Keesokannya,
Terlihat kesemua anggota UTK yang berpakaian seragam kelabu serta beret maroon kemas terletak di kepala mereka sedang bersiap-siap dengan baju kalis peluru,memakai balaclava,topi kalis peluru dan senjata di badan.
Khalid yang berada di sebelah aidan itu dapat melihat wajah sahabatnya yang terlihat memikirkan sesuatu. “Aidan, kau ni kenapa? Aku tengok muka kau ni kelat semacam je”
Aidan yang menyedari dirinya dikatakan macam tu terus cuba ukirkan senyuman. “Ha, aku okey je cuma…tulah semalam mak aku bebel kat aku” sambil menutup pintu lokarnya.Kini khalid pula yang mengerutkan dahinya tidak memahami akan makna tersirat itu. “Kenapa kau kena bebel pula? Kau ada buat something ke?” aidan bercekak pingang depan sahabatnya dengan senyuman kelat lalu membalas “kau pun tahu aku ni dah nak masuk….” membuat angka 30 depan sahabatnya. khalid yang melihat itu sedikit tertawa memahami akan maksud tersebut “so mak aku membel le tanya bila nak kahwin? Bagai . aku pun pening nak cari jawapan apa lagi” terangnya ikhlas dari jiwa.
“Aku faham maksud mak kau tu, yelah kau dah berkerjaya,ada rumah,umur pun dah nak masuk 30 an. Takkanlah tanak bina masjidkan?. Takkan kau nak membujang sampai ke tua, tuan inspektor aidan fattah” perli khalid.
Aidan memukul lembut belakang khalid “kau ni pun nak jadi macam mak aku juga ke. Patutnya kau faham isi hati aku ni tau” menyilangkan kedua tangan nya.
Tidak lama kemudian, pintu bilik itu dibuka. Semua mata tertuju di pintu tersebut, terlihat tuan othman melangkah masuk. Mereka terus berdiri tegak sembari memberi tabik “TUAN ” serentak. Tuan othman pun membalas tabik mereka. Beliau bercekak pinggang sambil mata memerhati setiap anak buahnya yang berada di hadapan nya ini dengan penuh semangat juang yang tinggi, bersedia dan tidak gentar.
“Seperti yang telah dimaklumkan dalam mesyuarat lepas. Hari ni kita telah diarahkan untuk mengiringi perjalanan Dato M sepanjang hari ni” dengan suara tegas.
“Jadi saya berharap, kamu semua sentiasa bersiap siaga,jangan lalai walaupun sesaat, buka mata dan telinga kamu semua faham”
“FAHAM,TUAN”
“seperkara lagi, jalankanlah tugas kamu dengan hati yang rela,ikhlas kerana allah. Ingat akan pada moto UTK iaitu ‘TANGKAS,BANTERAS, GANAS’.”
Semua merasakan semangat yang bara dalam diri mereka, meskipun ini terdengar seperti tugas yang tidaklah bahaya hanya perlu mengiringi Dato M. Tapi tidak bagi mereka, perkara ini merupakan amanah yang telah diberikan. Mereka perlu berwaspada setiap saat. Mata,telinga harus menjadi tajam serta peka dengan sekeliling. Bahkan nyawa juga boleh diragut dalam tugas yang melibatkan orang yang berkepentingan kepada negara.
Sejurus selepas bacaan doa dibacakan , semua pun bergerak masuk ke dalam kenderaan khas UTK. sementara khalid dan aidan pula menaiki kenderaan bermotor untuk memudahkan perjalanan mereka, diikuti dengan rafik dan aryan.
Setelah dalam 30 minit perjalanan, akhirnya sampai juga di kediaman Dato M.Tuan othman turun dan menjumpai Dato M yang telah pun menunggu di depan pintunya.Hampir ternganga semua anggota UTK melihat kediaman rumah yang bak istana,megah sungguh terlihat.
“Ui,kau tengok tu” berbisik ke aidan dengan menunjukkan satu arah “kereta import tu!,ada 5 biji siak!, bapak kaya gile dato M ni”
“Eh eh, kau belum tengok kat belakang rumah dato ni lagi ouh” kata rafiq dengan mata besar
“Apa yang kau jumpa kat bela….eh jap!, buat apa kau kat sampai belakang rumah dato ni?” kening kiri diangkat aidan
Rafik tersenyum pulas “aku tak sengaja pergi belakang rumah ni,saja-saja aku nak tinjau. Orang kata cuci-cuci mata kan” aidan manggut-manggut
“Jadi? Apa yang kau jumpa?” kata khalid dengan suara yang kedengaran tidak sabar
“Ha ye, aku…jumpa..” aidan dan khalid semakin mendekat ke rafik
“JACUZZI BATHUB ! gile!” membulat mata rafiq. “HAAH!?” terkejut dua sahabat sehingga menurunkan separuh kaca mata mereka.
“Bapak kaya sungguh dato ni. Kalau macam ni baik aku jadi menantu dia” gurau khalid. Aidan,rafik tertawa lepas.“Dah dah, tu ahh tuan othman dah bagi tenungan maut dah katkita” serentak rafik,khalid memandang tuan othman. Pandangan helang tertuju ke arah mereka dengan menunjukkan tangan ke jamnya yang membawa makna ‘jangan berlengah’. Mereka pun segera menaiki motor lalu bergerak ke tempat tujuan.
Sepanjang perjalanan,aidan yang duduk belakang khalid sentiasa memerhati sekeliling yang dipenuhi dengan pelbagai kenderaan. Kanan,kiri bahkan depan dan belakang tanpa sesaat. Dia dapat merasa debaran yang cukup kuat, seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku…
Sebuah kenderaan mewah bewarna hitam memerhati kenderaan di depan.
“Bos,nampak gayanya dia dah libatkan mereka ni” memandang ke cermin depan belakang ke seorang lelaki yang berpakaian sut hitam,berambut slick back pompadour,sedikit berkumis dan cermin mata hitam.
Lelaki yang digelar sebagai ‘BOS’ itu tersenyum sengih. “That’s interesting!” mengalihkan pandangan ke depan dan membuka cermin mata hitamnya,menampakkan mata yang redup serta warna mata hazel.
“Dah pandai rupanya libatkan orang lain ke game ni. That would be fun, would’t it?” tertawa kerana teruja akan keterlibatan polis dalam ‘game’ yang dibuatnya termasuk juga kedua konconya di depan. “The game will start….NOW!” menyentuh bahu konconya. Mereka memahami makna itu.
Salah satu dari mereka ambil radio dari tempat letak air,lalu “sekarang” singkat tapi itulah permulaan untuk segalanya.
Pandangan lelaki itu dihalakan ke luar tingkap “indah sungguh….cerita cinta kita …waktu kita gembira….waktu kita tiada masalah….namun impian… ini hanya ilusi…realiti kita cipta takkan terjadi” mengumam sendiri.
Aidan merasakan tubuhnya pengal-pengal kerana terlalu lama di atas motor. Secara tiba-tiba, motor yang ditunggangi khalid dan dirinya telah didekati kenderaan motor yang ditunggangi dua orang berpakaian hitam. Sebelum sempat aidan ingin berbuat apa, motor mereka telah ditendang dari arah tepi. Impaknya, mereka tercampak dan tergolek hingga beberapa meter termasuk motor yang ditunggangi.
Aidan berusaha bangun lalu mendekati khalid yang tidak beberapa jauh. “Khal,kau ok tak?” matanya melilau melihat jika sahabatnya itu mengalami luka-luka dalam, “aku…ok jangan risau” sambil memperbetulkan nafasnya.
Lega aidan mendengar itu,tanpa basa basi dia hidupkan laryngphone nya “sila berjaga-jaga,terdapat sebuah motor dicurigai baru sahaja melanggar kami” .
Kesemua yang mendengar termasuklah tuan othman terkejut akan berita itu. “Baiklah,sila bersedia akan segala kemungkinan” mereka yang menerima arahan terus bersiap-siaga.
“OI,lebih baik kau pergi!” tegas khalid yang terluka di tangan tapi tidak serius,aidan memandang nya.
“Jadi kau macam mana pula?”
“Haa! Jangan risau pasal aku,yang penting tugas kita tu. takkan kau nak biarkan mereka tu lepas cam tu je! Langgar kita pula tu!” terang khalid
Aidan angguk faham, dia terus berlari menuju ke motor yang terbaring tidak jauh dari mereka. Dia mengangkat motor itu dan hanya mengalami goresan di bahagian depan motor. Lalu hidupkan motor,pandang ke khalid “balas dendam untuk aku,buddy!” katanya.
Aidan memberikan gerakan ‘steady’ lalu membawa pecut sehingga hilang dari pandangan khalid. “Bapak ahh!,laju siak bawa macam pelesit. Tunjukan taring mu aidan fattah a.k.a serigala putih!” getus dalam hati khalid.
YOU ARE READING
Dia Takdir Ku (OG)
RomanceANGGUN ZULAIKHA. Namanya begitu sedap didengar,rupanya jua begitu menawan. Namun sayang, kehidupannya tidaklah 'seanggun' namanya. Dia seolah-olah di anak tirikan oleh keluarganya sendiri. Dipilih kasih,dilayan seperti orang gaji. Dia tidak dimanjak...