𝐁𝐀𝐁 5 𓅓

0 0 0
                                    

Lilith berdiri tegak, masih merasakan kehadiran dingin itu meskipun Emrys sudah lenyap ke dalam bayangan. Hatinya berdenyut kencang, bukan kerana ketakutan kerana dia jarang takut tetapi lebih kepada satu perasaan yang sukar dia tafsirkan. Kehadiran Emrys, dengan mata merah yang berkilauan dan suara yang seperti angin sejuk menghantam malam, bagaikan mengunci dirinya dalam aura yang penuh ancaman dan misteri.

Dia memandang ke arah di mana Emrys tadi muncul, ruang kosong yang kini hanya diisi kegelapan. Siapa sebenarnya makhluk itu? Apa yang diinginkannya? Sejak bila dia mula dihantui bayangan ini? Lilith menggeleng perlahan, cuba menghilangkan fikirannya yang semakin kusut, tetapi kehadiran Emrys terlalu kuat untuk diabaikan.

Dia berlutut di sisi mayat Arturo yang kini terbaring kaku di atas jalan. Melihat darah yang sudah mula mengalir dan memenuhi permukaan jalan yang retak, satu perasaan geram terdetik di hatinya. Tangan Lilith mengepal dengan kuat. Ini adalah mangsanya, dan Emrys dengan mudah sahaja mengambil alih. Seolah-olah menganggap haknya sebagai pembunuh tidak penting.

“Aku tak perlukan kau,” bisiknya perlahan, seakan mahu meyakinkan dirinya sendiri. “Dan kau bukan pelindungku.”

Tiba-tiba, angin malam bertiup kencang, membelai wajah Lilith seperti satu sentuhan dingin yang tidak disukainya. Namun, entah mengapa, angin itu mengingatkan dia akan kehadiran Emrys misteri yang datang tanpa amaran, makhluk yang tak dapat dibaca, seolah-olah sentiasa mengintai dari balik kegelapan.

“Hanya kau yang belum sedar,” suara Emrys berbisik lagi, namun kali ini hanya gema di dalam fikirannya. Lilith terkedu. Bagaimana suara itu terus hidup di dalam kepalanya? Apakah Emrys menguasai fikiran dan perasaannya?

Dia bangkit dari lututnya, membiarkan Arturo terbaring sendirian dalam kegelapan malam. Segalanya semakin rumit, dan Lilith bukanlah seseorang yang menikmati komplikasi. Tetapi Emrys adalah teka-teki yang hadir tanpa dia minta. Satu bayangan, satu entiti yang menjadikan dirinya seolah-olah sebahagian dari Lilith.

“Don't think you can dominate me, Emrys,” bisik Lilith dengan nada tajam, seakan-akan suara itu dapat didengar di seluruh lorong gelap itu. Tetapi kali ini tiada balasan. Emrys, buat sementara, sudah lenyap. Namun, Lilith tahu dia akan kembali, kerana dia sentiasa muncul di saat-saat yang tak dijangka, membayangi langkahnya, menemaninya seperti mimpi ngeri yang berterusan.

Dia melangkah pergi, namun perasaan yang menyelimuti dirinya tidak hilang. Dalam hati, dia sedar bahawa ini bukan pertemuan terakhir mereka. Bayangan Emrys akan kembali, lebih dalam, lebih menguasai, dan mungkin suatu hari nanti, ia akan melangkah keluar dari bayangan dan menghancurkan setiap tembok pertahanan yang dia bina selama ini.

𝐇𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐑𝐊 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓Where stories live. Discover now