›››
Abangnya, LEONE HAYES ASHER, turut bersuara dengan senyuman mengejek. "Betul juga. Si anak KEDUA yang selalu merasa tertindas. Padahal kaulah yang mencipta masalah, kan?"
Adiknya yang bernama LEORA AERIY ASHER menambah perih. "Kak Dira, kalau memang tak boleh jaga maruah, lebih baik jangan jadi anak. Malukan keluarga ja!" Di sisi Leora, kekasih Adira iaitu DAVIAN ETHAN MARCEL tampak tertawa kecil, mengeluarkan ejekan yang menusuk hati sambil memeluk adiknya.
"Leora... bang Leo... kenapa... kenapa kalian melakukan ini kepada ku?" suara Adira hampir tidak terdengar. Matanya memandang penuh tanya pada kedua adik-beradiknya yang sedang menatapnya sinis.
"Bukan... itu bukan Adira... ma, pa, tolonglah percaya...." Air mata Adira mengalir deras, tubuhnya gemetar. Belum selesai rasa sakit di hatinya, ayahnya mencengkam lengan Adira dengan kasar.
Setelah gadis itu terjatuh di lantai kerana tamparan keras ayahnya, penyiksaan terus berlanjutan tanpa henti. Ibu dan ayahnya saling bergantian menyiksa tubuh lemah gadis itu, sementara kakak dan adiknya hanya menonton tanpa rasa iba.
Ayah menggenggam rambutnya dengan kasar, memaksa kepalanya mendongak. "Kamu fikir kamu boleh menipu kami, hah? Lihat wajahmu yang penuh dosa itu! Tiada lagi harga diri dalam keluargaku kerana kamu!" Selepas berkata demikian, ayahnya menendangnya keras di bahagian perut.
Adira menangis kesakitan, dia cuba merangkak menjauh dari ayahnya. "Papa... Dira tak bersalah... Dira... Dira tak pernah... Dira bahkan tidak tahu siapa orang dalam foto itu...."
Selepas ditendang oleh ayahnya, kini ibunya pula menendang belakangnya. "Berhenti bercakap kosong! Kau dah menipu kami cukup lama! Selama ini kami diam sahaja, tetapi ternyata kau sudah melampaui batas!" Ibu meraih lengan Adira, lalu memelintirnya dengan kuat. "Kau harus merasakan akibat dari kelakuanmu!" Adira menggeliat kesakitan.
Penderitaannya tidak berakhir di situ sahaja. Ayahnya mula menyeretnya kasar, sementara ibunya ikut melontarkan kata-kata pedas yang menusuk. Adira memohon, menggeleng, berharap agar orang tuanya mendengar. Namun, ibunya malah memukulinya dengan keras, menendangnya tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kekacauan itu, kekasihnya hanya memandang dengan senyuman kecil di wajahnya, sambil memeluk adiknya semakin erat. Adira tidak mengerti—bukankah lelaki itu yang selalu bersumpah akan mencintainya? Kenapa malam ini dia hanya diam?
Davian berkata dengan sinis. "Mungkin sudah masanya kau belajar bahawa hidup ini tidak mudah. Kau tidak sepenting itu bagi sesiapa di sini." Kata-kata itu menusuk hati Adira.
Adira didorong jatuh ke lantai, sakit dan hina rasanya. Abang dan adiknya terus mengejek, seakan tidak peduli pada tangisan Adira yang sudah tersedu-sedu.
Dia mendengar nada mengejek kakaknya. "Kau benar-benar memalukan. Jangan harap ada yang kasihan padamu, kerana kau layak mendapatkannya. Lebih baik kau hilang saja dari hidup kami."
KAMU SEDANG MEMBACA
𝗣𝗔𝗜𝗡𝗙𝗨𝗟
ChickLit"PAIN" mengisahkan perjuangan seorang anak tengah yang terpinggir, hidup dalam bayang-bayang keluarga sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung, tetapi malah menjadi punca luka yang dalam. Ditindas, disakiti, dan dihancurkan secara fizikal dan menta...