PART 4

21 2 0
                                    

"Kenapa awak pilih Medic, Hud? Ayah awak kan Developer. Core civil kan. Medic tu macam..." mata Lea merenung mata Hud yang sedari tadi turut memandangnya. Terus Lea terdiam. Muka Hud serius. Library ini dipenuhi pelajar yang suka membaca dan surfing. Capaian internet yang laju di dalam ni memang menjadi port favourite budak-budak KYS.

"Saya tiba-tiba je suka Medic" jawapan mudah dari Hud. Tapi tak membuatkan hati Lea tenang.

"Kalaupun awak suka Medic, kenapa pergi Queen Mary? Pergilah Dublin ke, Moscow ke." Lea tak puas hati sebab jarak dari Queen Mary ke Portsmouth dalam sejam setengah je. Dia baru nak cari benua lain yang jauh dari Hud. Ini pun dua malam dia berkira-kira nak jumpa atau tak dengan si Hud ni. Akhirnya dia balas sms Hud untuk berjumpa di sini.

"Lea, tell me. You will do economic. Quite surprising too. Nama awak pun jadi buah mulut. Awak boleh pilih medic, pharmacy, engineering but suddenly you have this change of heart, betul tak? And I think heart attack yang saya bagi tak sehebat yang awak bagi"

"Okaylah. Saya tepuk tangan. Awak memang hebat, Hud. Orang yang kena sakit jantung sebab surprise yang saya buat, boleh lah dapat treatment dari awak nanti. Lagipun awak memang suka ramai perempuan cantik. Patient awak mesti ramai perempuan-perempuan yang berhajat nak suami doktor" Lea tepuk tangan perlahan. Sarkastik.

"Apa yang awak cakap ni? Masa bila saya suka ramai perempuan cantik? Nak jaga seorang perempuan pun dah susah. Lagi-lagi masa perempuan datang bulan dengan perempuan dalam pantang" soalan Hud buat Lea terdiam. Dia lupa Hud di hadapannya adalah Hud berusia 19 tahun. Tapi sebenarnya lapan tahun akan datang, rupa Hud masih begini. Tak ada jauh beza. Sebab tu dia terbayang Hud yang berusia 27 tahun. Yelah, orang cakap lelaki ni susah nak makan tua. Berlainan dengan perempuan, lepas bersalin, urat banyak putus, terus efek penuaan terpampang. Tiba-tiba Lea teringat satu perkara penting dan soalan Hud masih terbiar belum terjawab. Sebaliknya dia terfikir ayat Hud baru sekejap ni.

Awak tau tak Lea, andai kata Abang boleh patah balik masa lalu, Abang nak pilih buat Medic. So Abang dapat prepare diri Abang masa doktor tunjuk proses czer Lea tu. ~Hud

Macam mana lah Abang boleh pitam kan masa tu?~Lea.

Tengok doktor tunjuk video, lepastu dia terangkan dia nak toreh Lea macam tu. Terus Abang pitam. Lepas tu Abang panik nak jaga Lea dalam pantang. Nak balut plastik, nak tengok luka Lea.~Hud

Tu yang sampai nangis tu ek?~Lea

Menyesal~Hud

Kenapa?~Lea.

I want to be your man. A hero, a knight with that shining amor but I failed~Hud

Lea merenung tajam mata Hud Daniyal. Dia akan tanya direct je pada suaminya. Suami masa depan? Bakal suami?

"Hud Daniyal, do you know Mika Khaleef bin Hud Daniyal? You knew....you knew that man. Kan? " cukup keywords yang Lea beri, dia melihat Hud tersenyum. Akhirnya.

"Finally. So betul apa yang Abang assume. Kita kembali ke sini bersama" Hud Daniyal masih tersenyum. Lea mati kata. Kini giliran dia pula yang serius.

.................

"Bila tarikh fly?" Sofea tengah packing luggage. Masih ada sebulan sebelum dia buat persiapan untuk temuduga dari universiti yang dimohon minggu lepas. Jadi mereka semua akan bercuti puas-puas di rumah menghabiskan masa cuti ini. Lea pula, rezekinya dapat terus surat tawaran dari Portsmouth untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi.

"Lagi dua minggu" Lea dah siap packing luggage dan segala mak nenek baldi sejak petang tadi.

Lea, buat apa Kakak bawa balik baldi-baldi tu.  Tinggalkan je kat sana. Wakafkan pada student baru nanti~ Mejar Fayyadh

Kakak nak ada feel graduate tu. Macam best je balik angkut baldi, rasa macam finally....Ayah, Ayah dengan Ibu tak kisah ke Lea nak buat economy?~Lea

Ayah okay je. Ibu pun okay. Yang penting, Kakak nak belajar, masuk alam bekerja, tengok masyarakat, mingle dengan ramai orang. Daripada sekeliling, banyak ilmu kita dapat. Bukan dari buku je~Mejar Fayyadh.

2019 tahun di mana Hud dah memulakan kerjaya di Kenanga manakala Lea memilih untuk duduk di rumah. Menjaga rumahtangga. Yang sebenarnya ketika itu Lea berusaha untuk mengandung. Masuk tahun keempat perkahwinan mereka masih belum diberikan rezeki anak tapi mujurlah orang sekeliling beranggapan bahawa Hud dan dia merancang padahal mereka tak pernah merancang. Malah Hud sangat suka jika dikurniakan anak semasa belajar. Oleh sebab itu, Lea putuskan untuk berehat sahaja di rumah selepas graduasi. Untuk menjaga kesihatan. Setahun selepas itu, dia berjaya mengandung dan tentulah Hud yang paling gembira. Bila difikirkan kembali, apa yang dia buat semua untuk Hud, bukan untuk dirinya sendiri. Lantas sekarang, dia putuskan untuk hidup demi kepuasan diri sendiri. Itu yang menyebabkan dia tak merancang untuk berkomunikasi dengan Hud di tahun 2015 ini sehinggalah peristiwa di KYS resource itu.

Why this happened to us?~Lea

Abang pun tak tau, Lea. Kita masuk parallel world kot~Hud

Science geek punya firasat. Kalau parallel world, kita akan jumpa diri kita sendiri. Dua orang yang sama. Tapi ni, macam back to the past. Dejavu~Lea

Mula-mula Abang ingat semua ni mimpi, Lea. Last thing I remembered we had a fought then I drove away~Hud

For me, last thing was I made a bottle of milk for Mika~Lea

Mika...~Hud

Our Mika~Lea

Dan ketika itu, fikiran mereka berdua melayang.

Hud, the czer scar still here. ~Lea

What do you mean, Lea?~ Hud

Memang kita kembali ke 2015, umur kita 19 tapi kenapa parut czer ni ada sekali?~Lea

Are you sure, Lea?~ Hud

Pretty much. Lea punya badan. Lea tau la. Abang pun pernah tengok my scar kan~Lea

I don't have any answer for that now tapi kalau Lea nak Abang checkkan boleh je. Jom kita pergi toilet tu check your scar~Hud

That will be the last thing to happen, Abang. Stop berangan, okay ~Lea

Okay, okay. Abang ingat lah parut tu. Mustahil Abang lupa. The prettiest scar. Bukti Lea melahirkan seorang Mujahidin~Hud

Hud, I want to get a life. Lea tak pernah dihargai in the future. My world in that house. Sucks. Abang biar Lea handle Mika seorang-seorang. Sedangkan Abang kat luar bersuka ria dengan perempuan lain. Mentang-mentang Lea just a common housewife kan. So Lea nak ubah. Lea taknak jadi bodoh, duduk diam kat rumah~Lea

Lea, bukan macam tu. Abang tak pernah ada perempuan lain. Abang tak sempat nak cerita hal sebenar tapi kita dah balik ke sini~Hud

Kita ada masa ni. So Abang ceritalah apa yang Abang nak cerita~Lea

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

2992 Love Traveller [OG]Where stories live. Discover now