PROLOG

33 1 0
                                    

"Lea, you just don't understand" ~Hud

"So its your job to make me understand. Tell me!" ~ Lea

"I can't" ~ Hud

"But why?!"~ Lea

"You will not trust me" ~ Hud

"Tell me first" ~ Lea

"This is how it will be. We are in the same point again and again..and can't move to the next checkpoint" ~Hud

"Boleh tak jangan judge I ni bodoh sangat sampai you asyik cakap I tak faham, I tak boleh tau, I akan judge you, I takkan percaya you and whatsoever bullshit lagi"~Lea.

"Macam ni la, you assume je apa yang you dengar dan baca tu semua betul" ~Hud

"So you nak mengaku yang you curang? You mengaku you masuk Hilton dua kali seminggu tu?! You bawa perempuan tu?!"~Lea

"Kan I cakap, you assume je betul" ~ Hud

"You know what, Hud Daniyal? I wasted my seven years with you. I telan semua orang cakap I isteri yang habiskan duit company you. I useless wife yang duduk rumah goyang kaki" ~Lea

"You are great, Lea. You jaga Mika dengan baik. You are loving mom. But.."~ Hud

"But not a great wife, isn't it? Understand. I ibu yang sesuai untuk Mika tapi I tak sesuai untuk you bawa ke sana sini. Nak masuk event pun you malu kan? Hud, I nak you ceraikan I. Impossible for us to make amend" ~Lea

"No way, Lea. I can't "~Hud

"Kenapa simpan I?! I dah faham so kita boleh dah bawa haluan masing-masing?!" ~Lea

"Ibu, Mika nak susu" ~Mika Khaleef

"I keluar dulu. We need time"~ Hud. Tangan kembali mencapai kunci kereta di rak.

"Mika, nak susu ya. Kejap ibu bancuh. Mika tunggu kat bilik ya, sayang" sebaik sahaja dia melihat Mika dah menghilang di sebalik bilik, Lea Tihani berjalan menuju ke dapur.

Andai masa tu dapat diputar semula, dia tak akan memilih Hud Daniyal sebagai suaminya. Betul lah ayat yang mengatakan seorang lelaki tu akan berubah disebabkan seorang perempuan. Tatkala ada duit,kuasa dan perempuan, keluarga dilupakan.

Setelah selesai membuat sebotol susu untuk Mika, perlahan Lea melangkah menuju ke bilik anaknya. Tapi entah silap langkah, Lea terpijak Tomika anaknya yang berada di depan katil Mika. Lea tergelincir dan kepala terhantuk kepada tiang katil Mika. Kepala dan badannya terhempas ke lantai bilik. Sebelum Lea menutupkan mata, dia sempat melihat Tomika tersebut. Seingatnya,dia dah menyimpan habis semua mainan Mika ke dalam tong Toyogo.

Di waktu yang sama, Hud yang sedang memandu perlahan di lingkaran MRR2, tersentak apabila melihat sebiji tayar di tengah jalan. Meskipun dia sempat membrek kereta namun kereta di belakangnya tidak. Civic 2.0 putihnya dihentam dari belakang dengan kuat menyebabkan kepalanya terhantuk pada stereng kereta. Keretanya berpusing sebelum berhenti di lorong kecemasan.

Andai dapat dia kembali ke masa silam, tak mungkin dia membawa Lea Tihani ke dalam hidupnya. Perkenalan dan perkahwinan mereka adalah satu kesilapan.

Hud Daniyal memejamkan mata perlahan-lahan.

2992 Love Traveller [OG]Where stories live. Discover now