Pikirannya masih tergiang-giang dengan apa yang telah dikatakan oleh iman. "Beb!" "BEB!" suara alisha menyedarkan lamunanya. "Haah ye?" alisha mengerutkan dahinya "kau ni kenapa ni, dari tadi aku borak dengan kau, kau buat 'de' je. Kalau ada masalah gitau aku". Anggun hanya mampu mengelengkan kepalanya dan menyertakan senyuman, bukannya dia tidak mahu memberitahu apa yang ganggu di benaknya cuma dia tidak mahu keadaan menjadi rumit.
Berbeza daripada alisha, dia tahu yang sahabatnya ini menyimpan sesuatu perkara yang cukup besar. Bukannya, dia tidak tahu yang family sahabatnya macam mana dorang kalau boleh nak buatkan anggun zulaikha ni lunyai sampai tak boleh nak berjalan. Apa yang boleh kata adalah KEJAM! Sungguh kejam perlakuan keluarga sahabatnya. "Beb..aku ni bukan kenal kau setahun jagung tau, kita berdua dah kenal cukup lama so aku tahu apa yang dalam benak kau tu. Jangan pendam sendiri takut melarat nanti" anggun zulaikha hanya berdiam diri.
Alisha menyentuh lembut tangan sahabatnya. Walaupun dia tidak berada ditempat sahabatnya itu, dia tahu pasti terluka yang amat dalam ketika mana keluarga yang sepatutnya adalah tempat yang ternyaman untuk seorang insan yang digelar anak. Tapi berbeza untuk insan yang bernama anggun zulaikha, dia seolah-olah menjadi anak yang dipinggirkan sendiri oleh keluarga,yang hanya dia dapat adalah kebencian,digertak,menjadi tempat lempias kemarahan orang tuanya. Sungguh kuat sahabatnya itu menghadapi ujian ini.
"Kau kene ingat,semua ni bukanlah apa yang kau fikirkan. Kau bukan kutukan untuk keluarga kau, cuma ini adalah ujian dari Allah. Okay?". Anggun angguk kecil faham akan maksud alisha itu. Alisha berdiri dari tempat duduk menarik lengan anggun"Dah,jom kita gi kedai buku popular. Aku nak cari 'fiction' husband aku" anggun mengukirkan senyuman lalu ikut langkah alisha.
Di depan perkarangan rumah anggun,
"Beb,thanks tau temankan aku gi shopping ni. Btw ingat if something happen call aku tau"
"Ha yelah" membuka pintu kereta lalu keluar dari kereta itu. "See you beb!" "see you too" balas anggun sebelum kereta yang dipandu alisha hilang dari pandangannya.Senyuman yang tadi terukir terus hilang tatkala dia berada di hadapan rumahnya. Di matanya, rumah tersebut terlihat seperti mimpi ngeri yang sedang memanggilnya. Hembusan nafas yang panjang dihelakan sebelum masuk ke rumah 'puaka' ni.
Langkah kanan memasuki dalam rumah. "Assalamua...."
PANG!!
Tamparan yang hebat mengenai pipi anggun sehingga membuatkan dirinya terjatuh ke lantai. Mimpi ngerinya telah pun dimulai. Puan surya mencengkam kepala anggun dari arah belakang dengan cukup kuat "EH! Pompuan! Apa yang kau kata dengan anak aku ha!? Kau kata dia takguna? Sanggup kau tampar anak aku ye sebab hanya nak pinjam duit!?" anggun terkejut dengan apa yang didengarnya. Memang benar dia ada perli mamat yang menjadi anak emas dalam keluarga ini, tapi dia tidak sama sekali menyentuh sedikit pun anggota tubuh badannya.
Iman yang bersandar di dinding kelihatan sungguh seronok dengan apa yang terjadi. "Ha! Ambik kau anggun, tulah sape suruh cari pasal gan aku. Rasakan!" anggun dapat melihat dari sisi matanya yang iman terlihat begitu menikmati akan penderitaan nya. "Tak...ibu....tak..anggun tak sentuh pun...." sebelum dia habiskan kata-katanya sekali lagi tamparan yang hebat mengenai pipinya.
"OUH! Dah pandai sekarang kau tipu aku ye" mencengkeram rambut anggun dengan kuat sehinggakan anggun meringis kesakitan "sakit..ibu" "tau pula sakit bila aku buat macam ni, yang kau buat kan anak aku tu, kau tak pikir pula sakit yang dia rasa HA!!" menunjuk ke arah iman yang acah-acah membuat riak wajah kesakitan. "KAU dengar sini, sekali lagi aku nampak kau sakitkan anak aku ni, siap kau aku kerjakan." menolak belakang kepala anggun "FAHAM!"
"Fa...ha..m, ibu" dengan suara yang tersekat-sekat. Setelah berasa puas hati,puan surya terus meninggalkan anggun di situ tanpa kata-kata lagi. Iman datang mendekati anggun dan mencangkung depannya. "Aihh,kesian kau aku tengok." ngelus lembut pipi anggun, ditepis oleh anggun.
YOU ARE READING
Dia Takdir Ku (OG)
RomanceANGGUN ZULAIKHA. Namanya begitu sedap didengar,rupanya jua begitu menawan. Namun sayang, kehidupannya tidaklah 'seanggun' namanya. Dia seolah-olah di anak tirikan oleh keluarganya sendiri. Dipilih kasih,dilayan seperti orang gaji. Dia tidak dimanjak...