Di lapangan terbang yang penuh sesak, Emilia dan mamanya, Erysa, berdiri dengan sunyi. Nama mereka dipanggil sekali lagi, tetapi Emilia hanya melihat ke arah lain, matanya jauh. Dia tidak banyak bercakap hari itu, berbeza sekali dengan kebiasaannya. Emilia selalu sibuk bercerita, entah tentang kerja, teman-teman, atau kisah lucu di pejabat. Tetapi kali ini, hanya sepi antara mereka berdua. Mama dan anak itu berjalan menuju ke pintu pelepasan tanpa kata, seolah-olah ada tembok besar memisahkan mereka.
Dengan wajah tenang, Emilia memandang jauh, dan tangannya sibuk pada telefon pintar. Sebenarnya, dia hanya pura-pura sibuk, kerana fikirannya melayang jauh lebih jauh daripada skrin telefon di tangannya. Sementara itu, Erysa menjeling ke arah anaknya beberapa kali, cuba meneka apa yang ada di fikiran Emilia, tetapi dia terlalu resah untuk bertanya.
Setelah beberapa minit, Emilia akhirnya membuka mulut, suaranya perlahan, hampir seperti bisikan. "Mama..." Suaranya terdengar teragak-agak, tetapi cukup untuk mengejutkan Erysa, yang segera menoleh, menantikan kata-kata selanjutnya.
"Ya, sayang?" Suara Erysa lembut, namun ada nada gemuruh yang tidak dapat disembunyikan. Matanya yang penuh kasih memandang anak perempuannya yang kini kelihatan begitu jauh.
Emilia tetap menatap ke luar tingkap besar di lapangan terbang itu. "I wanted to know about papa... before he died." Emilia berkata perlahan, hampir tidak terdengar, tetapi kata-kata itu cukup untuk menggetarkan hati Erysa. Seolah-olah suasana di sekeliling mereka menjadi sunyi sejenak, memberi ruang kepada kenangan lama yang tiba-tiba menyerbu masuk, seperti angin yang tak dijangka.
Hati Erysa terasa berat, seolah-olah setiap ingatan tentang suaminya menambah beban yang tidak terlihat. "Papa you tu... orang yang sangat baik," jawab Erysa perlahan, cuba menahan air mata yang mula menakung. Setiap patah perkataan terasa bagai duri yang melukainya sendiri, namun dia tetap meneruskan, "Dia selalu sayangkan kamu, Emilia, walaupun kamu belum lahir waktu itu."
Emilia memandang mamanya, mata coklatnya penuh dengan rasa ingin tahu dan mungkin, juga kesedihan. Dia tidak pernah mendengar cerita tentang papanya, seolah-olah kenangan tentang lelaki itu hilang entah ke mana, terkubur bersama rahsia yang tidak pernah didedahkan.
"Papa selalu doakan mama," sambung Erysa, dengan suara yang bergetar. "Setiap malam masa mama mengandungkan kamu, dia akan bacakan doa sambil letakkan tangan di perut mama. Dia selalu kata, 'Anak papa jangan sakitkan mama tau? Bila lahir nanti, Papa janji akan jadi ayah yang baik untuk kamu.'" Air mata mengalir dari sudut mata Erysa, dan dia cepat-cepat memalingkan wajah ke arah lain. Kenangan itu terlalu nyata, terlalu menyakitkan untuk diungkapkan.
Emilia menghela nafas panjang, mendengar setiap kata-kata mamanya dengan perasaan yang bercampur baur. Ada sesuatu yang aneh di sebalik kata-kata itu, sesuatu yang tidak sepenuhnya difahami, tetapi dia tahu ia lebih daripada sekadar kisah seorang ayah yang penyayang.
Sambil termenung, Erysa teringat kenangan lama, detik yang mengubah segalanya. Malam itu, bertahun-tahun yang lalu, dia duduk di ruang tamu, dengan tisu di tangan dan beg bagasi di sebelahnya. Zulkarnain, suaminya, berdiri di hadapannya dengan wajah penuh kebingungan.
"Erysa... kenapa ni? Apa yang buat awak macam ni?" tanya Zulkarnain, cuba memahami apa yang berlaku. Dia melangkah mendekati isterinya, wajahnya yang lembut kini penuh kekeliruan.
Erysa menatap suaminya, hati yang selama ini terseksa dengan rahsia yang disimpannya kini terasa semakin berat. "Kalau abang betul-betul sayang Erysa... ceraikan Erysa," katanya, suaranya tenggelam dalam kesunyian malam.
Zulkarnain terkejut, matanya terbuka luas. "Apa yang awak cakapkan ni, Rysa?" Suaranya penuh kekeliruan dan ketakutan. Dia tidak pernah menyangka wanita yang sangat disayanginya, wanita yang dia ingin habiskan seluruh hidupnya, akan meminta perkara sebegitu.
YOU ARE READING
The Throne is Mine! | qllsyyz
Mystery / Thrilleronly update hari sabtu or ahad Last update ; 15 Nov 2024