Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dua bulan kemudian...
"Abang..."
"Ya, sayang..." perlahan Najmi menyahut.
Kakinya yang berada di atas riba Najmi, dibawa turun. Memang sudah menjdi rutin suaminya itu. Setiap malam jika berkelapangan, pasti akan diurut kakinya.
"Abang takut. Abang taknak hilang sayang. Sayang buat rawatan itu, okey? Please?" rayu Najmi.
"Bulan depan Yas boleh start rawatan sikit-sikit, abang."
"Is it enough? Is it enough?!" Semakin meninggi nada suara Najmi.
"Ab..."
"Kenapa susah sangat nak faham abang, Yasmeen? Susah sangat ke nak faham yang Yasmeen lebih penting kepada abang berbanding anak dalam kandungan itu?" Najmi sudah bangkit berdiri sambil mencekak pinggang.
"Abang..."
"Apa? Yasmeen nak cakap apa?!"
Mengalir deras air mata Mawar apabila Najmi meninggikan suara terhadapnya. Bibirnya terketar-ketar cuba menahan esak. Mata ditundukkan ke bawah. Tidak mahu melihat wajah garang dan pandangan tajam sang suami terhadapnya.
"Susah sangat ke nak faham, Yasmeen? Susah ke?" Kendur suara Najmi, dan perlahan-lahan menjadi sebak sebelum bertukar tangis.
"Abang taknak hilang Yasmeen. Faham tak? Kenapa Yasmeen taknak faham abang?"Najmi menangis seraya menutur kata sebelum jatuh terduduk di atas sofa.