BAB 1

1 0 0
                                    

" Morning sweetie. Dah bangun ke? "

Terdengar suara yang indah datangnya dari telefon milikku. Sudah tentu suara itu adalah suara lelaki yang amat aku cintai, Ayash Mikhail bin Ardan. Bulan Mei ini genaplah 3 tahun hubungan kami sejak permulaan diploma sehingga saat ini. Hubungan yang diawali dengan baik pasti akan berkekalan, itu adalah prinsip kepercayaanku.

" Hey, sayang saya ni.. Bangun cepat, last class untuk semester ni takkan nak datang lambat kot? ," ujar Ayash sekali lagi.

Aku tersenyum kecil sambil mengangguk.

Sudah menjadi rutin harian kami berdua untuk tidur sambil bergayut. Sleepcall katanya. Lantas aku bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum dijemput oleh Ayash. Kebiasaannya Ayash akan datang menjemputku awal sejam daripada waktu kelas yang ditetapkan. Dia akan meminta izin untuk masuk dan berbual dengan kedua orang tuaku. Oleh kerana itu, Mama dan Babah dah terbiasa dengan kehadiran lelaki tersebut.

Seusai membersihkan diri, aku memilih pakaian untuk digunakan pada hari tersebut. Blouse berwarna maroon yang agak singkat dicapai serentak dengan skirt kembang berwarna beige. Tudung? Semestinya aku freehair. Belum sampai hidayah kononnya. Rambut ikal dibiar lepas.

Perfecto!

Aku terus mengukir langkah untuk turun ke tingkat bawah berjumpa dengan lelaki pujaan hati + kedua orang tua yang tercinta.

" Haa, sampai dah anak dara ni. Punya lambat bersiap, lama Ayash tunggu ," kata Mama sambil ketawa kecil.

Babah menayangkan muka bersahaja.

" Takda apalah, aunty. Nanti dah kahwin sama juga konsepnya, saya juga yang perlu menunggu, so practice make perfect hahahaha. ," jawab Ayash ringkas diselit gurauan.

" Ayash betul nak kahwin dengan anak uncle? ," soal babah memecahkan suasana riang itu.

" Kalau direstui, Ayash akan masuk meminang dalam dua bulan akan datang, Uncle. Sebelum masuk degree, saya akan usaha untuk halalkan Hawra. InsyaAllah semoga dipermudahkan ," ujar Ayash dengan riak wajah yang serius.

Aku tersenyum sebelum Mama mencubit lembut pahaku.

" Gatal ," bisik Mama.

" Baiklah, kalau macam tu Uncle tunggu ya? ," kata Babah sebelum dia bangun menghulurkan tangan untuk bersalam denganku.

Aku menyambut salam kedua orang tuaku, begitu juga dengan Ayash. Kami berdua berangkat untuk ke kampus.

KERETA elok diparkir di tempat yang tersedia untuk para pelajar. Masih ada setengah jam sebelum kelas bermula, pensyarah memaklumkan bahawa kelas akan bermula lewat sedikit kerana beliau perlu menguruskan sedikit urusan rasmi.

Ayash mengelus perlahan kepalaku sambil tersenyum manis.

" Sayang ingat tak tempat tu? ," soal Ayash sambil menunjuk ke arah lobi kampus.

" Mestilah ingat, tu kan tempat I tunggu babah pick up. Kenapa boleh tak ingat pula? ," aku cuba bergurau senda.

Ayash menarik muka cemberut.

" Takpela, orang tak sudi ingat kita.. ," katanya dengan nada kecewa.

Aku tertawa kecil.

" I ingatla, sayang. Tu kan tempat you usik I mula-mula dulu, setiap hari you tunggu I kat situ even you ada kelas pun you keluar just untuk lambai I. Lol haha ," aku cuba mengambil hatinya kembali.

AM I WRONG? [OG]Where stories live. Discover now