SI SKIBIDI : Time - 10.00A.M
Date - 14/7/2029
Place - Outlet Nathis Samudra
Ini adalah info untuk meeting kita next week . Sila bawa barang-barang oenting untuk saya sign . Terima kasihBerkali-kali aku melihat info yang diberi si botak ini . Nathis Samudra . Jauh jugak ye outlet ni . Kalau daripada rumah aku ambil masa 1 jam lebih juga lah .
" Jauh gila sial , aku nak naik apa pegi sana ni . Baik aku tanya Phia kot-kot la dia naik kereta."
Aku melihat telefon bimbit yang sedang dicas lalu mencari nombor telefin milik Phia untuk menghantar mesej .
AKU : Phia , kau gi meeting naik berapa?
PHIA : Aku tak tau do , kereta adik aku pakai pulak . Naik motor jom nak? Kita ride .
AKU : Aku okay je tapi kau lead jalan
PHIA : Eh kau la lead jalan . Aku tak pandai tengok map .
AKU : Ley ,ha yelah yelah .
Telefon dimatikan . Ini adalah pertama kali aku membawa motorsikal sejauh tu . Motorsikal pun belum diservis , belum mandikan lagi . Nantilah aku buat semua tu . Hari pun masih lama lagi .
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
14/7/2029 8:00 A.M
PAPPPPPPPPPP!
Aku terjaga dari buaian lena . Jantung aku berdegup laju ibarat baru habis lumba lari olimpik . Aku melihat jam , pukul 8 pagi . Macam manalah aku boleh tertidur malam tadi . Motorsikal belum dibasuh , nasiblah sudah diservis 2 hari yang lalu .
" Aduhai takkan la nak pegi dengan keadaan macam ni . Berlumpur nak mampos , macam masuk hutan . Ah mampus ah."Cepat-cepat aku mengambil sabun dan span . Air paip yang ditadah tadi aku jirus ke muka motorsikal . Mencuci disetiap celahan yang membuatkan mata aku nak buta . Telefon aku berbunyi lagi . Ada panggilan masuk .
SI PHIA
" Kau kat mana ni , aku tunggu kat kedai tau"
" Aku tengah bersiap ni . Kau sabarjap nanti aku sampai ." (BEEP)
Masak lah aku , mandi pun belum lagi ni . Jam dah pukul 8:30 A.M , kena sampai sana pukul 10 . Aduh sakit kepala aku . Memang aku bawak laju nak ke kedai nanti . Air paip ditutup rapi , batang paip dililit semula . Nanti kalau aku tak kemas balik ada lah singa betina mengamuk ( mak aku ) . Ingat apa? Tempat kerja je ada singa? Kat rumah pun ada tau .
Jam 9 pagi dan aku baru siap mandi . Phia dah banyak kali missed call . Mesti dia tengah membebel sebab aku lambat . Pakaian yang sudah tersedia lama disarungkan .
Aku memecut keluar dari perkarangan rumah . Laju , 100 km/jam juga lah aku bawa . Dari jauh aku boleh nampak Phia sedang berdiri sambil memeluk diri dihadapan kedai .
" Ish kau ni , dah la outlet tu jauh . Meeting start pukul 10 ni dah pukul 9:30 pagi ." bebel Phia .
" Alah santai lah kawan . Aku ada hal sikit tadi ."
YOU ARE READING
Si skibidi
RandomMengisahkan tentang hidup seorang remaja perempuan yang mengharungi segala masalah hidupnya . Paling teruk sekali , ada skibidi yang telah menghancurkan hidupnya . Nak tau lebih lanjut? Bacalah