1 '

39 3 5
                                    

"Bye, Lia!" Jerit kawannya sambil melambai, tangan mengibas dari tingkap kereta yang semakin menjauh dari rumah Emilia.

"Bye!" Emilia membalas senyuman, melangkah masuk ke kawasan perumahan yang sunyi dan tenang. Saat-saat seperti ini biasanya membuatnya nyaman, tetapi hari ini terasa sedikit berbeza seolah ada sesuatu yang menanti di rumah.

Sesampai di depan pintu rumah, dia terhenti seketika, keningnya berkerut. Suara tegang bergema dari dalam, menggetarkan hatinya.

Perlahan, Emilia memasukkan nombor pin pada kunci automatik. Pintu terbuka dan seketika sunyi melanda, tetapi matanya segera bertemu dengan pandangan tajam kedua orang tuanya yang berbalas pandang ke arahnya.

Di lantai, terlihat bagasi besar dan wang bertaburan, berteraburan hingga ke hujung dinding.

"Mama?" Emilia mengerutkan dahi, matanya tertancap pada bagasi besar dan air mata yang menghiasi wajah ibunya.

"Emilia, sayang..." Suara mamanya lirih, dipenuhi dengan rasa sakit yang tak mampu disembunyikan. Dia menghulurkan tangan, cuba meraih bahu Emilia, tetapi gadis itu menghalang dengan gerakan lembut, namun tegas.

Pandangan Emilia yang dipenuhi tanda tanya membuat ibunya menarik nafas berat, memahami betapa situasi ini menjerat.

"Emilia, You only have one choice... mama or papa." Suara mama nya bergetar, senyuman tawar terukir di wajah penuh duka.

"Apa ni, mama?" Emilia berbisik, bingung. Dengan rasa tak percaya, dia menolak bagasi itu hingga terguling ke tepi, protes. Gerakan itu mengubah suasana, dan papanya segera melangkah ke depan, wajahnya tegang, tetapi mata memancarkan kesedihan yang mendalam.

tanpa menunggu lama papa nya menarik nafas sedalam-dalamnya dan... "Aku ceraikan kau dengan talak satu. Semoga bahagia, Erysa Humaira," suara papa seperti tergenggam oleh emosi yang tertahan. Seolah-olah berat hati untuk mengucapkan kata-kata itu, tetapi dia tetap menyudahinya.

Lutut Emilia melemah, tubuhnya terasa tak mampu lagi berdiri. Perlahan-lahan dia jatuh, lututnya menghentak lantai dingin, suaranya tersekat di kerongkong.

"Huh? Apa ni, papa?! No... No!" Emilia menutup matanya rapat, cuba menafikan kenyataan yang pedih ini. Dia merangkul erat kaki mamanya, tetapi pelukan itu terasa dingin, seolah tak dapat menghapuskan perpecahan yang terjadi.

"Ini pilihan terakhir, Emilia. Mama atau papa?" suara papa bergema lagi, lantang tetapi bergetar, menuntut jawapan.

"Tak! Tak! Tak!" Emilia menekup telinganya, berharap semua ini hanya ilusi. Suara-suara itu memudar, tetapi digantikan dengan bunyi bas sekolah yang berhenti tepat di hadapan rumah.

"Papa! Mama! I'm ho..." Emilia dan kedua orang tuanya serentak menoleh ke arah Aulia, adik perempuannya yang baru pulang. Wajahnya ceria sejenak, tetapi dengan cepat berubah bingung melihat mama, papa, dan kakaknya dalam keadaan tegang. Aulia memandang mereka bergilir-gilir, kemudian menoleh ke arah salah seorang pengawal peribadi di luar, seolah-olah mencari jawapan.

"Kak?" Aulia menghampiri Emilia yang masih teresak-esak, kebingungan menghiasi wajahnya.

"Aulia, sayang, kamu nak pilih tinggal dengan mama atau papa?" Papanya bertanya, suaranya terdengar kosong, seolah mengeluarkan kata-kata itu dalam keterpaksaan.

"Uhh..." Aulia menatap papanya, bingung, tetapi sebelum dia sempat menjawab, Emilia sudah memotong.

"Emilia pilih mama. Aulia, jom kemas baju." Kata-kata itu keluar dengan nada penuh ketegasan, walaupun hatinya perih.

"Tak! Aulia nak pilih papa!" Aulia melarikan diri ke arah papanya, memeluknya erat sambil menatap mamanya yang terdiam. Papanya membalas pelukan Aulia, tetapi matanya tetap tertuju ke wajah bekas istrinya, yang penuh kekecewaan.

The Throne is Mine! | qllsyyzWhere stories live. Discover now