"Hi, guys! Say hi to DJ Kelly too. As you all know... I will be interviewed by DJ Kelly aku. Aku sebenarnya nervous... so kalau gagap ke apa faham-faham jelah." Terus terangku cakap sebelum kena kecam ke apa. Aku tidak takut dikecam tapi takut orang mengecam itu masuk neraka gara-gara perbuatan yang tidak berfaedah itu.
"Don't mind my eyes guys... aku insomnia semalam gara-gara nervous dengan interview ni. Aku macam tak sedap rasa macam something might happen tapi don't worry it's only feelings and instinct. Teguran sikit buat semua kalau streamer... TikToker buka face camera, berjerawat mata panda jangan tegur. It can affect confident level tikToker tu," tegurku apabila ada komen melintas menegur bawah mataku yang hitam.
"Currently waiting for our turn... so wait patiently. Aku sekejap je ni takde main game ke apa... just a real life update," ujarku sambil mata meliar ke pintu stesen radio Eunoia. Perasaan gelisah tidak dinafikan memang musuh utama seorang manusia.
Sedang aku sibuk berbual bersma DJ Kelly dan penonton siaran langsung, kami dipersilakan masuk.
"Alright, guys! Aku ends live here. Dengar jangan tak dengar interview kejap lagi. Andai patah sayap raja wali; bertongkat juga saya ke mari; selamat tinggal penonton yang dicintai; berjumpa lagi di kemudian hari."
Butang Akhiri Siaran Langsung ditekan dan terus menuju ke bilik persiaran radio. Perasaan gugup memeluk erat tubuhku.
"Hai... hai everyone this is your sweet dj... DJ Kelly here. As promised infilix will be back after a long break...sorry ye. Today, I invited one of our most famous streamers,Bazli Fikri also known as Adam on GTA." Kata pembukaan untuk sesebuah bencana untukku. Silap jawap kena klip dan dikecam. Biasalah adat di zaman atom.
"Hai guys... finally masuk radio," bicaraku sambil sengihan di akhir kalam.
"How are you? Makan dah?" sapa mesra DJ Kelly. Dia pun tahu aku gugup ini boleh dikira sesi ice breaking.
"Alhamdulillah sihat... belum lepas habis ni baru makan." Anggukan oleh DJ Kelly membalas ke arahku.
"For those siapa yang curious siapa Bazli Fikri... I would like to share his background a little bit while the rest akan disambung oleh dia. He is a well-known streamer on YouTube and a year ago he just won a streamer of the year. Impressive, right?""
Segan aku kena bagitahu penghargaan aku menang itu bukan apa aku menang diundi bukan dinilai oleh juri ke apa. Orang cakap rezeki tidak salah alamat, aku hanya boleh bersyukur pemberian-Nya.
"Hello guys once again. Nama diberi Bazli Fikri saya start stream lama dah masa sekolah menengah lagi tetapi berhenti stream masa form 5 dan sambung semula masa covid start. Dapat reward tu pun sebab lucky je," kataku dengan rendah diri sebab aku tahu ada ramai yang lagi layak menang. DJ Kelly hanya tersenyum mendengar jawapan aku.
"Some people said streaming games are a waste of time and money. Apa yang Bazli boleh cakap tentang ni?" Soalan pertama pun sudah menguji otak aku serba sedikit.
"As for now, saya rasa streaming is not a waste of money and time sebenarnya sebab menjadi streamer kerja yang berbayar macam kerja yang lain jugalah tetapi pendapatan sebulan tu tak tetaplah ada masa tinggi ada masa rendah." Aku meminum air sedikit dan menarik nafas sebelum menyambung jawapan aku.
"Because of that, nasihat saya sesiapa yang nak jadi streamer, please jangan jadikan as a main career. Untuk adik-adik luar sana please jangan jadikan streamer as your first option career. For parents bolehlah macam sokong anak stream sikit-sikit lepas sekolah sebab streaming boleh latih dia orang punya social ability. Ini tak bermaksud anak tak buat homework and tak focus belajar. Please take note that streamer apa orang putih cakap double-edged sword... masuk ke alam streamer macam masuk ke planet neptune," nasihat aku kepada ibu bapa dan golongan muda.
YOU ARE READING
Homo Dementia
Science FictionHomo Dementia:Manusia yang hilang kewarasan Dunia yang aman dan sentosa berubah secara drastik selepas kewujudan makhluk yang terkenal di dalam filem menjadi kenyataan yang disangka hanyalah sebuah fantasi. Zombi, pemburu setia manusia menghancurka...