Terlihat seorang gadis berada di belakang rumah dengan gaya rambut ekor kuda,berbaju t-shirt dan seluar slack serta memaparkan warna kulit putih gebu sedang menyidai baju kepunyaan keluarganya.
"OI!! Ika mana makanan ni!.Adeh aku dah lapar ni gile" terdengar suara lelaki dari arah dapur memanggilnya. Dialah anggun zulaikha, "ish! Mamat sorang ni bangun-bangun je suruh aku masak. Yang dia tu ada kaki,ada tangan tak boleh ke nak cari makanan sendiri" getusnya dalam hati dengan riak wajah bengang. Selesai pekerjaan tadi, dia pun masuk ke rumah untuk menghidangkan makanan.
"Baru sekarang kau nak masak ke!? Alahai alamat kebulur la nampak gaya aku ni" dengan nada kesal. Anggun melihat lelaki itu dengan sekilas pandang sahaja dapat dipastikan bahawa lelaki itu nampaknya baru bangun dengan rambut yang macam sarang burung,baju shirt yang tertera 'night moon' dan berseluar separas lutut. Lelaki yang dikatakannya adalah merupakan abang kandungnya sendiri iaitu iman ammar.
Sayang betul! Nama je iman ammar,tapi langsung takde rupa yang menampakkan abangnya itu betul-betul seorang yang beriman. Untuk sarapan pagi ini,dia hanya masak makanan yang simple dan tak perlu banyak tenaga untuk menyuapkan 3 ekor naga tersebut sebelum api keluar. Setelah selesai masak nasi goreng telur tersebut dia pun memindahkan ke mangkuk kaca lalu letak di atas meja.
Kemudiannya, puan syurah dan encik azman yang baru turun dari pun duduk meja makan sambil mengkaup nasi goreng ke pinggan. Sesuap nasi goreng itu masuk ke dalam mulut puan syurah riak wajahnya terus berubah. "EH!,apa yang kau masak ni ha! Nasi goreng kau masin sangat lah! Kau tau aku tak boleh nak makan banyak masin. Kau nak aku mati sangat nampaknya!?" sambil meludahkan makanan dari mulutnya. "Aihh! Payah betulah kau ni. Semua tak boleh" menunjalkan kepala anggun zulaikha,abangnya hanya tersenyum sengih terlihat seronok akan deritanya.
Walaupun dia terbiasa dengan kata-kata dan perlakuan itu,tipulah jika dia tidak merasakan sedikit sedih pun bila orang yang menjadi tempat kasih sayang menjadi tempat luka dihatinya. Meskipun sedemikian rupa,dirinya tidak pernah terfikir untuk membenci kedua orang tuanya kecuali 'mamat' sorang tu je.
Setelah seharian melakukan kerja,dapat juga dia berbaring di atas katil empuknya itu. "Fuh!,akhirnya dapat juga aku rebahkan badan" meregangkan seluruh tubuhnya. Dicapai telefon bimbitnya lalu membuka whatssap dan terdapat satu mesej daripada sahabatnya 'Alisha🥴'
"Beb!,jom keluar,dah lama kita gi shopping" melihat mesej itu dia terus membalas
"Jom! Lagipun aku nak rawat diri aku ni. Dah macam nenek kebayan dah aku rasa"
"HAHAHA!,orait aku tunggu kau kat luar pagar lepas pukul 1". Dia hanya membalas dengan emoji 'thumbs up'
Dia pun bangun daripada katilnya mencapai tuala mandinya lalu semasa ingin keluar terperanjat bila mamat sorang ni muncul di depannya. "Yang kau ni berada depan bilik aku ni asal?" iman tersenyum kuching ke arahnya. Melalui perlakuannya, anggun seperti dapat menduga akan permintaan mamat ni.
"Aku nak pinjam duit kau."
KAN! Dah agak mamat ni tak lain tak bukan kalau jumpa aku je mesti DUIT! DUIT! DUIT!. Nama je anak sulung, anak harapan tapi hmmm punah.
"Kau ni kan, jumpa aku je mesti minta duit. Kau ingat aku kilang tempat kau keluarkan duit ke ha!. Belajar dahlah sampai U tapi..hmm! Tak boleh harap" perli secara depan-depan. Iman yang mendengar terasa panas hati pantas tangan mencengkam rahang mulut anggun. Anggun merengis kesakitan.
"LEPASLAH!!" anggun cuba sedaya yang boleh untuk melepaskan cengkaman iman namun gagal,kekuatannya 2 kali ganda darinya. Riak wajah iman sekarang seperti petir yang menyambar.
"KAU CAKAP APA!? Eh sekurang-kurangnya aku ni lepasan U. Dari kau sekadar Lepasan SPM. Lagipun kau ni,(menggoyangkan muka anggun) sepatutnya layak jadi orang gaji kat rumah ni." iman mendekatkan dirinya ke telinga anggun lalu berbisik "Kau...tu..pembawa kutukan dalam family ni" anggun terpegun mendengar itu. Iman melepaskan cengkaman dari mulut anggun lepastu beredar macam takde yang berlaku.
Sementara itu, anggun terkakudi tempatnya. Kata-kata yang dilontar oleh iman itu menusuk ke dalam hatinya. Adakah benar dirinya itu 'kutukan' dan pembawa sial dalam keluarganya. Jika ya, kenapa dia dilahirkan ke dunia ini? Adakah takdir bersikap sengaja kejam dengannya untuk memberi peluang kebahagian? Derita? . dia dapat merasakan di matanya mula berkaca namun ditahan.
Di sisi lain,
Seorang lelaki yang lengkap berpakaian uniform kelabu dan beret maroon yang dimana tepi beret tersebut terdapat lambang keris dan dikedua-dua belahnya mempunyai sayap sedang berjalan masuk ke pintu pejabat. "EH, Aidan!"
Ya, lelaki ini namanya adalah INSPEKTOR AIDAN FATTAH yang bekerja sebagai anggota PDRM dalam unit UTK di bukit aman. Dia menoleh ke arah suara tersebut terlihat sahabatnya iaitu khalid menuju ke arahnya.
"Nampak segak macam biasa tuan aidan kita ni" puji khalid dengan menunjukkan thumbs up. "Haih,jangan puji nanti kembang hidung aku ni." kedua-dua tertawa, aidan menyambung semula kata-katanya "Tapi kita kenalah nampak segak kan baru kita dapat dipercayai orang ramai kan? Dan yang penting kita pakai uniform ni bukan untuk orang puji tapi untuk melindungi negara" terangnya khalid manggut-manggut.
"Dah jom masuk kerja kang nanti kata kita menuang pula" mereka pun masuk pejabat dengan gelak tawa. Setelah duduk di mejanya, kanan kiri dipenuhi dengan fail. Mengurut kepalanya meskipun tidak pening. "Aduhai! Macam mana aku nak settelkan semua ni,tak sampai 5 minit pasti ada kes lain.. (hembusan nafas ) EH! astaghfirullah aku tak patut mengeluh. Aku yang pilih kerjaya ni, buat kerana allah,semangat aidan! Aku yakin kita boleh!" getus dalam hati sambil menumbuk dadanya penuh keyakinan.
Telah 30 minit, aidan berdepan dengan fail-fail di atas mejanya. Dia mengambil keputusan untuk berehat seketika, memejamkan matanya sambil memutarkan kerusinya. Tak lama kemudian, bunyi pintu diketuk.
TUK! TUK!
"Ye,silakan masuk" arahnya. Pintu dibuka dapat dilihat seorang lelaki berpakaian sepertinya dan tertera nama iaitu 'fauzul'. "Kenape?" singkat je soalan aidan "tuan,tuan telah dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat di bilik gerakan sekarang juga" kata fauzul. Aidan yang mendengar itu segera berdiri untuk pergi ke bilik gerakan. "Baiklah". Setelah fauzul keluar, dia pun turut keluar sambil menutup bilik pejabatnya.
Sesudah sampai ke bilik gerakan,dia membuka pintu dan dapat dilihat hampir semua anggota UTK berada di bilik gerakan itu. Dia mengambil tempat di sebelah khalid. "Baiklah, disebabkan semua telah berada di sini. Kita akan mulakan mesyuarat ini." lantang suara tuan othman kepada semua yang berada di situ.
"Kita telah diberikan arahan untuk mengawal orang yang berkepentingan di negara kita iaitu Dato M. Hal ini kerana, beliau telah mendapat sesuatu yang berunsur ancaman pada 2 minggu lepas" terpapar di layar projector beberapa surat yang berbaur ancaman yang telah diberikan oleh Dato M. Semua di situ begitu tekun mendengar, tiada satu pun yang bersuara kecuali tuan othman.
"Oleh itu, kita akan memberi perlindungan kepada beliau. Kita akan terbahagi kepada 2 team iaitu team bravo dan team charlie. Untuk team bravo, diketuai oleh inspektor aidan fattah dankhalid. Team bravo akan mengawal di bahagian belakang. Manakala, team charlie akan diketuai oleh inspektor rafiq dan rais. Team charlie akan memberikan perlindungan dari depan. Faham semua?"
"FAHAM,TUAN!" serentak mereka bersuara.
Selesai mesyuarat, aryan,khalid dan yang mendekati aidan. "Weh aidan,jom kita pergi lunch dah pukul 12:00 tengah hari ni." "ha jomlah,perut aku ni pun dah kriuk-kriuk dah ni"dengan mata yang berbinar kelaparan.
YOU ARE READING
Dia Takdir Ku (OG)
RomanceANGGUN ZULAIKHA. Namanya begitu sedap didengar,rupanya jua begitu menawan. Namun sayang, kehidupannya tidaklah 'seanggun' namanya. Dia seolah-olah di anak tirikan oleh keluarganya sendiri. Dipilih kasih,dilayan seperti orang gaji. Dia tidak dimanjak...