Johor Bahru, Johor
Affaz sudah tidak tidur selama tiga hari selepas menyelesaikan misi tinjauan tempoh hari. Dia berbaring di atas katil sambil termenung sendirian mengenang nasib rakannya yang diseksa oleh jeneral Jepun. Diri Affaz kini dikuasai rasa risau yang melampau, dia takut kalau Qarizh tinggalkannya. "Affaz, sudahlah tu. Aku yang risau tengok kau macam ni." kata Zayyan. Affaz yang mendengar Zayyan berkata sedemikian, dia terus meniarap di atas katil lalu wajahnya disembam ke bantal.
Affaz mula menangis, walaupun tangisan itu perlahan tapi Zayyan masih mampu untuk mendengar tangisan sahabatnya itu. Zayyan bangkit dari kerusinya lalu berjalan ke arah Affaz. Zayyan duduk di sebelah Affaz, "Kau fikir aku tak rasa benda yang sama ke? Lagi-lagi aku dengan Qarizh tu sepupu. Kitorang ada hubungan keluarga, Affaz." kata Zayyan dengan mata yang sedikit berair. Zayyan memicit kepalanya yang penuh dengan tekanan memikirkan apa yang akan jadi pada Qarizh.
"Aku hari-hari ambil berat pasal dia, tapi dia tak pernah ambil berat pasal diri dia. Aku takut Affaz, takut hilang orang yang selalu bela aku, jaga aku dan lindungi aku masa kecil. Aku tak boleh tengok keadaan dia lagi, aku tak sanggup." sambung Zayyan lagi namun kali ni tangisan dia pecah. Affaz mengangkat wajahnya lalu bangun memeluk Zayyan, 'Zayyan, kita sama-sama takut kehilangan dia. Tapi dah kalau takdir dia tertulis begitu, kita tak boleh buat apa-apa.' katanya dalam hati.
Affaz keluar daripada bilik mereka lalu pergi ke bilik mesyuarat. Affaz memasuki bilik mesyuarat tersebut. "Selamat pagi, tuan." ucap Affaz. Kapten Nazrin menoleh ke arah Affaz. "Selamat pagi, Leftenan Muda Affaz." balas Kapten Nazrin. "Leftenan Zayyan beritahu saya bahawa tuan ada misi untuk saya, betul ke?" soal Affaz. Kapten Nazrin mengangguk, "Saya memang ada misi khas untuk kamu. Tapi sebelum tu, kamu dah pernah masuk pangkalan ini, bukan?" soal Kapten Nazrin. Affaz mengangguk. "Saya nak kamu menyamar dan berkhidmat untuk mereka. Tujuan misi ni untuk mengetahui rancangan Jepun yang seterusnya." jelas Kapten Nazrin.
Affaz mendengar dengan teliti semua rancangan yang diberikan oleh Kapten Nazrin. Misi kali ini hanya melibatkan Affaz sahaja, dan tiada bantuan daripada Zayyan atau mana-mana anggota lain. "Saya tau apa yang kamu fikirkan. Ya, misi kali ni memang nampak sulit tapi ini antara salah satu cara untuk tahu seberapa ketat pertahanan di sana." jelas Kapten Nazrin sambil menepuk bahu Affaz. Kapten Nazrin menghulurkan sebuah beg uncang berwarna hitam kepada Affaz.
"Dalam uncang tu, ada cip mikro yang bertindak sebagai bahan letupan dan penjejak." kata Kapten Nazrin. Affaz membuka beg uncang tersebut, "Banyaknya cip mikro dalam ni tuan." kata Affaz. "Mana tahu kot-kot kamu perlukan benda yang nak diletupkan." usik Kapten Nazrin. Affaz hanya tersengih lalu menggantungkan uncang tersebut pada pinggangnya. "Saya keluar dulu, tuan." kata Affaz. Kapten Nazrin mengangguk, kemudian Affaz berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu.
Affaz kembali ke biliknya dan Zayyan, dia membuka almarinya lalu mengeluarkan baju Leftenan Jepun yang dipakai tempoh hari. Dia menyarung uniform tersebut lalu berjalan keluar dari bilik itu dan seterusnya berjalan keluar dari pangkalan tersebut. Affaz menaiki superbike Zayyan lalu menunggang laju menyelusuri Lebuhraya Utara-Selatan. Affaz membuka visor helmetnya, membiarkan angin menusuk matanya. Bunyi dari superbike yang ditungganginya memenuhi seluruh kawasan yang dilaluinya.
KLANG, SELANGOR
Setelah hampir 4 jam perjalanan, Affaz tiba di pangkalan tentera Jepun yang sama. 'Qarizh aku akan cuba bawa kau keluar dari tempat ni.' kata Affaz dalam hati lalu berjalan masuk ke pangkalan tersebut. Affaz melihat ke sekeliling pangkalan tersebut, dia dapat melihat tiga orang tentera Malaysia bersiap sedia untuk dibunuh. "Aku bagi kau peluang terakhir untuk tanggalkan uniform kau." kata askar Jepun itu. "Tak, aku takkan tanggalkan uniform ni! Aku sanggup mati dari tanggalkan uniform ni!" balas seorang askar Malaysia. Affaz melihat seluruh peristiwa tersebut, 'Maaf, aku tak dapat bantu korang.' katanya dalam hati lalu berjalan masuk ke dalam bangunan utama pangkalan tersebut.
Affaz menuju ke tingkat lima bangunan tersebut, dia berjalan di sepanjang koridor tersebut. Dia berhenti di pintu yang berada di hujung koridor itu lalu masuk ke dalam. "Selamat pagi, tuan." ucap Affaz. Koishi yang hampir menusuk bahu kiri Qarizh menoleh ke arah Affaz. Koishi bangkit daripada Qarizh, "Sepatutnya aku dah larang semua askar dari masuk pejabat aku. Apa yang kau nak?" soal Koishi. Affaz menelan air liur, takut. "Saya Leftenan Daichi Toshio, ada panggilan kecemasan untuk tuan daripada Mejar Takeshi Ryuzaki." kata Affaz dengan berhati-hati. Koishi meletakkan pisaunya di atas mejanya lalu menyarung sarung tangannya semula.
Koishi mendekati Affaz, "Sementara aku pergi, kau tolong jagakan dia. Semalam dia hampir dapat lepaskan diri, aku pergi dulu." pesan Koishi lalu keluar dari pejabatnya. Sebaik sahaja pintu di belakang Affaz ditutup, Affaz terus berlari ke arah Qarizh. "Qarizh kau okay tak?" soal Affaz. Qarizh mengangguk, "Affaz, kenapa kau ada kat sini?" soalnya. "Aku kat sini sebagai pengintip, Qarizh. Tapi dalam masa yang sama aku akan cuba cari cara nak bawa kau keluar dari sini." balas Affaz. Qarizh mengambil pisau di atas meja Koishi, "Affaz, aku nak kau tikam perut aku." kata Qarizh.
Mata Affaz membesar, "Tak aku takkan buat, Qarizh." balasnya. "Kau kena buat Affaz, sebab kalau kau tak buat, Koishi akan curiga dengan kau." kata Qarizh. Affaz mengambil pisau tersebut dari tangan Qarizh. Dia menatap Qarizh lalu menghela nafas berat, 'Aku minta maaf Qarizh tapi ini arahan daripada kau.' katanya dalam hati lalu menikam perut Qarizh.Qarizh memaut bahu Affaz sebelum melorot jatuh di hadapannya rakannya.
Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka, Koishi melangkah masuk. "Dia buat hal atau kau suka-suka je tikam dia?" soal Koishi. "Aku sengaja tikam dia." balas Affaz. Koishi menatap Qarizh dengan senyuman sinis lalu dia memijak perut Qarizh. "Kesian kau, Qarizh. Terpaksa hadap semua ni hanya untuk jaga rahsia yang sepatutnya kerajaan kau sendiri simpan." kata Koishi lalu menarik Qarizh ke dinding lalu menyandarkannya. Affaz hanya melihat setiap tindakan yang Koishi lakukan terhadap Qarizh. "Aku tak peduli Koishi." kata Qarizh. 'Jadi nama jeneral ni ialah Koishi. Nampaknya aku dah jumpa sasaran aku.' kata Affaz dalam hati lalu keluar dari pejabat Koishi.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAWANAN YANG DISEKSA (Complete)
Misteri / ThrillerKisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...