Keesokan paginya. Pada pukul 4:00 pagi, Zulaikha sedang tidur nyenyak tiba-tiba Najwa bangunkan dia dari tidur. "Wee Zulaikha bangun. Kita dah sampai ni," kata Najwa kepenatan setelah memandu semalaman. "Emm... Ha ok²" kata Zulaikha yang masih lagi mamai. "Ni ke rumah kau. Besarnyaa" kata Najwa. "Alah, biasa je. Sat aku call mak aku," kata Zulaikha lalu mencapai telefon yang berada di dalam begnya.
"Krik... Krik... Hello. Sapa ni," kata Puan Hazlin. "Ai dak kenal orang dah ka. Ni adiklah," kata Zulaikha. "Ooo hang rupanya. Awat dok call pagi-pagi buta ni," kata Puan Hazlin. "Ni orang dah sampai dah ni," kata Zulaikha. "Ha ok jap mak pergi bukak pintu" kata Puan Hazlin. "Baik mak." kata Zulaikha. "Ha, apa mak kau cakap?"kata Najwa. "Mak aku cakap jap, Dia pergi bukak pintu jap" kata Zulaikha. "Oo ok" kata Najwa.
Beberapa minit kemudian, Zulaikha dan Najwa masih lagi menunggu di luar rumah. "Haih lama betul. Mak kau ni pergi buka pintu ke pergi buat pintu? " kata Najwa saja mengusik. "Jap gi adalah tu" kata Zulaikha. "Ha tu mak aku" sambungnya lagi. "Maaflah yee. Lambat sikit" kata Puan Hazlin. "Takpe makcik. Tak lama pun," kata Najwa.
"Ha oklah kalau macam tu. Meh masuk dulu. Beg kamu berdua tu nanti makcik suruh orang ambikan. Najwa, kamu mesti penatkan. Pergilah berehat kat bilik tetamu tu dulu" kata Puan Hazlin.
"Terima kasih cik" kata Najwa tidak sabar hendak berehat. "Bik, tolong tunjukkan kat dia bilik tetamu kat atas tu ye" kata Puan Hazlin. Bibik itu pun mengiringi Najwa ke bilik tetamu.Mereka pun masuk ke dalam rumah. Di dalam, "Eh kenapa dengan kaki adik tu? " tanya Puan Hazlin. "Eh takde papelah. Tadi jatuh sikit je," kata Zulaikha. " Macam mana boleh jatuh ni. Dah tu, Kakak boleh jalan tak ni? " tanya Puan Hazlin yang risau akan keadaan Zulaikha.
"Hehe. Takde papelah. Sekarang dah ok sikit," kata Zulaikha. "Lain kali tu hati-hatilah. Kalau jadi apa-apa nanti bahaya," kata Puan Hazlin. "Baik mak" kata Zulaikha. "Oklah mak, kakak masuk bilik dulu. Nak tidur. Ngantuk" kata Zulaikha lalu masuk ke biliknya. Setelah itu, Puan Hazlin pun pergi ke biliknya.
Pada petang itu, Zulaikha yang sudah dikejutkan oleh Puan Hazlin pun turun ke ruang tamu. Sesampainya dia di sana, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ibu bapanya yang sedang duduk di atas pelamin.
"Wow, cantiknya. Mak dan ayah nak sanding lagi ke? " kata Zulaikha perlahan-lahan pergi ke arah ibu dan ayahnya. "Hah? Bukanlah adik" kata Puan Hazlin. "Hehe. Untuk sape ni mak? " tanya Zulaikha "err sebenarnya ada hal yang mak nak bincang dengan adik.. " belum sempat Puan Hazlin menjawab Zulaikha berkata "Kejap, adik tau. Ayah, ayah nak kahwin lagi? " kata Zulaikha kepada Encik Farid. Encik Farid mengangguk.
Puan Hazlin menepuk Encik Farid lalu berkata "Ish, apa abang ni" kata Puan Hazlin. Encik Farid tersenyum.
"Bukan jugak? Dah tu untuk sape? " tanya Zulaikha. "Emm.. semua ni untuk adiklah" kata Puan Hazlin. "Ooo, adik mana? " tanya Zulaikha yang masih lagi tidak faham. "Adik mana lagi, adiklah" kata Puan Hazlin. "Ooo, adik. Adik tu Zu?" tanya Zulaikha. "Haah" kata Puan Hazlin. "Oo, cakaplah tunang untuk adik. HAH??" kata Zulaikha yang terkejut akan berita itu."Adik ok kan? Adik suka kan adik suka? tanya Puan Hazlin. "Ooo... k.." jawab Zulaikha. "Alhamdulillah" kata Puan Hazlin dan Encik Farid.
Tiba-tiba, Zulaikha pun pengsan. "EH ADIKK!!" jerit Puan Hazlin lalu pergi ke arah Zulaikha.Sementara itu, ayah Zulaikha hanya melihat sahaja Zulaikha terbaring di lantai. "Dah agak dah. Memang pengsan punya. Ini semua lakonan hebat ni. Adik bangun" kata Encik Farid kepada Zulaikha. "Aaa tak nak. Adik tak nak tunang dengan sapa-sapa pun" kata Zulaikha.
"Adik, Mak dah agak dah adik tak nak. Sebab tu mak buat macam ni" kata Puan Hazlin. "Bila? Dengan sapa? " tanya Zulaikha. "Esok. Ala dengan kawan adik tu. Aiman, Zulharriz Aiman" kata Encik Farid "HAH?? Ayah! Adik tak nak tunang dengan Aiman" kata Zulaikha. Zulaikha pergi ke arah Puan Hazlin. "Mak, mak tolong adik eh. Adik merayu sangat-sangat. Adik boleh buat apa je tapi bukan tunang" kata Zulaikha. "Alah adik dengarlah cakap ibu ye. Tunanglah dengan Aiman ye. Dengarlah cakap mak dan ayah ye. Anak ibu kan baik" kata Puan Hazlin kepada Zulaikha. "Hmm, oklah ibu" kata Zulaikha lalu pergi ke biliknya.
YOU ARE READING
MAAF KAU TERLAMBAT
Fanfiction"Akuu, aku suka kau" SARAH ZULAIKHA "Kau suka aku? Hmph perempuan macam kau ni suka kat aku? Sorrylah tapi aku tak suka kau lah" ZULHARRIZ AIMAN ".... tapi kenapa? Apa yang buat kau tak sukakan aku? " SARAH ZULAIKHA "Kau tengoklah diri kau tu. Muka...