𝗣𝗔𝗚𝗜 itu, seperti biasa, Aiden menghantar Hessa ke sekolah. Mereka berbual santai di dalam kereta sambil Hessa bercerita tentang pelajaran dan kawan-kawan barunya. Hessa sangat teruja untuk memulakan hari barunya, manakala Aiden mendengar dengan senyuman yang penuh kasih.
"Papa, nanti jangan lupa ambil Elsa petang ni! Kita nak buat kek, kan?" kata Hessa riang.
Aiden tersenyum, "Papa takkan lupa, sayang. Lepas habis kerja, papa terus ambil Hessa, okay?"
Setelah Hessa selamat dihantar ke sekolah, Aiden memandu menuju ke Damian Airline, syarikat penerbangan tempat dia bekerja. Di tengah perjalanan, di satu selekoh, tanpa disangka, Aiden terlanggar seorang wanita yang sedang melintas jalan. Cemas, Aiden segera memberhentikan kereta dan keluar untuk memastikan keadaan wanita itu.
"Maaf, awak okay ke?" tanya Aiden dengan penuh rasa bersalah, bimbang jika wanita itu cedera.
Wanita tersebut mengangkat kepalanya dengan tenang dan tersenyum kecil. "Okay je, encik. Encik jangan risau, saya tak apa-apa."
Namun, sebaik saja wanita itu mendongak sepenuhnya dan pandangannya bertemu mata Aiden, dia terasa seperti seluruh dunianya berhenti seketika. Nafasnya tersekat. Mata Aiden terbeliak, hatinya berdegup kencang. Wajah wanita itu... ia benar-benar sama. Seperti melihat wajah Alexa, isterinya yang sudah tiada.
"A-Alexa?" gagap Aiden, mulutnya terbuka sedikit, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Wanita itu kelihatan keliru. Keningnya berkerut, jelas dia tidak memahami mengapa lelaki di hadapannya memanggilnya dengan nama itu. "Maaf, encik. Saya rasa encik salah orang. Saya bukan Alexa," katanya sambil menundukkan sedikit kepalanya.
Aiden tergamam. Matanya masih terpaku pada wajah wanita itu. Wajah yang sangat mirip dengan Alexa. Senyuman, tatapan mata, semuanya seolah-olah membawa dia kembali ke masa lalu.
Wanita itu tersenyum canggung.
"Saya pergi dulu, ya. Hati-hati memandu, encik."Tanpa menunggu respon daripada Aiden, wanita itu melangkah pergi dengan cepat, meninggalkan Aiden yang masih terdiam dan tergamam di tepi jalan.
Aiden hanya mampu memandang wanita itu berlalu pergi, hatinya berdegup semakin laju. Perlahan-lahan dia beristighfar, cuba menenangkan diri. "Apa yang sebenarnya berlaku tadi?" bisik hatinya. Dia menggoncang kepala sedikit, cuba menghapuskan kebingungan yang sedang merasuk fikirannya.
Tanpa membuang masa, dia masuk semula ke dalam keretanya. Namun, sepanjang perjalanan ke pejabat, fikirannya berputar ligat memikirkan apa yang baru saja berlaku. "Betul ke tadi tu Alexa? Kalau bukan, kenapa wajah dia sama sangat? Kenapa dia tak ingat aku?"
Hatinya kacau. Selama lima tahun, dia sudah belajar menerima pemergian Alexa. Namun, pertemuan yang baru sahaja berlaku itu menghancurkan ketenangannya. Adakah benar Alexa kembali? Atau mungkinkah ini hanya seorang wanita yang kebetulan sangat mirip dengannya?
Fikiran Aiden terus-menerus dihantui oleh soalan itu sepanjang hari. Sesuatu di dalam dirinya mendesak untuk mencari jawapan. Jika wanita itu bukan Alexa, siapa dia sebenarnya? Dan kenapa wajahnya seolah-olah begitu persis seperti cinta sejati yang pernah dia kehilangan?
Hatinya dipenuhi dengan rasa ingin tahu dan ketidakpastian. Satu perkara yang pasti, Aiden tahu dia perlu mencari wanita itu lagi. Dia tidak boleh membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja.
Namun, adakah dia bersedia menghadapi kebenaran, jika kebenaran itu benar-benar sesuatu yang dia tidak sangka?
ALEXA RHIANA
V/S
ALIEYSA
SO KORANG DAH BOLEH TEKA APA PLOT TWIST NYE?