›››
Petang menjelang malam, akhirnya tamat kelas. Adira berjalan keluar dari kelas dengan langkah yang perlahan. Hari pertama di kehidupan kedua dengan sifat dan sikap baru yang amat melelahkan bagi Adira. Dia hanya ingin pulang dan menenangkan diri, jauh dari segala yang telah berlaku. Namun, langkahnya terhenti seketika ketika kumpulan lelaki yang suka menggoda perempuan mula menghalang jalannya.
Suasana di lapangan sekolah begitu tegang. Adira, yang sudah hilang sabar, berhadapan dengan sekumpulan geng lelaki yang selama ini merendahkannya yang bernama SKULL. Ketika mereka terus mengejek dan merendahkannya, Adira yang sudah tidak tahan lagi memutuskan untuk melawan.
"Jangan ingat aku akan diam saja, Eros!" bentaknya dengan penuh kebencian, matanya penuh dengan api amarah yang membara. Dia terus melangkah ke hadapan dengan langkah penuh tekad. "Kalian takkan berani lagi menghina aku atau perempuan lain lepas ni!"
Eros dan kawan-kawannya ketawa mengejek. "Aik, berani betul kau, Adira," kata Eros, yang mula ketawa sinis. "Kau memang perempuan lemah pun. Kau rasa boleh lawan kami semua?"
Tanpa memberi amaran, Adira melompat ke arah ketua SKULL, EROS MAIVEN GABRIEL. Tangannya bergerak cepat, menumbuk muka Eros dengan sekuat hati. Bunyi tumbukan itu keras, mengejutkan ramai pelajar yang sedang menyaksikan kejadian itu. Mereka hanya mampu memandang, ada yang terkejut, ada yang tidak tahu mampu berkata apa-apa.
Eros terhuyung-huyung ke belakang, tetapi Adira tidak berhenti di situ. Dia menendang perut EZRA ELLION ATLAS, salah satu anggota SKULL yang ingin membalas serangan ke arahnya untuk membela si ketua dengan sepenuh tenaga, hingga lelaki itu terpelanting jatuh ke tanah.
Satu persatu dari kumpulan itu dicederakan Adira dengan tumbukan dan tendangan bertalu-talu, setiap pukulan dan tendangannya penuh dengan amarah yang tidak terkawal, seolah-olah dia mahu menghancurkan mereka.
"Ini untuk setiap kali korang hina aku!" Jerit Adira, menumbuk wajah FEROX CANNEST TAM, anggota ke-tiga SKULL hingga dia terjatuh. "Korang fikir aku lemah?!"
SKULL tidak mampu melawan balik. Mereka ingin menyerang balik, namun tak berdaya. Mereka sudah mulai keletihan dan hampir menyerah, tubuh mereka penuh dengan kesan pukulan dan tendangan dari Adira.
Namun, dalam kekalutan itu, seorang lelaki muncul dari kejauhan, iaitu pemilik sekolah ini. Yang selama ini diam menyaksikan dari jauh, melihat bagaimana Adira membabi buta menyerang geng SKULL. Dengan langkah tegap, lelaki itu mendekati mereka. Wajahnya tegas dengan aura gelap, tidak lupa matanya memancarkan ketegasan yang luar biasa. Dia tahu, jika dibiarkan, keadaan ini boleh bertambah buruk.
Lelaki itu mendekati Adira mereka. "Cukup!" tegas lelaki itu, suaranya rendah namun penuh dengan ketegasan. "Berhenti aku kata!" Lelaki itu cuba menghentikan pukulan serta tendangan adira. Namun, Adira yang sudah dilanda amarah tidak dapat dihentikan. Dengan sepenuh kekuatan, dia menendang mereka lagi.
KAMU SEDANG MEMBACA
𝗣𝗔𝗜𝗡𝗙𝗨𝗟
ChickLit"PAIN" mengisahkan perjuangan seorang anak tengah yang terpinggir, hidup dalam bayang-bayang keluarga sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung, tetapi malah menjadi punca luka yang dalam. Ditindas, disakiti, dan dihancurkan secara fizikal dan menta...