Aku masih tersengih seorang diri, tak percaya dengan apa yang berlaku tadi. “Gila ke apa aku ni?” bisik aku sambil geleng kepala, tapi senyuman di bibir tak mahu hilang.
Bayangan wajah Qayden terlintas di fikiran — cara dia senyum, pandangan mata dia yang penuh makna, dan... ayat berani dia yang cakap aku bakal isteri dia. Siap cakap pasal kahwin dengan muka selamba pulak tu. Makin aku ingat, makin aku rasa macam nak ketawa sendiri.
“Qayden ni... memang gila,” aku membebel sendiri sambil masuk ke bilik, cuba untuk bertenang. Tapi hati aku masih laju berdebar setiap kali terbayang mata coklat dia.
Aku baring di atas katil, pandang ke siling sambil mengeluh perlahan. "Ya Allah, kenapa aku rasa lain sangat malam ni?" Aku cuba yakinkan diri yang mungkin aku cuma terbawa perasaan sebab dia satu-satunya orang yang aku rapat sejak sampai sini.
Tapi... dalam hati aku tahu, ada lebih daripada itu. Aku tutup mata, cuba halau semua bayangan tu dari fikiran. “Sudahlah, Thea. Jangan fikir lebih-lebih.”
Namun, tak sampai seminit lepas aku pejam mata, telefon aku berbunyi. Aku buka mata, hati berdebar bila nampak nama Qayden terpapar.
Qayden: Already missing me, signora?
Aku tergelak kecil baca mesej dia, tak percaya betapa selamba dia boleh main-main macam tu. Tapi aku balas juga.
You: Says the guy who claimed I’m his future wife. Missing you? In your dreams.
Tak lama lepas tu, dia balas lagi, buat jantung aku berdegup makin laju.
Qayden: In my dreams, you’re already my wife, Thea.
Aku pandang skrin dengan mata terbeliak, tak percaya dia boleh cakap macam tu. Kepala aku pusing, cuba fikir balasan yang tak buat aku nampak terlalu terkesan.
You: Goodnight, Qayden. And stop messing with me, or I’ll block you!
Tapi, sebelum aku sempat letak telefon, mesej terakhir dia buat aku tergamam.
Qayden: Goodnight, future Mrs. Qayden. Sweet dreams, signora.
Aku letak telefon, senyum sendiri sambil rasa pipi makin panas. Aku cuba nak marah, tapi entah kenapa aku rasa berbunga pula. Dalam hati, aku tahu Qayden ni mungkin cuma bergurau, tapi... kalau betul-betul?
Malam tu, aku tertidur dengan senyuman di wajah, dan untuk pertama kali dalam hidup, aku tak sabar nak tahu apa yang menanti esok.
--
Keesokan harinya, aku bangun dengan rasa yang aneh. Masih terngiang-ngiang kata-kata Qayden semalam. "Future Mrs. Qayden." Kenapa rasa macam… ada sesuatu yang lebih di sebalik gurauan tu?
Aku bangun dan bersiap seperti biasa, tapi kali ni, aku tak boleh nak buat-buat biasa. Ada sesuatu dalam diri aku yang tak dapat nak diamkan. Aku cuba fokus pada pelajaran, tapi fikiran aku asyik melayang kembali pada Qayden.
Sementara itu, Qayden tak henti-henti hantar mesej. Sebelum aku sempat breakfast, dia dah mesej.
Qayden: Morning, Thea. You awake yet?
Aku pandang telefon, buat muka tak puas hati. Tak habis-habis dia ni. Tapi aku balas juga.
You: I’m awake, and don’t tell me you just woke up.
Qayden: I’ve been awake. Just waiting for my favorite signora to reply.
Aku ketawa kecil sendiri. Terasa nak marah tapi ada pula rasa manis dalam hati.

YOU ARE READING
HATINYA UNTUKKU | SLOW UPDATE
RomansaNama aku, Mazreah Elizabeth, seorang pelajar perniagaan yang menyambung pengajian di sebuah universiti di Itali, tidak menyangka bahawa pertemuan tak sengaja dengan seorang lelaki di sana akan mengubah hidupnya. Semuanya bermula dengan satu kejadian...