Chapter One: Persahabatan Yang Indah

16 2 22
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.














Pagi yang indah menyambut hari baru buat enam sahabat. Matahari yang baru sahaja menyapa dilangit menghangatkan suasana. Sepanjang perjalanan ke sekolah, mereka berjalan bersama-sama. Di tengah-tengah mereka, Heeseung berjalan dalam diam. Dengan wajah yang tenang dan sikap pendiam. Dia selalu menjadi pemerhati. Walaupun Heeseung tak banyak bercakap namun kehadirannya sentiasa menceriakan suasana.

Disebelahnya pula, Jay berjalan dengan langkah yakin. Sikapnya yang ala badboy memang terkenal dengan senyuman sinis yang sentiasa terpamer. Namun disebalik imej kasarnya, Jay sebenarnya mempunyai sikap yang lembut hati tapi dia jarang menunjukkan kelembutannya itu. Walaupun begitu, Jay sanggup melakukan apa sahaja demi sahabatnya.

Jake dengan senyuman ceria dan sifat yang comel sentiasa menjadi penghibur dalam kumpulan. Dia prihatin terhadap semua orang dan memastikan tiada yang merasa ketinggalan. Setiap kali dia melihat sahabatnya dalam kesedihan, Jake akan menjadi orang pertama yang cuba menghibur dan memberikan kata2 semangat.

Yeoju pula bersikap lasak dan tidak takut. Dia selalu teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan tak pernah membiarkan sesiapapun memandang rendah padanya. Kegagahan dan keberanian Yeoju membuatkan dia sering menjadi pelindung bagi sahabat2nya walaupun kadangkala tindakan beraninya membuatkan mereka risau.

Disisi lain, Narae yang lemah lembut selalu memberikan aura tenang kepada kumpulan. Dengan senyumannya yang manis dan turur katanya yang lembut, dia sering kali menjadi suara yang menenangkan ketika keadaan menjadi tegang. Narae seperti seorang kakak yang penuh perhatian. Menjaga dan menasihati sahabat2nya dengan tulus.

Dan akhirnya, Jihyun yang manja dan sentiasa ceria. Dia adalah si kecil dalam kumpulan. Sentiasa mencari perhatian daripada yang lain terutama Jay. Walaupun sikap manjanya kadang2 membuatkan yang lain menggelengkan kepala. Mereka tetap menyayanginya.

"Heeseung, kau nie asyik diam je. Cuba kau relaks sikit." Jay mulakan perbualan mereka. Heeeseung hanya mengangkat bahu, membalas dengan suara tenang. "Kau je yang suka buat bising, Jay."

"Oh, jadi kau rasa aku nie bisinglah?" Jay mula memuncungkan bibirnya. "Tapi aku rasa Heeseung betullah. Kalau Jay diam sehari, mesti kita akan rasa pelik." Tambah Jake.

Yeoju ketawa sambil melompat sedikir dihadapan mereka. "Betul! Kalau Jay tak buat hal sehari, aku ingat Jay kena rasuk atau tak pun nie bukan Jay tapi saka."

Jay menjeling kearah Yeoju dengan tatapan tak puas hati. "Hei Yeoju, Jangan ingat kau perempuan, aku tak boleh hempuk kau."

"Cubalah kalau berani!" Yeoju menjelir lidah sambil menyorok di belakang Narae. Seolah-olah mencari perlindungan.

Narae ketawa kecil sambil menarik tangan Yeoju, "Jay, dah2lah tu. Kau nie macam tak tahu perangai Yeoju macam mana." "Ala, Jay je suka tunjuk 'garang'. Dalam hati, lembut macam jeli." Jihyun menyampuk dengan nada bergurau.

Yang lain ketawa lagi terutama Jake yang cuba menahan ketawa tapi gagal. "Betul, Jihyun! Jay nie pura2 jadi badboy je."

Jay mendengus dan berpura-pura marah. "Korang nie memang nak kena kan."

Jay terus mengejar mereka. Heeseung hanya mampu menggelengkan kepala kerana dia tahu sahabat2nya memang suka bergurau. Pelajar2 yang turut melihat mula bergosip namun tidak diendahkan mereka.






Mereka melangkah mendekati pintu pagar sekolah yang sudah mula dipenuhi pelajar lain. "Heeseung, Jay balik sekolah nanti jom main bola keranjang!" Jake tiba2 mengajak Heeseung dan Jay.

Heeseung terdiam seketika dan mengangguk setuju. Jay pula menunjukkan jari tengah eh ibu jarinya tanda 'okay'

"Nak ikut!" Yeoju berpaling kearah mereka bertiga.

"Jihyun dan Narae?" Tanya Jay kepada dua gadis tersebut. "Korang pergi jelah. Lepas habis waktu persekolahan, aku kena jumpa cikgu Ahn." Jawab Jihyun.

Narae juga menggelengkan kepala. "Aku nak pergi perpustakaan."

Ketiga-tiga lelaki tersebut mengangguk faham manakala Yeoju pula memuncungkan bibirnya kerana tiada kawan perempuan untuk hari nie.

Di tengah-tengah perbualan itu, loceng sekolah berbunyi menandakan mereka perlu masuk kekelas.

"Jom masuk! nanti cikgu marah lagi kalau kita lambat." Kata Narae sambil menarik tangan Yeoju dan Jihyun.

"Jay, cuba kali nie kau jangan buat hal dalam kelas. Boleh?" Jake menyindir sambil ketawa.

"Siapa aku kalau tak buat hal, kan?" Balas Jay dengan senyuman nakal. Ada saja rancangan jahat anak pakcik Park seorang nie.
















Tbc


Sambung atau delete?

𝐇𝐢𝐠𝐡𝐰𝐚𝐲 𝐓𝐨 𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 [ 𝐇𝐞𝐞𝐉𝐚𝐲𝐊𝐞 ] Where stories live. Discover now