"Betul ke apa yang aku dengar?" Sofea macam tak percaya berita dari pejabat. Tapi memandangkan suara tu suara Madam Zuryn, mustahil dia ditipu.
"Apa yang kau dah dengar?" Lea berbaring di katilnya sambil mendengar mp4. Lapan tahun akan datang dengar dari handphone je. Semua lagu dimuat turun ke dalam handphone. Suara Gerard Way bergendang di ruangan telinganya. Zaman belajar dia memang meminati lagu sebegini. Bila diamati lirik lagu, memang lagu ni seram sungguh. Lapan tahun akan datang, cuma lagu Cocomelon sahaja yang ada dalam senarai lagu di rumah. Baby sharks, head shoulder, knee and toes, wheel on the bus yada yada.
My father took me into the city
To see a marching band
He said, "Son, when you grow up
Would you be the savior of the broken
The beaten and the damned?"
He said, "Will you defeat them?
Your demons, and all the non-believers
The plans that they have made?"
"Because one day, I'll leave you a phantom
To lead you in the summer
To join the black parade""Kau apply economic?!" Suara Sofea yang hampir menjerit berjaya membuatkan Lea Tihani bangkit dari pembaringan. Lea menanggalkan earphone dan duduk tegak bersandar pada bantal yang disusun dua biji di belakangnya.
"Erm..kenapa pula?" Lea tau namanya menjadi buah mulut budak-budak batch dia.
"Kau tanya kenapa? Pointer kau 45, kau buat sains tapi kenapa economic?Hud tu kau nak buang ke mana?" Sofea datang dan duduk bersila di hadapan Lea. Biskut chipsmore yang sedang dimakan dimasukkan ke dalam poket sweater.
"Kenapa kau simpan biskut tu? Makan la" biskut dah separuh makan disimpan dalam poket,bukan ke nanti kotor poket sweater tu.
"Nanti katil kau berhabuk penuh dengan biskut tumpah-tumpah" Sofea bukan tak tau Lea ni pembersih orangnya. Siap ada portable vakum untuk menyedut habuk-habuk atas katil dan di meja study.
"Laa. Makan je la. Habuk bukan susah nak kutip. Apa guna vakum tu. Letrik pun kolej yang bayar bukan dari poket kita kan." Jawapan Lea membuatkan kening Sofea terangkat. Tapi Sofea tak tau Lea lapan tahun akan datang kerjanya sentiasa menyedut habuk dan sisa makanan Mika. Sehari sampai lima kali mengemas mainan Mika yang bersepah. Dia sentiasa nak memastikan Hud balik ke rumah dalam keadaan rumah bersih dan kemas. Tapi agaknya Hud ingat di rumah ada ibu peri maka tidak sekali pun ucapan penghargaan meniti di mulut Hud. Oleh itu, baginya setakat pemandangan habuk biskut bertaburan itu adalah biasa.
"Kau memang pelik. Kat dewan makan tadi makan pun dah tahap melantak. Jenuh aku nak menjawab dengan Hud" Sofea mengimbas kembali insiden di dewan makan tengah hari tadi. Lea makan nasi dua mangkuk,ikan cencaru sumbat habis sampai isi ikan kat kepala pun dikunyah sampai lumat, ayam masak kicap bahagian drumstick cuma tinggal stick, sayur sawi tumis air dihirup sampai licin tak tinggal kuah sikit pun. Sebutir nasi pun tak tinggal dalam pinggan. Sedangkan kebiasaannya Lea cukup tak suka makanan dewan makan. Ada je jawapannya merungut-rungut.
Nasi keras kurang air, sawi ni rebus dengan air je, ikan cencaru ni hitam sangat. ~ Lea
Nasi minyak ke nasi berminyak? Gemuklah macam ni. Dah la dalca ni penuh kacang dal je. Mana isi ayamnya.~Lea
Aku risau scramble egg tu masak tak betul, nanti kena e.coli. Baked beans tu pun rasa pelik la. Macam ada campur sos tomato~Lea
Ayam ni ayam suntik hormon, makcik aku cakap boleh kacau progesteron kita~Lea
"Hud tanya apa?" Lea nak tau apa yang Hud nampak perubahan pada dirinya. Dia taknak Hud pandang dia semacam sepeti mana Sofea yang pelik dengan dia sekarang tapi dia sangat menghargai hidupnya kini. Rezeki makan, sihat, kelapangan masa yang perlu disyukuri.
"Hud cakap dia nampak kau lain. Kuat makan, kurang bercakap, taknak reply message dia. Dia ada pm kau kat Facebook, pun kau tak reply. Ni dia belum tau pasal course yang kau pilih kan?" Nak kata gaduh, petang sebelum 31 Januari, elok je dia teman si Lea pergi jumpa Hud depan pondok jaga. Hud keluar beli KFC dengan Tan Sri. Dia pun dapat menumpang set dinner plate dan cheezy wedges yang dibeli untuk Lea.
"Aku dapat hidayah dan petunjuk kot. Nak menjaga ikhtilat" sebaik sahaja mendengar kata-kata Lea, Sofea tergelak-gelak sampai berair matanya.
"Kenapa kau gelak? Salah ke apa aku cakap?" Rasa terhina pula bila dia nak menjaga diri dan maruah tapi ditertawakan.
"Kau tu kan nak bertunang dengan dia sebelum fly. Balik summer nak kahwin. Tak lama dah ikhtilat tu habis kuarantin" ooo Lea melopong tapi mengaku dalam hati. Betul juga. Dia kahwin umur 20. Sebab dah belajar sama-sama di New Jersey, jadi ibu bapa mereka memutuskan untuk nikahkan mereka segera mungkin.
"But I don't think so. Masa depan boleh dirancang kan. Lagipun aku akan pergi UK. Dia mesti pergi US kan" mestilah Hud akan buat Engineering sebab nak tadbir syarikat Kenanga tu memerlukan kepakaran tersebut selain dari pengurusan perniagaan.
"Haaa. Ini yang aku nak cerita ni. Dia tak pilih course engineering!" Lea yang mendengar berita ini terus berdiri secara mengejut.
"Kau cakap apa ni?! Kenapa dia tak pilih engineering?" Lea tak sabar nak tau apa cerita Hud. Sepatutnya hanya nasib dia je yang berubah tapi kenapa kesannya sampai ke Hud?
"Sebab dia taknak la kot. Kenapa kau terkejut? Dia memang nak ambil engineering ke? Dia beritahu kau?" Sofea hairan kalau Lea terkejut sebab sepatutnya Lea lebih tau.
"Dia memang suka engineering. Dia nak ambil engineering. Kalau bukan engineering,dia ambil apa?" Dia masih ingat ketika mereka dah berkahwin dan tinggal di studio apartment berhampiran NJIT, latai rumah dipenuhi segala nota cantik hasil tangan Hud. Lebih cantik dari tulisan perempuan. Secara khususnya, lebih kemas dari tulisan dia. Tapi dalam masa yang sama, Hud juga suami yang baik. Dapurnya berasap sebab adanya Hud yang rajin ke dapur berbanding dia.
Otak Lea slow pick up bab Thermo ni, nak kena study lebih. Lea tak dapat nak masuk dapur, ada tutor esok kena submit~Lea
Tak apa. Biar abang yang masak. Nasi ayam, okay kan?~ Hud
"Dia ambil Medic. Queen Mary. Pointer dia sama dengan kau, kan?" Soalan Sofea terbiar tak berjawab. Lea dah termenung.
"Kau tau kenapa dia ambil Medic?" Hati dia berdebar-debar.
YOU ARE READING
2992 Love Traveller [OG]
FantasyIkatan Perkahwinan. Walau setinggi Everest cinta disusun. Kalau bukan milikmu, maka runtuhlah ia. Walau kau taburkan sejuta benih pohon cinta di lautan, mungkin tiada satu pun yang akan bercambah. Walau kau bina jambatan dari Pulau Ais ke Pulau Api...