Permulaan yang agak pelik dan mengelirukan untuk budak mentah macam aku . Entah macam mana aku boleh terfikir nak ikut jalan ni malam-malam . Nak kata manusia tapi macam bukan , nak kata hantu pun bukan jugak . Sebabtu aku cakap benda ni pelik , aku nak gambarkan pun susah . Tambahan pulak jalan gelap adapun cahaya samar daripada motorsikal buruk aku yang makin memalap . Keadaan tu agak buat bulu roma aku naik sebab apa yang aku nampak ni bentuk dia macam orang tapi ada tanduk , berkaki dua tapi bertangan tiga , berbadan kecil tapi berkepala besar . Susahkan nak bayangkan? Aku pun tak tau nak cerita pasal hidup ke pasal hantu tapi takpe lah aku teruskan jugak .
Aku pun mengumpul keberanian yang aku ada untuk berpatah balik daripada menggunakan jalan yang aku nak lalu tadi . Walaupun jalan yang aku bakal lalu nanti lagi jauh daripada jalan yang aku nak lalu ni tapi aku taknaklah jadi korban "binatang" tu malam ni . Walaupun aku rasa nak mati tapi aku tak bersedia lagi nak mati . Perlahan-lahan aku mengundurkan motorsikal aku . Terjengket-jengket aku mengundur tiba-tiba binatang itu seakan perasab keberadaan aku .
" Sial ."
Jantung buat kerja . Laju mengepam darah . Ini kalau check darah tinggi mesti kena tahan wad kecemasan . Perlahan-lahan "binatang" itu memusing kebelakang , bersiap sedia untuk mengejar .
" Ini kalau tak mati , comfirm mati ni ." Aku membuat pusingan cemas . Kaki aku tergeliat .
" Pegi mampos lah sial! "
Semakin laju "binatang" tu berlari , makin jelas susuk tubuhnya . Kepalanya botak bertengkorak , berseluar jeans biru berlubang-lubang , berbaju T-shirt berkalendar , berlari memegang surat . Motorsikal dipulas habis tetapi lajunya seperti aku menarik bumi . Sekilas aku memandang sosok ngeri itu di cermin sisi .
Hilang .
Aku menarik oksigen sepuas-puasnya . Lega , macam ada satu bebanan yang akhirnya kau lepaskan . Aku menoleh kebelakang untuk memastikan kelibat botak itu betul-betul menghilang .
" Fuh , nasiblah aku tak kena ratah hidup-hidup " . Setelah puas melihat dan meneliti kelibat itu , aku fokus semula penglihatan aku kehadapan . Alangkah terkejutnya aku , kelibat itu betul-betul dihadapan aku .
" ALLAH! " baru ingat tuhan , tadi masa kena kejar kau mencarut .
BEEPPPPPPPP!! BEEEEEEPPPPPPPP! PAPPPPPPPP!
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jam loceng disebelah diketuk kuat , mimpi rupanya . Muka digosok berkali-kali , realiti ke mainan syaitan lagi ni? Jam yang buat telinga aku berdesing itu diambil . Pukul 8:20a.m .
" Allahu akhbar , dah lambat sangat ni " selimut yang elok terbalut ditubuh cepat-cepat aku alihkan . Ini kalau tuan sri paduka tahu ni memang masak aku . Jantung aku berdegup kencang ibarat gempa bumi di Acheh . Mana tidaknya , semalam saja aku dijerkah dan diherdik oleh orang tua yang berambut m itu . Tak cukup realiti , dalam mimpi pun dia nak kacau aku .
Sepantas kilat aku bersiap mengalahkan The Flash . Kalau syarikat DC nampak betapa lajunya aku bersiap , percayalah aku dah jadi heroin dalam cerita tu . Mesti dah kaya , tak payah nak hadap orang tua botak ni hari-hari . Bahkan mungkin aku boleh sponsor hair tonic untuk dia . Kemaslah sikit berambut .
Akhirnya , aku sampai di kedai tapi...Lambat 5 minit . Ini semua salah Wardah kerana mengajak aku lepak semalam sampai pukul 2 pagi .
TINGGG! TINGGGG!
" Aduh tolonglah jangan si botak tu." seperti boleh meramal masa depan . Benar , nama si botak itu tertera di skrin telefon bimbit aku .
SI BOTAK : Kenapa lambat? Awak nak kena warning letter ke? Cakap pakai mulut taknak dengar , cakap pakai surat je lah . Nanti saya bagi surat , saya nak awak sign then saya nak bagi kat hq. (SEEN)
" Tak habis-habis warning letter dia tu . Sangap sangat dengan kertas gamaknya . Cakap je lebih buatnya tidak pun , ingat aku takut la dengan gertak kau tu . Bodoh , dah bau tanah pun nak main surat lagi." omel aku sendiri sambil menyiapkan barang persediaan untuk menjual .
Oh , lupa aku nak cerita pasal pekerjaan aku . Aku bekerja di syarikat Poo Integrated . Syarikat jual air kelapa . Pelbagai jenis jugak la contohnya macam air kelapa bandung , kelapa susu , kelapa coklat dan banyaklah . Kalau aku cerita pun tak habis sebab terlalu banyak menunya . Si botak tu pun tak habis membebel , nak saja aku block si tua tak sedar diri tu . Aku pun pelik kenapa aku boleh bertahan selama ni . Kalau kira-kira semula aku dah bekerja di syarikat sial ni dah 4 tahun . Lamakan?
Untuk pengetahuan korang , si tua nak mampus ni baru saja jadi manager di kedai aku ni , dalam 3 bulan macam tulah . Tapi bising mengalahkan dah 7 tahun kerja . Telefon bimbit di kaunter masih berbunyi . Baru 5 minit lambat , dia punya memekak kalau boleh 7 keturunan aku boleh dengar lagi .
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jam menunjukkan pukul 12p.m . Kenapalah waktu berpusing lambat sangat , masa aku tidur tadi laju pulak jam bergerak . Pelanggan pun kurang harini , mungkin sebab kewujudan kedai air teh yang baru saja dibuka semalam . Kata orang airnya lebih sedap daripada kedai air kelapa ni . Mana tidaknya , setiap bulan syarikat ni akan keluarkan air yang entah apa-apa . Air yang mengarut gila contohnya air kelapa tembikai , kelapa carrot , kelapa cheese . Mengarut gila kan?
Leka aku termenung memandang luar , kelibat sebuah kereta mazda bewarna kelabu elok masuk ke ruang parking . Aku tersenyum , sudah tentu aku tahu siapakah pemilik kereta tersebut . Korang pun mestu boleh teka siapa . Ya , si botak berambut m . Ini mesti sebab aku seen mesej yang dia tulis panjang-panjang di group kedai . Habislah , telinga aku akan bernanah dan dipenuhi dengan cacing-cacing botak sepertinya .
Bajunya yang bercorak kalendar , ber lanyard bewarna merah bertulis Poo In , berseluar jeans bewarna biru . Ya , memang benar itu dia . Si botak skibidi . Dari jauh raut wajahnya yang acah bengis sedangkan rupanya seakan tikus mondok tercekik tanah . Ingat orang takut lah kot dengan dia . Sudahlah boroi , botak berambut m .
" Kenapa tak reply kat group? Awak ingat awak SV awak boleh buat sesuka hati mak nenek awak ke? " Si botak ni dah mula dah . Tak cukup kat Whatsapp , kat sini pun dia nak sambung berleter lagi .
" Ni warning letter , saya nak awak sign ."
" Eh bodoh , setakat satu helai kertas je buat apa? Bagi aku 3 terus lah boleh aku berambus terus lah . Pandai-pandai lah kau cari SV untuk kedai bodoh kau ni." kata aku dalam hati . Tak mampu untuk memaki hamun dia secara berdepan sebegini . Marah , marah juga tapi aku ni bukan jenis cakap lepas macam itu . Selagi boleh sabar , aku sabar . Jangan sampai sabar aku bertukar jadi sabah sudah .
Perlahan-lahan aku menarik kertas yang diberikan oleh si botak tua itu . Tertera kesalahan yang aku dah buat iaitu datang lewat .
" Apa benda lahai si tua bodoh ni . Aku lewat 5 minit je pun , bukannya aku tak masuk terus." herdik aku dalam hati .
Aku mengambil pen yang elok terselit di pocket apron . Ikut jelah kehendak si tua ni . Aku tahu tanda tangan aku terlalu mahal sebab tu dia suka paksa aku untuk sign . Kertas yang diconteng itu aku pulangkan semula kepada tuannya yang botak itu . Asal datang kedai mesti acah-acah terpaling sibuk memandang laptop . Cermin diri sendiri mungkin sebab skrin komputer ribanya gelap semacam ." Tengah cermin diri sendiri la tu . Kenapalah aku ni bodoh sangat hahahaha."
YOU ARE READING
Si skibidi
De TodoMengisahkan tentang hidup seorang remaja perempuan yang mengharungi segala masalah hidupnya . Paling teruk sekali , ada skibidi yang telah menghancurkan hidupnya . Nak tau lebih lanjut? Bacalah