Petang yang cerah menyambut mereka selepas waktu persekolahan tamat. Gelanggang bola keranjang sekolah menjadi tempat tumpuan Heeseung, Jake, Jay dan Yeoju yang sibuk memanaskan badan sebelum mula bermain.
"Alright, siapa yang kalah kena belanja makan!" Jay bersuara dengan penuh semangat. "Aku takkan kalah." Heeseung menjawab dengan yakin sambil melontar bola kepada Jake. "Jake, kali nie kau kena buktikan sikit la."
Jake ketawa mengejek. "Korang nie nak kalah ke? Sebab aku memang MVP(Most Valuable Player) kot." "Iyolah tu, Jake. Tengoklah nanti." Yeoju menyampuk sambil bersiap-siap untuk merebut bola.
Permainan mereka bermula dengan sengit. Heeseung, Jay dan Yeoju semua bermain dengan gigih dan menghalang Jake dari menjaringkan mata. Walaupun Jake berusaha sedaya upaya namun dengan tiga pemain melawannya, akhirnya dia juga yang kalah. Jake menghela nafas sambil tersenyum kelat. "Nampaknya aku kena belanja koranglah. Macam biasa."
"Tadi aku ingat kau nak menang." Heeseung mengusik Jake. "Hey, aku lawan tiga orang sekali gus kot. Tak adillah korang pakat lawan aku sorang." Jake merungut sambil cemberut.
Yeoju ketawa sambil menepuk bahunya. "It's okay, Jake. Kau kan anak orang kaya. Makan besar sikit, okay?"
Jay ketawa besar sambil menambah. "Betul tu! Kau kan si jutawan sekolah."
Jay sedar tak dia pun anak jutawan? Padahal Jay dan Jake kembar.
Jake memandang Jay. "Sedar sikit kau pun anak orang kaya. Parents kita sama, hanot!" Jay terdiam dan kemudian menepuk dahinya sendiri. Macam mana dia boleh lupa dia kembar Jake.
Jake mengambil begnya lalu mengangkat tangan menyerah. "So, korang nak makan apa?"
"PIZZA!" ketiga-tiga sahabat menyahut serentak dengan penuh semangat.
Sementara itu, Narae melangkah masuk ke perpustakaan yang sunyi. Dia merancang untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih mendalam. Dia terus fokus mecari buku yang dia perlukan. Ketika dia sedang kusyuk membelek buku, satu suara tiba2 mengejutkannya. "Awak cari buku apa?"
Narae menoleh. Betapa terkejutnya dia apabila seorang lelaki berdiri disebelahnya. Dia sangat mengenali lelaki itu. Siapa sahaja yang tidak kenal Park Sunghoon, altet terkenal sekolah dalam sukan luncur ais. Sunghoon jarang hadir ke sekolah kerana latihan. Tapi hari ini, dia datang kesekolah.
"Oh, saya... saya tengah cari buku fizik." Jawab Narae, sedikit terkejut dengan teguran itu. Sunghoon tersenyum sambil memandang kearah buku yang Narae mahukan tapi buku tersebut terlalu tinggi untuk Narae. Dengan senang dia mengambil buku tersebut, "Lain kali makan sayur banyak, ya."
Narae tersenyum malu. "Terima kasih, Sunghoon ssi!"
Sunghoon mengangguk perlahan. "Kalau ada apa2 lagi, jangan segan ya. Saya tak ada banyak kawan kat sini. So, senang kalau dapat berkawan dengan awak."
Narae terdiam dan tidak menyangka akan mendengar kata2 itu daripada seorang atlet popular seperti Sunghoon kerana dia berfikir Sunghoon seorang yang sombong kerana tidak pernah melihatnya senyum. Narae hanya mengangguk sebelum pergi ke mejanya.
Setengah jam berlalu dan Narae masih bersama Sunghoon. Dia merasa sedikir canggung tapi cuba untuk bersikap tenang.
"Awak jarang ada kat sekolah, kan?" Narae bertanya sambil mengintip Sunghoon yang sedang mencari buku di rak sebelah. Sunghoon tersenyum tipis. "Ya, saya selalu sibuk dengan latihan tapi hari nie, saya rasa rajin pula nak datang sekolah. Dan tak sangka saya akan jumpa awak."
Narae tersipu malu. "Saya selalu datang sini lepas sekolah."
"Mungkin lepas nie saya kena selalu datang perpustakaan juga. Mana tahu boleh jumpa awak lagi." Sunghoon berseloroh sambil tersenyum lebar.
Narae mengangguk. "Boleh saja. Saya selalu disini lepas sekolah. Kalau ada rezeki awak boleh kenal dengan kawan2 saya."
Sebelum pergi, Sunghoon sempat memandang Narae dan berkata. "Kalau ada masa, mungkin kita boleh belajar sama2. Saya memang tak pandai sangat dalam subjek yang awak suka tapi saya cuba."
Narae mengangguk terharu dengan cadangan itu. Kemudian mereka terpisah kerana Sunghoon harus balik kerana ada latihan.
Dibilik guru, Jihyun melangkah masuk dan melangkah ke meja cikgu Ahn. Dia berhasrat untuk menyertai pertandingan tarian yang akan berlangsung lagi tiga bulan dan harapannya adalah cikgu Ahn menerima permohonannya.
"Cikgu, saya nak masuk pertandingan tarian tu." Jihyun menyuarakan keinginannya dengan penuh keyakinan. Cikgu Ahn memandangnya sekilas, sebelum menghela nafas dan menggelengkan kepala. "Jihyun, maafkan saya tapi saya rasa awak tak cukup mahir untuk menyertai pertandingan nie."
Jihyun terdiam, merasa kecewa. "Tapi cikgu, saya boleh berlatih dan saya sanggup buat apa saja."
Cikgu Ahn menggeleng lagi. "Tarian bukan sekadar gerakan, Jihyun. Ia perlukan pengalaman dan ketekunan. Maaf, tapi saya tak boleh masukkan awak kali nie."
Dengan hati yang hampa, Jihyun keluar dari bilik itu. Dia tetap bertekad untuk membuktikan bahawa dia mampu. Walaupun terpaksa belajar sendiri. Dia duduk dibangku yang ada diluar bilik guru, termenung sendirian.
"Hei, kenapa termenung nie?" Jay tiba2 muncul disisinya, memandang dengan risau.
Jihyun menghela nafas. "Aku baru minta cikgu Ahn untuk masukkan aku dalam pertandingan tarian tapi dia tolak aku. Katanya aku tak cukup pandai menari.
Jay mengerutkan dahi, jelas tidak berpuas hati." Cikgu Ahn tu memang kadang2 tak adil. Aku rasa kau pandai menari, Hyun. Jangan putus asa, okay?"
Jihyun tersenyum kecil walaupun hatinya masih terasa berat. "Thanks, Jay. Mungkin aku boleh berlatih sendiri."
Jay mengangguk penuh semangat. "Betul tu! Aku akan sokong kau. Kita boleh buat latihan sama2, kalau kau nak."
Dengan semangat yang sedikit terisi semula, Jihyun mengangguk.
"Dah, taknak sedih! Jom pergi perpustakaan jemput Narae dan kita pergi makan pizza. Jake belanja."
Jay menggenggam tangan Jihyun dan menyalurkan kekuatan untuk sahabatnya dan berjalan bersama ke perpustakaan untuk menjemput Narae.
Casts:
Park Sunghoon
Tbc
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐠𝐡𝐰𝐚𝐲 𝐓𝐨 𝐎𝐮𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭 [ 𝐇𝐞𝐞𝐉𝐚𝐲𝐊𝐞 ]
FanfictionKisah enam sahabat baik-Heeseung, Yeoju, Jake, Narae, Jay, dan Jihyun-yang berkawan sejak kecil dan saling melengkapi dengan keunikan masing-masing. Heeseung yang menyimpan rahsia besar. Jay dan Jake yang mempunyai masalah keluarga. Yeoju yang di...