Kisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklum...
Qarizh sedang membaca buku yang disembunyikan olehnya daripada Koishi. Buku tersebut mengandungi pelbagai catatan Koishi tentang seorang wanita. Qarizh membaca satu per satu helaian muka surat buku tersebut. "Koishi, apa hubungan kau dengan mak aku?" soal Qarizh lalu menutup buku tersebut. Dia menyentuh perutnya, masih belum pulih luka di perutnya. "Sakit, Ya Allah..." kata Qarizh. Qarizh mengerutkan dahinya menahan sakit lalu menyimpan semula buku tersebut di belakang almari besi di sebelahnya.
Beberapa minit kemudian, Koishi masuk ke bilik tersebut. Qarizh menatap Koishi dengan penuh kebencian. Koishi berjalan ke arah Qarizh lalu merendahkan badannya. Dia mencengkam kuat rambut Qarizh, "Qarizh, aku dapat tahu yang kau terlibat dengan pembunuhan Leftenan Jeneral Daigo Nakaya. Apa tujuan kau bunuh dia?" soal Koishi lalu meletakkan sebilah pisau di leher Qarizh. Qarizh mencengkam tangan Koishi yang memegang pisau, "Kau tak perlu tahu tentang perkara tu." balasnya lalu melepaskan tangan Koishi.
Koishi merapatkan bilah pisau ke leher Qarizh, "Jawab soalan aku, Qarizh." arahnya. Koishi tersenyum sinis apabila melihat leher Qarizh mengeluarkan sedikit darah. "Kau yakin tak nak beritahu?" soal Koishi. Qarizh mengangguk perlahan, "Aku memang takkan beritahu kau apa-apa, Koishi." katanya. Koishi melirikkan matanya ke arah almari besi di sebelah Qarizh. "Patutlah aku cari buku tu tak jumpa, kau rupanya yang ambil." kata Koishi lalu melepaskan rambut Qarizh. Koishi mengambil buku tersebut, lalu menyimpan buku tersebut.
"Apa yang kau dah baca daripada buku tu?" soal Koishi lalu mengeluarkan pistolnya dan dihalakan pada bahu kanan Qarizh. "Beritahu aku, Koishi. Apa hubungan kau dengan mak aku?" soal Qarizh. Koishi meletakkan pistolnya di atas mejanya lalu bersandar pada meja tersebut. "Hubungan mak kau dan aku adalah pasangan perkahwinan yang sah." balas Koishi. Mata Qarizh membesar. "Tapi, kami bercerai sebelum kau dilahirkan ke dunia ni. Aku dipaksa untuk ceraikan mak kau sebab arwah datuk kau tak restu perkahwinan aku dan mak kau, Qarizh." sambung Koishi.
"Apa maksud kau sebelum aku lahir ke dunia? Jangan cakap aku ni..." kata-kata Qarizh terhenti lalu berdiri menatap Koishi. "Ya, Qarizh. Kau anak aku." kata Koishi lalu mendekatkan dirinya dengan Qarizh. Dia mengelus rambut Qarizh, "Kau mesti terkejut, bukan?" soal Koishi. Qarizh hanya terdiam, tak mampu untuk berkata-kata. "Kalau kau masih tak percaya, aku ada buat dua ujian DNA terhadap kau." kata Koishi. Qarizh mengangkat wajahnya menghadap Koishi. Koishi menatap Qarizh, "Kenapa?" soalnya.
"S-Sakit, Koishi..." kata Qarizh lalu pingsan dalam dakapan Koishi. Koishi menyambut Qarizh, dia melihat luka di perut Qarizh. "Tak guna, luka dia dah kena jangkitan." kata Koishi lalu mengangkat Qarizh menuju ke bilik rawatan. Tiba sahaja di bilik rawatan tersebut Koishi menyerahkan Qarizh kepada tiga orang doktor untuk dirawat. Semasa Qarizh sedang dirawat, Koishi melihat semua mesej yang terdapat di dalam telefon Qarizh yang dia telah simpan sejak hari pertama Qarizh ditahan di situ.
Satu jam kemudian, doktor Jepun itu membenarkan Koishi masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Doktor tersebut menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh Qarizh sangat serius dan berkemungkinan besar Qarizh kehilangan terlalu banyak darah. Koishi duduk di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan katil Qarizh. 'Aku kejam sangat ke, Qarizh? Kalau ya, aku minta maaf. Aku bukan ayah yang baik untuk kau.' kata Koishi dalam hati. Setelah 20 minit Koishi berada di bilik rawatan tersebut, akhirnya dia keluar dari bilik tersebut. Koishi berjalan menuju ke biliknya.
Koishi masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu bilik tersebut. "Jadi kau bawa budak tu pergi mana?" soal Akashi sambil membelek tag RAMD milik Qarizh. Koishi menghela nafas panjang, "Aku hantar dia pergi bilik rawatan sebab luka dia dah kena jangkitan." katanya. Akashi berjalan ke arah Koishi, "Kau takut kehilangan dia ke, Koishi?" soalnya. Koishi tidak menjawab. "Atau kau rasa dia amanat untuk kau daripada Qaireen, bekas iteri kau." sambung Akashi. Koishi menolak tubuh Akashi ke dinding, "Kau jangan berani sebut pasal dia depan aku, Akashi." katanya sambil mengetap giginya.
Akashi tertawa kecil, "Aku tak sangka kau selemah ini, Koishi. Kau sanggup ingkar arahan aku semata-mata nak lindungi budak tu." katanya lalu menendang dada Koishi. Koishi berundur beberapa langkah sambil memegang dadanya, sakit! Akashi hanya tersenyum sinis. Koishi melayangkan satu tendangan ke kepala Akashi namun dapat ditahan oleh Akashi. Akashi mencengkam pergelangan kaki Koishi lalu melemparnya ke almari besi. Belakang Koishi terhentak pada almari besi tersebut dan jatuh melutut di hadapan Akashi. Koishi tersedak, terlihat sedikit darah keluar daripada mulutnya.
Koishi menatap Akashi, "Jangan kau sentuh Qarizh lepas ni, Akashi." katanya. Akashi tertawa besar lalu mencekik Koishi. "Kau dengar sini, Koishi. Aku tak peduli apa yang kau cakap tetapi yang kau perlu tahu ialah Qarizh akan jadi bahan eksperimen aku tak lama lagi." kata Akashi lalu melepaskan leher Koishi dan keluar dari bilik tersebut. Koishi berdiri lalu berjalan ke arah meja kerjanya. Dia mengambil sekeping sampul surat berwarna coklat lalu membukanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Koishi menandatangan surat tersebut. Dia menghela nafas berat, "Sekarang apa aku nak buat? Tapi ini apa yang aku nak buat pada Qarizh selama ini." katanya lalu meletakkan surat tersebut di atas mejanya. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk, "Tuan?" seru dokter itu. Koishi menoleh ke arah dokter tersebut, "Kenapa?" soalnya. "Qarizh dah sedar." balas dokter itu. Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh dokter tadi, Koishi terus meluru keluar menuju ke bilik rawatan.
Koishi dapat melihat Qarizh sedang duduk bersandar di atas katil tersebut. "Koishi..." kata Qarizh sedikit perlahan. Koishi berjalan ke arah Qarizh lalu duduk di sebelah pemuda itu. "Kalau betul aku anak kau, kenapa kau buat aku macam ni Koishi?" soal Qarizh. "Aku sebenarnya memang dah lama cari kau, tapi informasi tentang kau tak mencukupi. Aku pun ada dendam terhadap kau sebab bunuh Leftenan Jeneral Daigo Nakaya." balas Koishi. Qarizh dan Koishi membalas pandangan. "Qarizh, aku akan cuba bawa kau keluar dari sini. Akashi nak jalankan eksperimen terhadap kau dan aku takkan benarkan eksperimen tu berhasil." kata Koishi. Qarizh melentokkan kepalanya pada bahu Koishi, "Jadi ini rasanya dekat dengan ayah kandung..." kata Qarizh.
Koishi menyentuh luka Qarizh. 'Qaireen... Maafkan aku. Aku dah cederakan anak kita...' kata Koishi dalam hati dengan penuh rasa bersalah. Koishi bangkit dari duduknya lalu meramas lembut rambut Qarizh. "Mulai hari ini, aku takkan seksa kau lagi. Tapi aku takut Akashi yang akan seksa kau lebih teruk lepas ini." kata Koishi. "Takpe, Koishi. Aku boleh bertahan, percaya cakap aku." kata Qarizh. Koishi berlalu pergi dari bilik rawatan tersebut.