Dua minggu telah berlalu sejak hari2 gembira disekolah bersama kawan2nya. Namun kini suasana dirumah terasa suram dan berat. Hari ini, Yeoju pulang dari sekolah dengan wajah penat, membawa begnya masuk kerumah sambil berharap dapat berehat dengan tenang. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat abangnya, Dowoon duduk diruang tamu bersama seorang lelaki yang kelihatan jauh lebih tua daripadanya. Wajah lelaki itu serius dengan pandangan tajam yang membuatkan Yeoju merasa tidak selesa.
"Oppa... siapa nie?" Tanya Yeoju dengan suara bergetar. Sumpah dia tidak menyukai perasaan aneh yang menyelubungi perasaan.
Dowoon menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Adik, kenalkan ini Encik Junho. Dia....dia akan jadi suami adik."
Yeoju terpaku, wajahnya berubah serta-merta. "Apa? Apa maksud oppa?"
Dowoon menghela nafas berat, cuba mengelak dari bertentang mata dengan adiknya. "Oppa...oppa ada hutang yang banyak dengan Encik Jungo dan satu2nya cara untuk selesaikan hutang nie, kalau kau kahwin dengan dia."
"Oppa gila ke? Adik nie masih sekolah! Jerit Yeoju, perasaan marah dan kecewa memenuhi hatinya." Mana boleh oppa buat keputuan sesuka hati untuk hidup adik. Ini masa depa adik, oppa!"
Encik Junho yang selama ini diam, tersenyum sinis." Yeoju, hutang abang kamu bukan sikit. Dan saya hanya mahukan kamu sebagai gantinya. Lagipun, kamu patut berterima kasih kerana abang kamu masih diberi peluang untuk hidup."
Yeoju memandang abangnya dengan harapan yang Dowoon akan membelanya tapi Dowoon kelihatan keras hati dan hanya berdiam diri.
"Adik takkan buat! Adik bukan barang yang boleh oppa serahkan macam tu je. Ini hidup adik, masa depan adik!" Yeoju berkata. Air matan sudah mula membasahi pipinya.
Dowoon mengeluh, jelas tidak mahu mendengar penolakan tersebut. "Adik, jangan keras kepala boleh tak! Adik tak faham."
"Tak, oppa yang tak faham! Oppa yang pentingkan diri sendiri!" Dengan perasaan yang bercampur baur antara marah dan kecewa, Yeoju terus berlari keluar daripada rumah. Meninggalkan abangnya yang memanggil namanya berulang kali tapi dia tidak peduli lagi. Langkahnya semakin laju dan air matanya terus mengalir deras.
Yeoju duduk sendirian disebuah kerusi dikedai serbaneka, menunduk sambil menyembunyikan wajahnya diantara tangan. Air mata mengalir tanpa henti. Dalam hatinya, dia menyalahkan takdir dan ketiadaan ibubapa mereka yang telah lama meninggal dunia. Meninggalkan dia bersama seorang abang yang hanya mementingkan diri sendiri.
Tiba2, dia terdengar suara lembut yang memanggil namanya. "Yeoju?" Narae mendekatinya dengan wajahnya yang penuh kebimbangan.
Yeoju mengangkat pandangannya dan saat dia melihat wajah Narae, Heeseung, Jihyun, Jake dan Jay, segala kesedihan yang terpendam keluar. Dia menangis teresak-esak dalam pelukan Narae.
Heeseung berjongkok dihadapan mereka berdua lalu memandang Yeoju. "Yeoju, apa yang berlaku?"
Dengan suara yang bergetar dan nafas yang tersekat, Yeoju menceritakan segalanya dari awal hingga akhir. Jay dan Jake saling berpandangan, jelas tidak berpuas hati dengan apa yang baru mereka dengar.
"Berapa hutang yang Dowoon hyung kena bayar, Yeoju?" Tanya Jay dengan nada tegas.
Yeoju mengelap air matanya dan menjawab perlahan. "500 ribu won." Dia menunduk. Perasaannya bercampur bauyr antara malu dan marah. Jay dan Jake langsung memandang antara satu sama lain lalu mengangguk perlahan.
"Kami akan bayar hutang tu." Kata Jake tanpa ragu.
Yeoju segera menggelengkan kepala. "Aku tak boleh terima. Aku taknak berhutang dengan korang."
Jake tersenyum lembut. "Dalam persahabatan, tak ada istilah hutang, Yeoju. Dan kau tak perlu bayar balik duit tu."
"Kkaja, kita pergi bank dulu dan keluarkan duit lepas tu baru kita kerumah Yeoju." Ujar Jay.
Tanpa membuang masa, mereka semua berjalan bersama-sama ke rumah Yeoju. Setibanya mereka disana, mereka melihat Dowoon masig berbual dengan Encik JUnho diruang tamu,seolah-olah merancang sesuatu tanpa sebarang penyesalan. Dowoon terkejut melihat Yeoju kembali dengan kawan2nya.
Jay terus melangkah kedepan dengan berani. "Hyung, berapa jumlah hutang yang perlu hyung bayar?" Tanyanya dengan suara tegas.
Dowoon tersenyum sinis dan cuba memandang rendah kepada mereka. "Satu juta won. Kau ada?" Katanya dengan angkuh. Terlalu yakin mereka tidak akan mampu menghulurkan wang sebanyak itu. Namu dengan tenang Jake mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari begnya dan meletakkannya diatas meja. "Dalam samoul itu, ada tiga juta won." Katanya, memandang tepat kearah Dowoon.
Jay pula mengeluarkan wang tunai sebanyak dua juta won dari dompetnta dan memberikan kepada Dowoon. "Dengan duit nie, hyung jangan paksa Yeoju berkahwin dengan orang tua nie."
Dowoon tercengang seketika tapi dengan cepat dia menyembunyikan dan mengambil wang tersebut. "Baiklah, seronok berurusan dengan korang." Katanya seolah-olah mengalah dengan mudah.
"Shuh shuh! Korang boleh bawa beban nie pergi." Kata Dowoon. Matanya masih tertumpu pada timbunan wang atas meja. Yeoju sedikit terkejut namun kemudian dia tersenyum kecut. Selama ini abangnya tidak pernah ikhlas menjaganya dan menganggapnya beban semata.
"Tak apa, Yeoju. Kau tinggal je dengan aku."Kata Jihyun lembut.
Dan akhirnya, Yeoju betul2 keluar daripada rumah itu. Barang2nya dibawa oleh lori yang telag disewa oleh Jay. Sebelum pergi, Yeoju memandang kearah abangnya. Dia tidak berdendam namun dia kecewa dengan sikap Dowoon. Dia hanya mampu berdoa semoga abangnya menerima karma atas apa yang dia lakukan.
Tbc
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐠𝐡𝐰𝐚𝐲 𝐓𝐨 𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 [ 𝐇𝐞𝐞𝐉𝐚𝐲𝐊𝐞 ]
FanfictionKisah enam sahabat baik-Heeseung, Yeoju, Jake, Narae, Jay, dan Jihyun-yang berkawan sejak kecil dan saling melengkapi dengan keunikan masing-masing. Heeseung yang menyimpan rahsia besar. Jay dan Jake yang mempunyai masalah keluarga. Yeoju yang di...