Jauhkan budak ni dari aku. Muak.
Itu lah ayat yang aku selalu dengar setiap kali aku bertemu dengan ayah. Ayah selalu menghiraukan aku dan diri aku yang kecil ini, tidak pernah merasakan cinta dari sang ayah seperti kanak-kanak lain.
"Cik Vivi! Mari masuk! Kami dah siapkan manisan!" Panggil salah seorang pelayan.
Walaupun ayah menghiraukan aku, aku masih lagi mendapat perhatian daripada pekerja-pekerja di dalam rumah agam ni.
Kata pengasuhku, katanya aku sudah berumur 8 tahun. Ye la...aku kan tak tahu macam mana nak kira umur sendiri kan...
Pembantu rumah semuanya memberi layanan istimewa untuk aku dan selalu ada jika aku ingin bermain bersama.
"Vivi! Adik makan ape tu?"
Oh aku lupa...aku ada seorang abang yang jarak umur kami hanya sekadar 2 tahun. Hendrix datang mendekati aku yang masih lagi mengunyah muffin lalu berkata.
"Vivi suka sangat dengan manisan kan?" Senyum Hendrix.
Mestilah kalau aku tak suka dah lama aku memberontak lepastu baling semua muffin ni.
Tapi ada satu saja perkara yang aku dengki dengan abang sendiri. Ayah tak pernah hiraukan dia. Sedangkan aku? Entah la... mungkin sebab abang ialah waris dia kot yang dia layan special.
Abang selalu beri perhatian pada aku walaupun aku tak pernah minta. Dia beri aku semua waktu lapang dia semata-mata untuk bermain dengan aku.
"Vivi?"
Oh tanpa sedar aku mengelamun.
"Abang...nak muffin?"
"Nak nak!"
Macam budak-budak...eh dia memang budak pun. Aku pun.
Hari berganti hari, abang pergi ke sekolah berasrama dan hanya tinggal aku di rumah. Tapi itu la nak buat macam mana.
Ayah hanya membuat seolah keberadaan aku tiada baginya. Walaupun aku cuba menyapa, dan memanggilnya dengan panggilan ayah tapi dia hanya memandang aku dengan pandangan yang dingin.
Katanya ayah jadi macam ni disebabkan kematian ibu selepas melahirkan aku. Mungkin aku lah punca dia jadi macam tu. Sepatutnya yang hidup tu ibu... bukannya aku...
Vivianne hanya duduk di bawah pokok dan merenung. "Takpe sorang-sorang. Sebab ayah memang tak akan sayang aku."
Hmm...
Tanpa sedar Vivianne tertidur, kemudian seseorang mengangkatnya masuk ke dalam rumah. Orang itu memegang erat dan memastikan Vivianne tertidur di dalam pangkuannya.
Hmm... hangat... Aku selalu bermimpi ayah yang selalu datang ke bilik aku saat aku tidur. Dan alangkah baiknya jika itu nyata.
"Ayah sayang Vivi..." Vivianne merasa rambutnya disentuh oleh seseorang.
Aku mendengar perkataan itu seolah-olah itu nyata. Semuanya seakan nyata.
Tapi mata aku terlalu berat dan tanpa berfikir banyak, aku terlena.
Seiring waktu, aku sudah berusia 17 tahun. Dan seseorang datang mendekati aku dan mula tunduk di hadapan aku.
"Saya Alexander Florent. Your new bodyguard Dame Vivianne."Ucap seorang lelaki yang bersuara kasar.
Dia mesti orang Perancis...His blue eyes are as beautiful as the ocean. His gentle voice. Broad shoulders... sempurna.
Eh ape yang aku mengarut ni...tak yang sekarang aku tak perlukan bantuan dari sesiapa pun.
"Dari kecil ayah saya memang tak kisah tentang saya jadi saya boleh jaga diri." Ucap Vivianne
Alexander mula mendekatkan diri pada Vivianne.
"Tapi... bagaimana jika sesuatu yang berlaku pada cik...cik tak dapat selamatkan diri?" Balasnya.
"That's not your problem." Ucap Vivianne dengan tegas.
"Well...tu es ma précieuse dame.(You're my precious lady)" Balas Alexander dengan senyuman kecil sambil mencium tangan Vivianne.
"Saya akan korban segalanya untuk Cik. Diri saya, jiwa saya, segalanya. And I will try to make you smile." Ucap Alexander lagi.
Lelaki ni...dia boleh lindungi aku ke?
YOU ARE READING
The Lady's Bodyguard: Ma Précieuse Dame
Storie d'amoreKosong. Itu lah perkara yang selalu berada di dalam fikiran Vivianne. "Dari kecil ayah saya memang tak kisah tentang saya jadi saya boleh jaga diri." - Vivianne Auclair Namun hal itu tidak akan menjadi penghalang bagi Alexander yang ditugaskan unt...