Di klinik... "Terima kasih tolong hantarkan saya kat klinik" kata Zulaikha. "Eh takde masalah pun. Saya ok jee. Btw apa nama awak?,"
kata lelaki itu. "Nama saya Zulaikha. Nama awak pula?" kata Zulaikha. "Aiman. Nama saya Aiman" kata Aiman. "Eh macam nama.... haish takkanlah tu dia. Tak mungkinlah" kata Zulaikha dalam hati."Apa yang lama sangat fikir tu?" kata Aiman. "Eh takde papelah" kata Zulaikha. "Oo takpelah kalau macam tu. Awak nak saya hantar awak ke?" kata Aiman. "Err takpelah rasanya tak payah kot" kata Zulaikha. "Betul ke ni?" Zulaikha menjawab, "ye betul. Nanti saya balik naik teksi je. "
Tidak sempat Aiman menjawab, tiba-tiba saja telefon Zulaikha berbunyi. Zulaikha mengambil telefonnya dari beg. Rupanya Najwa yang menelefon. "Alamak! Lupalah pulak tadi nak call dia. Aduhaii mcam mana boleh lupa ni. Habislah aku kena bebel dengan dia." kata Zulaikha dalam hati.
"Sapa tu Zulaikha? Awak tak nak angkat ke?" kata Aiman. "Ni kawan saya, jap saya angkat telefon. Baru sahaja Zulaikha ingin bercakap tiba-tiba dengar suara Najwa dengan nada yang marah. " OI, KAU KAT MANA HAH??? PUAS AKU CARI KAU TAK JUMPA" "Opp jap, sorrylah. Tadi ada orang ni langgar aku pastu aku terjatuh. Dia pun bawak aku pergi klinik. Sorryy yee" kata Zulaikha ingin menerangkan keadaan situasi. "Haih kau ni. Kau share location kau sekarang. Aku pergi ambik kau" kata Najwa. "Ok². Aku share location aku." kata Zulaikha. "Ok" kata Najwa.
Zulaikha pun mematikan panggilan tersebut. Sementara menunggu Najwa, Zulaikha borak dengan Aiman. Tidak lama selepas itu, Najwa pun datang. "Eh, kau buat apa kat sini? kata Najwa sambil melihat kearah Aiman. "Oh Hai Najwa, kau kenal ke dia ni?" kata Zulaikha. "Of courselah, kenal sangat" kata Najwa."
Aiman mendiamkan diri. "Zulaikha, apa kata kau tunggu kat sini jap. Aku ada hal sikit nak sembang dengan budak ni" kata Najwa lalu menarik Aiman ke tepi. "Kau ni kenapa hah? Apa masalah kau" kata Aiman. "Kau tu yang kenapa. Apa yang kau buat ngan member aku tu? kata Najwa. "Eh aku takde nak buat pape punlah. Aku cuma hantar dia ke klinik je. Takde buat pape pun" kata Aiman. "Hmph, yelah tu. Kau jangan nak dekat² ngan dia lagi" kata Najwa lalu pergi menarik Zulaikha. "Dah we jom balik" "Adui! Eh kau kenapa ni?" kata Zulaikha kehairanan. "Nantilah aku cerita kat kau" kata Najwa sambil pimpin Zulaikha ke kereta.
Keadaan di kereta sangat senyap, sunyi, sepi. Ada banyak perkara yang ingin ditanya Zulaikha tetapi dia takut ianya akan membuatkan situasi bertambah semakin janggal.
Sedang asyik Zulaikha memikirkan tentang kejadian tadi, tiba-tiba telefonnya berdering ding... ding. Dia pun menjawab panggilan telefon itu. "Assalamualaikum. Ni sapa ye? " kata Zulaikha. "Waalaikumsalam. Haih takkan dah lupa mak sendiri." kata Puan Hazlin. "Eh mak. Lama tak call mak. Kenapa mak call Zul ni" kata Zulaikha. "Em.. Apa kata kamu datang sekarang. Nanti mak hantar location. Mak tunggu tau" Belum sempat Zulaikha bertanya panggilan telefon itu sudah dimatikan. "Aik? Kenapa dengan mak aku ni? " kata Zulaikha kehairanan.
Najwa yang dari tadi mendiamkan diri pun bertanya "Kenapa mak kau call tu? Macam ada hal je." "Ntahlah. Mak aku suruh aku pergi kat tempat ikut location yang dia bagi tu" kata Zulaikha. "Oo. Meh aku hantarkan" kata Najwa. "Eh takpe ke ni? Tak menyusahkan kau ke?" kata Zulaikha. "Takde susah pun. Kaki kau pun luka kan, mana boleh bawak kereta. Kita balik rumah aku dulu. Pastu baru pergi sana." kata Najwa.
Setibanya dia rumah, mereka pun bersiap-siap dan bertolak ke tempat yang dituju. Dalam perjalanan, "We Najwa, nak tanya sikit boleh?" kata Zulaikha. "Boleh je, tanyalah" kata Najwa. "Erm... pasal tadi tu. Kenapa ye?" kata Zulaikha. Najwa terdiam buat seketika. "Takde papelah" kata Najwa. "Dahlah kau tidurlah dulu. Lama lagi nak sampai ni" sambung nya lagi. "Oh ok" kata Zulaikha.
YOU ARE READING
MAAF KAU TERLAMBAT
Fanfiction"Akuu, aku suka kau" SARAH ZULAIKHA "Kau suka aku? Hmph perempuan macam kau ni suka kat aku? Sorrylah tapi aku tak suka kau lah" ZULHARRIZ AIMAN ".... tapi kenapa? Apa yang buat kau tak sukakan aku? " SARAH ZULAIKHA "Kau tengoklah diri kau tu. Muka...