Bab 3 - Musuh

37 4 0
                                    


Selesai bersarapan, Lan Wangji meminta diri untuk kembali ke bilik. Dia tidak selesa kerana telah berbohong. Selesai memberi hormat, dia mula beredar meninggalkan meja makan itu.

Puan Besar Wei yang menyedari ada sesuatu yang mengganggu fikiran menantunya itu, memberi isyarat kepada Wei Wuxian yang duduk berhadapan dengannya supaya menyusur Lan Wangji. Wei Wuxian mengangguk sebelum dia segera beredar.

"Lan Zhan! Lan Zhan, tunggu!" Wei Wuxian menghampiri Lan Wangji lantas dia mencapai tangan Lan Wangji untuk menghentikan langkahnya. "Lan Zhan, awak tak apa-apa?" Soal Wei Wuxian yang kini berdiri di hadapan Lan Wangji yang menunduk sedikit. "Lan Zhan, kenapa ni?" Soal Wei Wuxian lagi apabila Lan Wangji masih berdiam.

"Saya tak pernah menipu." Ucap Lan Wangji dengan suara perlahan. Dia masih memandang ke bawah.

"Apa? Lan Zhan?" Wei Wuxian cuba untuk melihat wajah Lan Wangji, dan dia terkejut melihat ada air mata yang jatuh dari sepasang mata yang indah itu. "Lan Zhan, kenapa ni? Kenapa awak nangis?" soal Wei Wuxian yang sedikit panik.

"Saya tak apa-apa." dengan itu, Lan Wangji mula melangkah melepasi Wei Wuxian dan belum sempat dia pergi jauh, Wei Wuxian menarik tangannya, dan membawa dia ke dalam pelukan. Mata Lan Wangji terbeliak seketika, namun dipejamkan apabila dia merasakan usapan lembut di belakang badannya.

"Saya tak tahu apa yang jadi sebab awak suka berahsia. Tapi, saya boleh berjanji bahawa saya akan sentiasa ada untuk awak. Awak boleh bergantung pada saya, Lan Zhan." Wei Wuxian memberi jaminan.

Buat pertama kalinya, Lan Wangji merasa selamat dan tenang berada di dalam dakapan orang yang asing baginya. Entah kenapa, dia merasakan seperti dia pernah mengenali Wei Wuxian sebelum ini. Mereka berkeadaan begitu selama beberapa minit sebelum Lan Wangji membuat pergerakan seperti meminta dirinya dilepaskan dari pelukan itu. Memahami apa yang diminta, Wei Wuxian melepaskan tubuh Lan Wangji, dan memandangnya dengan senyuman.

"Awak dah okay?" soal Wei Wuxian, dan Lan Wangji mengangguk.

"Terima kasih."

"Eh, ia dah jadi tanggungjawab saya sebagai pasangan awak untuk sentiasa bahagiakan awak. Lagipun, salah saya juga awak terpaksa menipu mak ayah saya. Kiranya, kita dah tak berhutang la." Wei Wuxian tersengih sambil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.

"Jadi, awak dah dengar kata-kata saya tadi?" soal Lan Wangji dan Wei Wuxian mengangguk membuatkan Lan Wangji merasa seperti dipermainkan. "Awak ni..." Lan Wangji mengangkat pedangnya ke arah Wei Wuxian.

"Yah! Awak nak lawan dengan saya, ke? Tak elok la kalau mak dengan ayah saya tengok nanti. Kitakan suami 'isteri', mana elok berlawan."

Kata-kata Wei Wuxian itu membuatkan Lan Wangji terpaksa menurunkan pedangnya semula. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.

'Wah, nampaknya sifat dinginnya dah mula kelihatan. Jadi, khabar angin itu tak semuanya salah. Semalam dia masih seperti orang yang menurut apa saja yang diatur, tetapi hari ini...mungkin aku dah memicu sesuatu yang tidak sepatutnya.' getus hati Wei Wuxian yang menatap pemuda cantik di hadapannya dari atas ke bawah.

"Apa yang awak tengok?" soal Lan Wangji yang menyedari dirinya sedang diperhatikan sebegitu rupa.

"Eh, takda apa." Wei Wuxian berdalih dengan senyuman membuatkan Lan Wangji berpaling ke arah lain.

"Apa-apa saja la." dengan itu, Lan Wangji mula melangkah pergi meninggalkan Wei Wuxian.

"Lan Zhan, tunggu!" Wei Wuxian mendapatkan Lan Wangji semula.

"Apa lagi?" soal Lan Wangji yang sudah mula annoying dengan suaminya itu.

"Awak tak pernah datang ke kota saya ni lagi, kan? Jom, saya bawa awak jalan-jalan mengenali kota kelahiran suami awak ni." dengan tanpa menunggu jawapan daripada pasangannya itu, Wei Wuxian segera menarik tangan Lan Wangji untuk pergi bersamanya.

No Regret | XianWangWhere stories live. Discover now