Bunyi deruman enjin Lamborghini Huracan 5.2 memenuhi ruang parkir hotel mewah, menarik perhatian beberapa tetamu yang melintas. Emilia langsung tidak menghiraukan pandangan mereka. Matanya tajam memandang ke hadapan, tangannya memulas stereng dengan cermat. Dia sudah cukup serabut dengan Zulaikha, dan dia tidak perlukan tambahan gangguan lagi.
"Babe! You nak pergi mana ni? Awalnya balik!" Zulaikha, dengan langkah tergesa-gesa, memintas sebelum sempat Emilia memandu pergi. Gadis itu memeluknya dari sisi, muncung bibirnya seperti selalu, cuba memancing perhatian.
"Isy, serabut aku. I nak jumpa someone, dont touch me." Emilia menjawab, nada suaranya tegas. Dia menolak perlahan tubuh Zulaikha, pandangan matanya berkilat dengan sedikit rasa tidak sabar.
"Uuu, siapa tu? Setahu I, you tak pernah jumpa orang sesuka hati. Kalau ada hal penting, you selalu suruh Sofea handle, kan? Apa nama assistant you tu... eh, betul lah, Sofea!" Zulaikha menampar lembut bahu Emilia, nada suara usiknya semakin galak.
"You ni bising la!" Emilia memetik jari, cuba memotong kata-kata kawannya. "I dah lambat dah ni. Bye."
Sebelum Zulaikha sempat membalas, Emilia membuka pintu kereta dan melabuhkan diri di tempat duduk pemandu. Zulaikha hanya mampu memerhati, terkial-kial mencari kata-kata. Namun, dia tetap tidak mahu menyerah.
"Eh, takkan tak boleh spill sikit? Dating ke?" soalnya, cuba mengorek maklumat lagi.
Emilia mendengus kecil sambil menutup pintu kereta. Dia memulas tingkap sisi, hanya separas lengan, dan menjeling dengan senyuman sinis. "Secret is secret, babe. Bye."
Kereta itu meluncur pergi, meninggalkan Zulaikha yang masih berdiri dengan dahi berkerut, terlampau sibuk meneka apa yang disembunyikan oleh kawannya itu. Lambang Lamborghini yang semakin menjauh hanya menambah rasa kagumnya, sekaligus rasa ingin tahu yang menggila.
Emilia di sebalik stereng menarik nafas dalam-dalam. Tangannya menggenggam kuat stereng kulit itu, kuku-kukunya hampir mencakar lembut permukaannya. Dia menoleh ke cermin pandang belakang, memastikan Zulaikha sudah benar-benar hilang dari pandangan.
"Zulaikha tu, menyebuk je. Kalau dia tahu siapa yang aku nak jumpa, habis kecoh satu dunia," Emilia bergumam perlahan, matanya kembali fokus pada jalan raya yang terbentang di hadapan.
. . .
Aulia melangkah keluar dari perut kereta Honda City, matanya melilau mencari seseorang yang telah lama dinanti. Sudah 15 tahun berlalu, tetapi rindu itu tetap menghuni hatinya.
"Mana ni?" gumamnya perlahan, matanya terpaku pada sebuah Lamborghini Huracan yang terparkir tidak jauh darinya. 'Fuhh, mahal tu! Kereta dia ke?' fikir Aulia, matanya tidak beralih dari gadis yang berdiri di hadapan kereta mewah itu sambil sibuk mengambil swafoto.
Tiba-tiba, seorang wanita melangkah keluar dari Lamborghini tersebut, wajahnya yang jelita penuh dengan ketegasan. Dengan langkah yang anggun tetapi tajam, dia menghampiri gadis yang sedang beraksi dengan telefonnya. Dahinya berkerut, tanda jelas bahawa dia tidak senang.
"Excuse me," tegur Emilia, nadanya rendah tetapi cukup berwibawa untuk membuatkan gadis itu tersentak.
"Oh, uhm... yes?" Gadis itu segera menyembunyikan telefon bimbitnya di belakang badan, senyumannya kini kelat, seperti seorang kanak-kanak yang tertangkap bermain di tempat yang salah.
"Don't you have anything better to do than snap pictures of yourself on other people's cars?" Emilia memeluk tubuhnya, matanya tidak beralih dari gadis tersebut.
"Uhh..." Gadis itu cuba bersuara, tetapi hanya udara yang keluar dari mulutnya.
"What's your name?" soal Emilia, nada suaranya membuatkan gadis itu terpinga-pinga.
YOU ARE READING
The Throne is Mine! | qllsyyz
Mystery / Thrilleronly update hari sabtu or ahad Last update ; 15 Nov 2024