Bab 1 - Perkahwinan

117 5 2
                                    


"Wangji, kamu belum bersiap lagi? Sebentar lagi rombongan Keluarga Wei akan datang." Ucap Lan Xichen iaitu abang Lan Wangji sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik adiknya dan melihat adiknya itu masih belum menukar pakaian.

Mendengar kata-kata abangnya itu membuatkan Lan Wangji berhenti dari mengetik guqinnya. Dia yang sedari tadi cuba menenangkan diri dengan bermain guqin, merasa gemuruh semula. Siapa sahaja yang tidak gemuruh dan panik apabila disuruh berkahwin dengan orang yang tidak dikenali.

Walaupun nama Wei Wuxian itu tidak asing bagi para pendekar, namun dia hanya mendengar semua yang berkaitan dengan Wei Wuxian melalui khabar angin yang tersebar dalam dunia pendekar sahaja. Mereka belum pernah bersemuka.

"Abang, saya..." Lan Wangji menundukkan kepalanya. Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan yang ditetapkan itu, namun memikirkan semua itu demi kebaikan kedua-dua sekte, dia hanya mampu mendiamkan diri dan menerima semuanya.

Lan Xichen tersenyum kecil, mengetahui apa yang difikirkan oleh si adik. Dia tahu sejak kecil Lan Wangji hanya ikut apa yang diatur untuknya tanpa membantah, dan memendam semua ketidakpuasan hatinya. Namun untuk kali ini, dia berharap agar adiknya itu berterus terang kerana ini mengenai masa depannya.

"Wangji..."

TOK! TOK!

Ketukan itu membuat kedua beradik itu beralih ke arah muka pintu.

"Ada apa?" Soal Lan Xichen kepada pengikutnya itu.

"Ketua muda Lan, rombongan Keluarga Wei dah tiba di pintu masuk sekte." Ucap pengikut itu dengan tunduk hormat.

"Baiklah, kamu boleh pergi." Arah Lan Xichen kepada pengikutnya itu.

Mendengar itu membuatkan Lan Wangji semakin gemuruh, namun disembunyikan dengan wajah datarnya. Dia segera berdiri dan bersedia untuk menyarung pakaian pengantinnya dengan dibantu oleh abangnya.

"Wangji, kamu nampak rupawan dengan persalinan berwarna merah ni.Beruntung Tuan muda Wei." Lan Xichen cuba mengusik adiknya itu.

Lan Wangji sedikitpun tidak terusik dengan gurauan abangnya itu membuatkan Lan Xichen sedikit kerisauan.

"Wangji, kalau kamu tak setuju, kamu boleh..."

"Saya terima, abang. Saya terima perkahwinan ni." Balas Lan Wangji pantas. Dia cuba senyum sedikit untuk meyakinkan abangnya itu bahawa dia bukan dipaksa, malah dia dengan rela hati menerima aturan itu.

Lan Xichen hanya mengeluh kecil melihat kedegilan adiknya yang masih tidak mahu memikirkan soal diri sendiri, dan sentiasa mengutamakan sekte mereka.

"Abang harap kamu fikir tentang diri sendiri untuk pertama kali, Wangji. Kamu..."

Lan Wangji segera memakai kain penutup muka. "Saya dah siap." Ucapnya yang sengaja memotong percakapan abangnya sekali lagi membuatkan abangnya hanya mampu mengeluh.

Lan Xichen, dan pakcik mereka Lan Qiren mengiringi Lan Wangji turun ke kaki gunung diikuti para pengikut mereka untuk menghantar Lan Wangji kepada pihak rombongan Keluarga Wei. Selesai tunduk hormat kepada abang dan pakciknya, Lan Wangji menaiki kereta kuda yang dihiasi indah untuk pengantin.

*

*

Sementara itu, di Kediaman Wei, semua orang kelihatan sibuk dengan urusan upacara perkahwinan yang akan diadakan pada hari itu.Tak terkecuali Tuan muda Wei yang gelisah di dalam biliknya.

"Apa salah aku sampai dipaksa kahwin dengan orang yang aku tak kenal? Untuk kebaikan kedua-dua sekte? Alasan macam apa itu? Kebaikan? Kebaikan apa? Aish..." Wei Wuxian membebel sambil berjalan ke hulu ke hilir.

No Regret | XianWangWhere stories live. Discover now