Masuk sahaja didalam rumah aku melihat papa berada di sofa sedang ralit bermain telefon,Aku berjalan ingin menuju naik tangga namun satu suara membuat langkah aku berhenti untuk kembali ke bilik. "Kau pergi mana masa ni baru nak balik?"tanya tuan aslam pada aku tanpa melihat wajah aku, pandangan papa masih tertuju di telefon."Thia pergi rumah Auni tadi, dah lama tak jumpa"kata aku dengan berhati-hati papa terus bangkit dari sofa menuju kearah aku dengan wajah bengis.
"Disebabkan kau berkawan dengan diorang lah perangai kau macam ni suka balik lambat! Kau tahu tak ni dah malam buta tak reti nak balik rumah sendiri?!"kata tuan aslam dengan nada agak tinggi,aku hanya memejam mata menahan sabar.
"Papa Thia ad-"perkataan aku terus dipotong oleh papa "Aku pun tak faham kenapa pembunuh macam kau ni boleh hidup atas dunia ni!!"kata tuan aslam sambil menampar pipi aku ,suara lantang tuan aslam tidak kalah sama.Begini lah suasana rumah yang dulu ceria dengan gelak tawa sudah berubah seratus peratus seperti rumah hantu,sejak kejadian yang berlaku semuanya berubah.Lebih dari seperti rumah hantu.Ditampar itu sudah terbiasa bagi aku, sakit? Ye memang sakit namun semua itu sudah terbiasa sejak aku berumur 13 tahun.Aku memegang pipi yang berasa kebas,ditampar seorang lelaki akan membekas merah di pipi"Thia minta maaf"kata aku sambil menahan air mata yang bergenang di kelompok mata."Aku benci lah dengan kau ni,kalau bukan sebab mama yang nak kau duduk sini dah lama aku halau kau!"Kata tuan aslam,kelihatan mukanya sangat membenci aku.Sambil meludah aku dengan pandagan tajam tuan aslam terus angkat kaki menuju ke bilik nya.Aku melepaskan nafas lega,air mata yang di tahan tadi luruh juga.Ya Allah kuat kan lah hamba mu ini.
Setiap minggu meeting adalah hal wajib bagi syarikat megat holding,staf disini sudah di didik dengan cekap,disiplin dan bertanggungjawab,tersalah sedikit terima lah padahnya.Muka serius megat itu seperti ingin menelan mangsanya,membuat semua orang tidak berani menatap apatah lagi bersuara.Kesalahan apa pula kali ini?.
Megat menghempas file di atas meja dengan kasar"Aku pantang ada orang tak bertanggungjawab!,Kau tahu projek ni penting bagi syarikat ni! Kenapa korang boleh lalai!?.kata megat dengan marah suara dia tidak kalah kuat bergema bilik itu.sunyi.Itulah megat seorang yang tegas dan selalu bertanggungjawab dan cekap dengan segala hal kerja.
Setelah selesai sekolahkan pekerjanya megat kembali ke bilik kerjanya. Megat rebahkan tubuhnya atas sofa sambil memejam mata namun suara telefon berdering tanda ada yang memanggil,tanda hijau ditekan menerima panggilan"Megat atok masuk hospital"kata seseorang dipanggilan itu,mata yang di pejam dibuka semula.
Bergegas megat mencapai kunci kereta lamboghini miliknya setelah tahu atoknya masuk hospital.
Vote and comment🌹
YOU ARE READING
Cinta untuk Thia (on going)
RomanceSeorang wanita bernama Thia raudhah yang mendambakan cinta seorang bapa namun cinta itu tidak pernah muncul sejak Thia kecil lagi. Namun siapa sangka takdir tuhan mempertemukan seorang jejaka kepada Thia raudhah. Bagi Thia raudhah cinta dan kasih s...