BAB 12

486 45 3
                                    

Adelia masuk ke dalam waterpark A Famosa. Elman sudah teruja untuk mandi waterpark, saudaranya juga. Datin Rania mengambil gambar dan video suasana waterpark itu. Sesekali, dia mengambil gambar Adelia dan kawan-kawannya juga, untuk di berikan kepada ibu bapa Adelia. Sejujurnya, ibu bapa Adelia sangat risau dengan Adelia kerana dia tidak pernah bagi Adelia keluar dari rumah tanpa ibu bapa, tapi kali ini mereka bebaskan Adelia kerana mereka faham Adelia juga mahu kebebasan.
   
Selepas Datin Rania selesai mengambil gambar, dia terus hantar ke instragram dan hantar kepada ibu bapa Adelia. Datin Rania memang sangat terkenal di instragram. Jumlah Follwers instagramnya kini mencecah 2m folowers. Dia terus menuju ke kerusi untuk duduk dan letak barang-barang. Adelia, kawan-kawannya, Elman, dan saudara Elman juga turut mengikut Datin Rania.
     
Mereka membuka selipar dan terjun mandi kolam.
    
Elman mendekati Adelia lalu menyimbah air ke Adelia. Adelia memandangnya dengan perasaan yang marah “Woi, kau dah kenapa tiba-tiba je?!” kata Adelia sebelum menyimbah air ke Elman pula. Tak lama kemudian mereka sudah berperang air. Mira, Hannah dan saudara Elman hanya meihat saja dari tepi. Apa nak jadi lah dengan dua orang ni? Asyik gaduh je! Jodohkan nanti, ha baru tahu.
    
Setelah mandi kolam, mereka pergi ke River Pool. Pelampung di tepi kolam itu di ambil, lalu mereka letak di dalam kolam itu dan naik.
   
Adelia, mira dan Hannah duduk di pelampung yang sama. Elman dan sudaranya juga duduk di pelampong yang sama.
  
“Weh, korang! Jom lawan nak tak? Siapa yang sampai hujung dulu dia menang!” cabar Fahmi.
  
Hannah merenungnya tajam. “Okey, kitaorang mesti menang punya!”
  
“Heh, berlagak!” balas Fahmi.
   
Mereka laju-;aju ingin ke hujung. Adelia dan kawannya sudah di depan, manakala Elman dan saudaranya masih di belakang. Hannah menoleh ke belakang sambil tersenyum sinis. “Tadi kata boleh menang? Kenapa kat belakang lagi?”
   
Fahmi ketap geraham. Adelia dan kawan-kawannya sudah sampai ke hujung. “Yay, kita menang!” jerit Adelia, bangga.
   
Elman dan saudaranya sampai di penamat. “Alaaa, kita kalah!”  ujar Elman, kecewa.
  
“Disebabkan korang kalah, korang kena belanja kitaorang,” ucap Hannah.
   
“Hmm, yelah!” jawab mereka bertiga serentak. Adelia, dan kawan-kawannya terlompat gembira. Mereka sudah tahu mahu membeli apa selepas mandi kolam nanti. Selepas mandi kolam, mereka mahu jalan-jalan di A famosa.

SETELAH selesai mandi kolam dan bersiap, mereka semua pergi ke mall Melaka premium outlet. Mira, Adelia dan Hannah sudah terloncat gembira, untuk shopping. Adelia menghulurkan tangannya ke Elman. Elman memandangnya hairan. Dah kenapa pula minah ni?
    
“Kau nak apa?” soal Elman.
    
“Aku nak duit, kan kata tadi nak belanja sebab korang dah kalah tadi,” sinis Adelia.
   
Elman menghela nafas berat sebelum mengeluarkan beg dompetnya lalu mengeluarkan cardnya dan diberikan kepada Adelia. Adelia terpinga-pinga. Dia gurau saja tadi, tak sangka pula dia bagi betul-betul.
  
“Err...boleh ke? Tadi aku gurau je sebenarnya.”
  
Elman mencebik. “Heh, aku dah bagi tu, ambil aje lah. Dalam card ni ayah aku ada masukkan RM5,000 ringgit sebelum kita ke sini tadi. Dia suruh shopping bayank-banyak. Tapi, aku ni kan lelaki, buat apa nak shopping banyak-banyak.” Card di tangan lman dihulurkan ke Adelia. “Nah, pergilah shopping puas-puas.”
   
Mira, Hannah dan Adelia memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum teruja lalu memandang Elman semula “Seriuslah, Elman? Kau bagi?” soal Adelia.
   
Elman mengangguk menandakan dia bagi. Card itu di ambil perlahan-lahan oleh Adelia. “Terima kasih!” Card itu di masukkan ke dalam beg, lantas terus beredar dari situ untuk shopping macam-macam.
  
Langkah mereka bertiga dituju ke arah kedai skethes, masuk sahaja di dalam, kelihatan kumpulan gergeous diva sedang gelak ketawa sambil berjalan untuk melihat kasut-kasut.
  
Adelia tersentak. Apa diaorang buat kat sini. Mereka berhenti ketawa apabila melihat Adelia, Mira dan Hannah masuk ke kedai itu. Mereka terus bergerak ke arah mereka bertiga.
  
Adelia hanya berdiri sahaja di situ sambil mengerutkan dahi. Dia teringat semula masa mereka bertiga kerjakan Adelia habis-habis. Memang teruk betul, sampai lebam di buatnya.
   
Aliya memeluk tubuh sambil merenung tajam ke dalam bebola mata coklat pekat milik Adelia itu. “Apa kau buat kat sini?” soal Aliya, matanya naik turun memandang Adelia.
   
Giliran Adelia pula memeluk tubuh. “Heh, sukahati akulah aku nak pergi mana pun, yang kau nak sibuk apahal?” katanya sebelum bergerak pergi dari situ bersama Mira dan Hannah.
    
Mereka juga bergerak pergi dari situ, apabila mereka buka sahaja pintu, kelihatan Elman dan saudaranya mahu masuk ke dalam. Aliya terkejut, lantas tersenyum manis.
  
Mata Elman membulat. Hakim dan Fahmi terkejut melihat dua orang itu hanya berdiri di depan pintu tanpa bergerak. “Apa kau buat kat sini, Aliya?”
  
Aliya dan gengnya berundur ke belakang, Elman berjalan masuk ke dalam kedai itu. Dia tidak mahu bertikam mulut di hadapan pintu, nanti susah orang nak masuk.
   
“I yang patut tanya you, you buat apa kat sini?”
   
“Ohh, aku pergi dating dengan Adelia hari ni. Kau buat apa pula kat sini?” soalan dibalas soalan.
  
Muka Aliya mula pucat. “You, ada hubungan dengan Adelia? Ketua pengawas yang garang gila tu?” Aliya ketawa sinis. “Ohh, seriuslah? Macam mana you boleh minat kat dia?”
  
Elman memeluk tubuh sambil tersenyum sinis. “Suka hati I lah nak suka orang yang garang. Daripada I suka orang yang gedik macam you, kan?”
  
Setelah selesai membayar barang, Adelia, Mira dan Hannah terus bergerak ke arah mereka. Dah kenapa pula diaorang ni?
  
“Eh, kenapa ni?” soal Adelia.
  
Aliya memandang Adelia lantas menjeling. “Elman boyfriend you ke?” keningnya terangkat sebelah.
  
Dia memandang Elman sambil ketap geraham. Laki ni fitnah apa pula ni? Tiba-tiba pula jadi boyfriend si Elman. Elman memandangnya, lalu mengangguk sambil tersengih. Hakim dan Fahmi sudah tidak tahan untuk menahan ketawa. Macam dalam drama pula!
  
Mahu sahaja Adelia berkata, ‘Taklah, siapa je nak suka mamat kerek tu?’. Tapi, dia membuat keputusan untuk kata, ya. Biar prempuan jahanam tu sentap!
  
“Ya, kenapa? Elman boyfriend I, And, you dah kenapa nak bergaduh dengan boyfriend I dekat tempat awam ni? Tak malu ke orang tengok nanti?”
  
Elman tersenyum gembira. Nasib baik dia cakap ya, kalau tak, mesti dia kena marah teruk dengan perempuan gedik tu sebab menipu. “See? Dia pun mengaku I boyfriend dia. Jadi, pergilah, jangan nak jadi penyondol!”
  
Aliya terkesima, dia memandang Adelia dan Elman silih berganti sambil ketap geraham. Tangannya diturunkan. “Girls, jom pergi dari sini. Malas I nak layan 2 setan ni, ” katanya sebelum keluar dari kedai itu.
   
Adelia bergerak ke Elman. “Kau dah kenapa kata aku ni girlfriend kau?”
  
“Sorrylah, aku malas nak layan perempuan gedik tu. Lagipun, nanti dia mesti paksa aku pergi teman dia untuk dating, malas aku!” jawab Elman.
  
“Bolehkan bagi alasan lain? Dan, kalau dia tanya pun, jawab je lah kau tak nak, kan senang.”
  
“Kau tau kan dia tu gedik dan manja macam mana? Nanti dia paksa aku!”
 
Mira, Hannah dan saudara Elman tersenyum sinis.
 
“Ciee, kenapa tak couple betul-betul je? Baru sweet! Lagipun korang berdua ni serasi sangat,” kata Mira.
 
Muka Adelia dan Elman sama-sama mula memerah. Adelia memeluk tubuh sambil memandang tempat lain. “Heh, mana ada! Mengarutah korang ni!”
 
“H..haah, betul apa Adelia cakap tu. Lagipun, kitaorangni kan selalu bergaduh, memang tak serasi betul!” Elman menafikan.
 
Mira dan Hannah sama-sama ketawa apabila melihat muka Elman dan Adelia sama-sama sudah merah padam. “Eh, selalunya bergaduh ni boleh tersuka tau! Ha, bergaduhlah banyak-banyak sampai ke pelamin nanti.” sinis Hannah sebelum mereka sama-sama meletuskan ketawa.
 
Adelia ketap geraham. “Heh, jangan nak mengarutlah! Kau tu, kata tak nak kahwin, jangan-jangan nanti kau yang kahwin dulu dengan Fahmi.” Ha, ambik kau! Itulah, ejek sangat orang, kan dah kena.
  
Fahmi dan Hannah memandang antara satu sama lain sebelum memandang Adelia yang tersenyum sinis itu semula. “Itu lagi mengarut! Kitaorang baru kenal kut! Lagipun, nanti dah tak jumpa dah, sebab dah nak balik.”
   
“Jodoh tak kemana, kut-kut lah jumpa balik dah besar nanti kan?” Kening Adelia terangkat-angkat.
     
“Dah, tak payah nak bergaduh kat sini, jom balik! Lepastu bersiap. Kan nak pergi safari petang ni?” sampuk Mira. Dia pun sudah penat nak tengok orang bergaduh je. Kat sekolah tengok diaorang bergaduh, masa bercuti pun tengok orang bergaduh.
   
Mereka semua memandang Mira lantas mengangguk. “Jomlah, aku pun dah malas nak cari gaduh.” Mereka bergerak pergi dari situ.

Love you, Akak Pengawas! Where stories live. Discover now