M K T [eps 3]

13 0 0
                                    

Keesokan harinya...
Zulaikha sedang tidur dibuai mimpi yang indah sehinggalah dia mendengar rakannya memanggil
"Bangunnn, bangunnn. Jangan nak tidur je. Zulaikha yang masih lagi kelelahan itu buat tak endah je. "WEE ZULAIKHA, MAK AYAH KAU ADA KAT SINI. CEPATLAH SIAP," kata Najwa bagi membangunkan rakannya yang sedang nyenyak tidur.

"Ooo, HAH MAK AYAH AKU?? ALAMAK AKU KENA CEPAT NI." kata Zulaikha dalam keadaan cemas. "Aduh! Sakitnyaa." Najwa ketawa kecil melihat kerenah rakannya itu. "HAAHAHAAHAA LAWAKLAH KAU NII." kata Najwa tidak dapat menahan ketawa.

"Aduhh tolonglah akuu. Sakit ni." kata Zulaikha sambil malu. "HAHAHAHAHA oklah. Meh aku tolong." Najwa pun menolong Zulaikha yang malu akan gelagatnya sebentar tadi. Zulaikha pun menyedari bahawa rakannya itu telah membohonginya. "Weh, kau tipu aku kan? Mak ayah aku mana ada kat sini. Dia kat Paris sana tu." kata Zulaikha dengan tidak puas hati. "Ha tau pun. Dah tu kenapa kau percaya aku bulat-bulat tadi"

"Manalah aku sedar, aku kan baru je bangun tidur. Sekarang ni pinggang aku dah sakit dah, aduh sakitnya." kata Zulaikha sambil jeling kepada Najwa."Padan muka. Tadi aku kejut kau buat tak endah je. Rasakan," kata Najwa. "Takpelah kau pergi siap-siap dulu. Nanti kau ikut aku pergi kedai jap," sambungnya lagi. "Baiklah".kata Zulaikha.

Tak lama selepas itu....
" Jom pergi. Aku dah siap ni," kata Zulaikha. "Jom, aku pun dah siap dah ni," kata Najwa yang sudah menunggu dari tadi di kereta. Mereka pun bertolak ke mall. "Aik, kau kata nak pergi kedai tadi. Kenapa kita kat mall pulak?" kata Zulaikha kebingungan. "Alah sama je. Kau tunggu sini jap, aku pergi cari tempat parking kereta." kata Najwa "Jangan pergi merayau mana-mana tau," sambungnya lagi.
"Baik bos" kata Zulaikha. Najwa pun pergi tempat parking kereta.

Sementara itu, "Haih manalah si Najwa ni? Tengok phone japlah"
kata Zulaikha. Sedang asyik Zulaikha melihat telefon, tiba-tiba ada seseorang yang melanggarnya.
"Aduh, sapa yang tolak ni? " kata Zulaikha sambil melihat kakinya yang terluka. "Eh, maafkan saya." sosok yang tidak dikenalinya bersuara. "Eh, macam familiar je suara ni" katanya dalam hati.

Zulaikha menoleh ke arah suara itu dan melihat sesosok tubuh yang tegap sedang melihat ke arahnya.
"Hensemnyaa..." kata Zulaikha tidak menyedari kata-katanya didengar oleh lelaki itu. Lelaki itu pun menghiraukan kata-kata Zulaikha. "Cik? Cik ok ke?"kata lelaki itu. Eh, saya ok. Luka sikit je" kata Zulaikha. "Sikit apa ni.. Teruk luka ni. Meh sini saya bawa awak ke klinik" sambungnya lagi.
"Baiklah..." kata Zulaikha yang terlupa akan rakannya yang sedang berada di tempat parking kereta.

"Awak boleh bangun tak ni? Kalau tak boleh saya boleh angkatkan."
kata lelaki itu. "Eh..h.. takpelah boleh je ni." kata Zulaikha yang malu akan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Lelaki itu tersenyum melihat reaksi Zulaikha. Zulaikha pun cuba untuk bangun dan semestinya dia terjatuh.

Lelaki itu melihat Zulaikha tidak mampu untuk bangun itu pun menawarkan pertolongannya sekali lagi. Akhirnya Zulaikha pun terpaksa menerima tawaran lelaki itu. (Yelah tu terpaksa. Ok² sambung cerita) Lelaki itu pun memimpin Zulaikha sampai ke keretanya. Mereka pun bertolak ke klinik.

MAAF KAU TERLAMBATWhere stories live. Discover now