone telefon bimbit aku berbunyi lagi sekali . Sama , dari si botak tu lagi .
SI SKIBIDI : Siapa yang buat air ni?
SI SKIBIDI : AKU TANYA NI SIAPA YANG BUAT AIR NI??!Tertelan air liur aku . Tikus mondok dah mengamuk la pulak . Apa lah masalah dia dengan air aku buat ni , rasanya takdek pun ludah-ludah ke apa ke . Buat malu kat staff aku je perangai kanak-kanak dia ni .
AKU : Saya dengan Phia sir . Kenapa?
SI SKIBIDI : Apasal air cair? Korang ni reti buat air ke tak reti? Dengan manis nak potong kakinya .
PHIA : Cair? Lawak apa sir buat ni? Dah nama pun air memang lah cair .Kitaorang buat air follow SOP . Kalau rasa diri tu tak kuat manis kenapa tak pilih option half sugar or no sugar?
Sepi .
Aku text Phia personal . Baran betul ye dia . Kebodohan si botak tu pun terserlah sangat tu , bodoh yang tak dibuat-buat . Aku harap sangat keturunan bodoh dia tu sampai tahap dia je , jangan sampai tahap anak-anak dia pun terikut sekali .
AKU : Kau okay tak Phia?
PHIA : Okay je . Takdek la geram betul aku dengan dia tu . Bodoh sangat , cuba bagi dia buat air tengok . Haritu nak ambik order pun tanya kau nak kena tekan mana .
AKU : Itu lah , nasib kau dah tolong semburkan untuk aku sekali .
Jam tepat menunjukkan pukul 7 . Laju juga masa berlalu . Aku harap malam ni tak ada showtime la , kot-kot la mengamuk lagi .
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
9P.M
TINGGGGGGGGG!
Aduhai , apa lagi lah dugaan aku malam ni .
SI SKIBIDI : Saya ada terima 1 complain dari customer . Air customer dapat cair , terkoyak . Can you explain @Phia @Aku
AKU : Air siap pukul berapa , rider pickup pukul berapa , customer dapat air pukul berapa ye? Kadang kita bagi ais batu pun sampai kat customer cair kalau rider yang lambat .
STAFF 1 : Air siap awal kak , masuk je order terus kitaorang buat . Rider yang lambat pickup . Dia pickup dalam pukul 5 macam tu .STAFF 2 : Betul kak , order masuk dalam pukul 4:45 p.m macam tu .
PHIA : So terang-terang kat sini yang staff tak salah kan @Siskibidi ?
Aku menarik nafas lega . Nasib baik lah bukan salah budak-budak aku , kalau diaorang salah ni mesti ada point dia nak ungkit . Kalau boleh 3,4 bulan yang lepas pun dia nak ungkit lagi .
TINGGGGGGG!
" APALAGI LAH SI BOTAK NI ADUHHHH! " aku dah naik darah dah dengan orang tua ni . Ada aku gi rumah dia , aku bom terus .
SI SKIBIDI : Apa masalah outlet awak ni? @Phia @Aku . Harini je 2 complain dah saya dapat . Tadi boleh lah bawak bincang , yang ni dah too much . Kalini saya dapat info yang customer tak dapat straw dan ada lalat dalam minuman , saya nak semua kena warning letter . Esok saya datang dan akan agihkan warning letter , sila sign terima kasih .
" Apa benda lahai , aku baru je hembus nafas lega tak ada yang teruk-teruk . Ada jugak rupanya , haih."
YOU ARE READING
Si skibidi
RandomMengisahkan tentang hidup seorang remaja perempuan yang mengharungi segala masalah hidupnya . Paling teruk sekali , ada skibidi yang telah menghancurkan hidupnya . Nak tau lebih lanjut? Bacalah