Hampir satu jam Izumie menunggu kelibat Mia dan juga Haider dengan penuh kesabaran. Sambil itu Izumie cuba untuk menghubungi Izara tetapi mesejnya tidak bersahut. Hatinya mulai risau jika terjadi apa apa pada kucing benggalnya itu. Ingin sahaja kakinya naik ke atas tetapi dia tidak mahu mencipta sebarang masalah. Ting ! Bunyi mesej memasuki ruangan line Izumie.
" kenapa kau kacau aku lagi ! " marah Izara.
" tak kacau cuma risau "
" pantun ke tu " soal Izara.
" ok ke tu , dah makan ubat ? "
" gluppp .. " Izara semakin sakit mengenangkan siapa gerangan yang tahu keadaan dia sakit ketika itu.Izara membebel , macam macam ayat dia keluarkan , kerana dia ingin tahu siapa gerangan itu.
" aku tanya , kau jawab jelah , perempuan memang semua sama ehh , banyak soalan dari jawapan " soal Izumie yang memang pantang jika perempuan kuat menyoal.
" lelaki memang semua sama ehh , suka memaksa ! "
" aikk terkena aku balik " bisik hati Izumie.Sedang leka mengusik Izara , tingkap keretanya diketuk , Izumie tidak melatah , baginya , diri itu kena sentiasa berjaga jaga apabila di luar.
" lama lagi kau nak duduk dalam ni ? " soal Haider
" bila kau sampai der ? " sambil itu Izumie membuka pintu untuk keluar.
" aku horn kau pun kau tak dengar , parah kau ni , betul angau dah , adoii "
" kau juga nak tengok aku kahwin kan " seloroh Izumie , sambil menampakkan kesemua giginya.
" tapi bukan cara macam ni bro , ini bikin sakit kepala "Sempat Haider membebel sementara mereka berjalan menuju ke liff. Hati Izumie terasa ada satu debaran yang kuat. Sukar di jelaskan perasaannya ketika itu.
" kau nak pergi mana , rumah sana ! " bebel Haider.
" berdebar pula aku der "
" kau nak sangat kan , haa jangan macam macam hal , aku hempuk kau dengan beg ni kang " bising Haider.
" alaa relax lah , weh ni beg nak duduk semalam ke seminggu ? "
" kau tanya lah adik sepupu kau tu "Izumie melihat Mia dengan gayanya yang bersahaja. Bergeleng kepala Izumie saat itu.
" kau nak pindah rumah ke Mia " soal Izumie.
" senyap boleh , kau nak aku teman ke tak nak ni " ugut Mia.
" ok ok jangan lah mengugut , der perempuan memang macamni ker ? " soal Izumie.
" aku dah lali , ugut tu rasa macam dah kena belai je bro "Mereka ketawa bertiga , setibanya di depan pintu rumah Izara , terdengar seakan bunyi kaca pecah , Izumie dengan segera mengeluarkan kunci untuk di serahkan pada Mia.
" beb kau kenapa ? , nak pergi mana ni ? " soal Mia yang melihat Izara sudah berada di lantai.
" ehh kau buat apa kat sini , aku pergi tandas tadi , nak pitam "Sempat lagi Izara memandang 2 orang lelaki yang sedang berdiri di belakang Mia. Izara di papah untuk ke sofa. Haider baru sahaja ingin membuka mulutnya tetapi dilihat Izumie sudah tidak ada di sebelahnya.
" dah tepi , yang kau terconggok kat situ kenapa , tak nampak kaca ni der ! " arah Izumie.
" bro bukan main laju lagi kau " Haider berbisik perlahan di sisi Izumie. Izumie hanya tersenyum melihat usikan Haider.Seusai bersihkan segalanya , Izumie kembali ke ruang tamu , sayu hatinya melihat si comelnya itu kelihatan lesu.
" siapa dia ? " soal Izara kepada Mia.
" sepupu aku Izumie , kau lupa ke yang angkat kau petang tadi "
" iskk jangan lah buka topic tu " malu Izara.
" apa macam , best kena lambung dengan komando ? " usik Mia.
" Miaaa !!!! " Izara menutup mukanya dengan bantal kecik .
YOU ARE READING
NIGHTMOON vs ANTS
DiversosSyed Aidan Izumie adalah seorang lelaki yang mempunyai sifat tegas dalam setiap arahannya dan mempunyai prinsip yang kukuh , akan tetapi semua itu hilang saat dia berhadapan dengan seorang gadis yang berasal dari kampung , Noor Izara Aisyah telah me...