Wei Wuxian duduk di atas bumbung sebuah bangunan. Dia melihat tangannya yang mengeluarkan aura kegelapan. Dia telah mencederakan pasangannya dengan tangannya sendiri disebabkan aura kegelapan ini. Siapa yang harus dipersalahkan? Tentulah dirinya sendiri kerana dia sendiri yang mencederakan Lan Wangji dan orang-orang lain yang tidak bersalah.Dia mengingat kembali sewaktu Xue Yang menghalangnya daripada kembali kepada Lan Wangji, dia mengapungkan Azimat Harimau Gelita lalu serulingnya ditiup untuk mengawal azimat itu. Kuasa kegelapan yang muncul pada waktu itu sangatlah kuat berbanding sewaktu dia hanya menggunakan serulingnya sahaja. Kemudian, dia menyerang Xue Yang yang menghalangnya, namun Xue Yang berjaya mengelak dari serangannya itu.
Xue Yang bergerak dengan pantas mengelilingi tempat Wei Wuxian berdiri sambil berbuat sesuatu di tempat itu.
"Aku tak kata diorang akan gunakan Lan Wangji untuk mengugut kau, tapi nyawanya bergantung pada kau." Xue Yang menyeringai.
"Apa?"
Xue Yang menapakkan tangannya ke atas tanah dan muncul satu formasi kegelapan di atas tanah tempat Wei Wuxian berpijak. Belum sempat Wei Wuxian berganjak daripada situ, dia terapung dan Azimat Harimau Gelitanya seperti diserap dan bersatu dengan tubuhnya membuatkan dia menjerit kesakitan sebelum dia akhirnya berubah sepenuhnya sehingga hilang kesedaran dirinya. Matanya berubah merah, dan tubuhnya di kelilingi oleh aura kegelapan yang pekat. Wei Wuxian melihat tapak tangannya yang boleh mengeluarkan kuasa kegelapan tanpa perlu menggunakan serulingnya lagi. Dia menyeringai sebelum dia menghilang daripada situ dan muncul di Markas Jin.
Dan apa yang berlaku seterusnya, amat disesali olehnya. Air matanya mengalir.
"Maafkan saya, Lan Zhan...saya tak sedar apa yang berlaku, tapi saya akui ia adalah salah saya kerana saya yang mencederakan awak dengan tangan saya sendiri." Wei Ying bergumam sendirian dengan penuh rasa bersalah.
Kemudian, dia terbang turun daripada bangunan itu, dan berjalan menghampiri sebuah jurang yang dalamnya tanpa penghujung.
"Sepatutnya aku dah mati 3 bulan yang lalu. Aku tak sepatutnya hidup." ucap Wei Wuxian yang semakin menghampiri jurang itu. Dia berputus asa untuk teruskan hidup kerana satu-satu tujuan hidupnya telah dia musnahkan sendiri. Dia yakin Lan Wangji tidak akan memaafkannya setelah apa yang dia lakukan tadi.
Wei Wuxian memejamkan matanya dan hampir sahaja dia melangkah ke dalam jurang itu, dia terdengar satu suara memanggilnya dari arah belakang. Dia membuka matanya semula.
"Tak mungkin..." Dia mengalihkan tubuhnya dan ternyata benar sangkaannya. Suara itu ialah milik Lan Wangji. "Lan Zhan..."
"Wei Ying, jangan tinggalkan saya!" teriak Lan Wangji yang mendarat tidak jauh daripada Wei Wuxian. Rupanya pucat, dengan bajunya yang dibasahi darahnya membuatkan Wei Wuxian semakin terluka.
"Wangji!" teriak Lan Xichen yang mengejar adiknya tadi. Dia segera mendapatkan Lan Wangji dan menghalangnya daripada terus menghampiri Wei Wuxian kerana dia takut adiknya akan diserang lagi.
"Abang lepaskan saya! Saya nak bersama Wei Ying!" rayu Lan Wangji dengan berlinangan air mata. Dia tidak mahu kehilangan Wei Wuxian lagi. Sebelum ini Wei Wuxian mungkin telah kembali, namun kali ini dia yakin suaminya tidak akan kembali lagi, jadi dia ingin mati bersamanya jika itu yang Wei Wuxian mahu.
"Saya sepatutnya dah mati 3 bulan yang lalu, Lan Zhan. Mungkin kalau saya benar-benar dah mati, awak takkan menderita seperti ini." Ucap Wei Wuxian.
"Wei Ying, jangan! Tolong, saya merayu...jangan tinggalkan saya..." Lan Wangji masih cuba melepaskan dirinya daripada pegangan Lan Xichen, namun dia tidak berdaya kerana tubuhnya masih lemah selepas diserang Wei Wuxian tadi. "Wei Ying, jangan..."
YOU ARE READING
No Regret | XianWang
FantasyPerkahwinan antara dua sekte akan membawa kebaikan atau keburukan? NOTE: Ini kisah xianwang/zhanyi, jangan tersalah singgah... #bottomwangji #topwuxian #zhanyi #xianwang #mpreg