⚠️Semua watak adalah rekaan semata-mata, begitu juga nama tempat dan lain-lain. Tiada kena mengena dengan dunia nyata samada hidup ataupun mati‼️
⚠️ Kesalahan bahasa mahupun kesalahan ejaan dan mix bahasa‼️
⚠️ Bad language, bullying, rude actions, blood etc.›››
Dari kejauhan, seorang anak perempuan, terdiam melihat keluarganya yang sedang ketawa riang. Abangnya yang sulung itu berbual-bual dengan si ayah, sementara adiknya yang bongsu bermanja-manja dengan si ibu, sesekali mereka tersenyum sambil mendengar cerita lucu dari ayah mereka. Bagi mereka, suasana ini penuh kasih sayang dan kehangatan, tetapi bagi dia, dia rasa terasing menyelinap di hati.
Sejak kecil, dia merasa dirinya sedikit berbeza. Abangnya sentiasa dipuji kerana kebijaksanaan dan sifat pemimpinnya, sementara adiknya yang comel dan manja selalu mendapat perhatian penuh dari semua orang. Namun, dia, seolah-olah berada di tengah tanpa tempat khusus di kedua hati ibu dan ayahnya. Segala pencapaiannya sering kali tidak disambut besar, kerana ada saja perkara lain yang dianggap lebih penting.
Dia menatap keluarganya yang tertawa mesra. Perlahan-lahan, timbul perasaan sayu dan cemburu dalam hatinya. Dia teringatkan semua kali dia berusaha keras dalam pelajaran mahupun bukan dalam pelajaran, tetapi usahanya terasa seolah-olah tidak diambil peduli. Dia sering menunggu mengharapkan untuk dipeluk dan diberi perhatian, tetapi kehadirannya sering kali tidak terlihat.
Dengan suara perlahan yang hampir tidak terdengar, dia berkata dalam hatinya, 'Aku juga ingin dihargai. Aku juga ingin rasa dicintai itu.'
Namun, dalam keheningan itu, dia tetap memaksa senyuman, berpura-pura bahagia melihat keluarganya tertawa. Dia tahu yang dia tidak sepatutnya meletakkan rasa cemburu itu ada, kerana dia sayang keluarganya. Namun, harapan kecil masih tersimpan di dalam hatinya, semoga satu hari nanti, dia juga akan dirasakan istimewa di mata mereka, sama seperti kakak dan adiknya.
Dan malam itu, dia merenung keluar jendela, berbicara dengan bintang-bintang, memohon agar suatu hari nanti, dia juga akan dapat merasakan kasih sayang yang seadilnya.
Sebelumnya dia pernah menemui kasih sayang itu, tetapi dari kedua neneknya. Mereka mendengar segala ceritanya, menyayanginya, dan selalu menegaskan bahawa dirinya berharga. Namun, takdir mengujinya lagi—satu persatu, kedua neneknya terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkan mereka meninggalkannya buat selamanya.
Rasa kehilangan itu amat dalam, membuatnya merasa kembali sendirian. Setiap malam dia teringat pesan kedua neneknya untuk tetap kuat. Walaupun hatinya hancur, dia perlahan-lahan bangkit, menulis diari tentang kenangan indah bersama mereka.
Dengan tekad, dia berjanji pada dirinya untuk suatu hari menjadi seseorang yang dihargai, menyebarkan kebaikan sebagaimana nenek-neneknya pernah lakukan. Kini, meskipun sendiri, dia tahu kasih sayang mereka selalu bersamanya, memberi kekuatan untuk terus maju.
KAMU SEDANG MEMBACA
𝗣𝗔𝗜𝗡𝗙𝗨𝗟
ChickLit"PAIN" mengisahkan perjuangan seorang anak tengah yang terpinggir, hidup dalam bayang-bayang keluarga sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung, tetapi malah menjadi punca luka yang dalam. Ditindas, disakiti, dan dihancurkan secara fizikal dan menta...