Bab 2

1 0 0
                                    

Hari pertama sebagai pasangan suami isteri berlalu dalam kesunyian. Camelia memutuskan untuk tidur di bilik tetamu, meninggalkan Firas sendirian di bilik utama. Bagi Camelia, perkahwinan ini hanyalah satu paksaan, dan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.

Firas mengetuk pintu bilik tetamu perlahan pada pagi itu. "Camelia, saya nak cakap dengan awak sekejap."

Pintu terbuka, dan Camelia muncul dengan wajah masam. "Apa lagi, Firas? Kalau kau nak cakap pasal perkahwinan ni, aku tak berminat."

Firas cuba tersenyum walaupun hatinya terasa berat. "Saya cuma nak pastikan awak okey. Kalau ada apa-apa yang awak perlukan, awak boleh beritahu saya."

Camelia memutar matanya, jelas sekali tidak peduli. "Aku tak perlukan apa-apa. Jangan buang masa kau untuk aku, Firas. Kau cuma buang tenaga."

"Awak isteri saya, Camelia," balas Firas, nada suaranya lembut tetapi tegas. "Saya cuma nak awak tahu saya ada untuk awak."

Camelia ketawa kecil, tetapi tawanya penuh sindiran. "Suami? Kau tak lebih dari seorang lelaki yang keluarga aku pilihkan untuk aku. Jangan perasan, Firas."

Firas tidak membalas. Dia hanya memandang Camelia dengan kesedihan di matanya. Dia tahu, jika dia berkata apa-apa lagi, itu hanya akan menjauhkan Camelia lebih jauh darinya.

Beberapa hari kemudian

Camelia kembali ke dunianya sebagai seorang model. Di studio penggambaran, dia kelihatan bebas, tersenyum, dan yakin seperti biasa. Semua orang di sekeliling memuji kecantikannya dan profesionalismenya.

Di situlah dia bertemu Mikael, seorang model terkenal yang menjadi pasangan untuk penggambaran kali ini.

"You mesti Camelia," sapa Mikael dengan senyuman menggoda. "You besar di industri ni. Akhirnya kita dapat shooting sama-sama."

Camelia menyambut tangannya dengan senyuman kecil. "Oh, Mikael. I dengar you pun bukan calang-calang model. Harap awak tak ketinggalan level i."

Mikael ketawa kecil, matanya memandang Camelia dengan penuh minat. "Percayalah, i tak akan kecewakan you."

Sepanjang sesi, chemistry antara mereka jelas terasa. Mereka berdua mempamerkan gaya yang sempurna di hadapan kamera, seperti pasangan ideal. Namun, di sebalik lensa, ada percikan yang lebih mendalam.

Camelia tidak dapat menafikan bahawa Mikael mempunyai daya tarikan yang sukar diabaikan. Cara dia bercakap, senyumannya, dan keyakinannya membuatkan Camelia terpesona. Setiap kali mata mereka bertemu, dia merasakan debaran yang berbeza sesuatu yang tidak pernah dia rasakan bersama Firas.

Di rumah, Firas menunggu Camelia dengan sabar. Dia menyediakan makan malam untuk mereka berdua, berharap dapat memulakan perbualan dan memperbaiki hubungan mereka. Tetapi seperti biasa, Camelia pulang lewat, langsung tidak menunjukkan minat terhadap apa-apa yang Firas lakukan.

"Awak tak makan?" Firas bertanya ketika Camelia hanya melangkah terus ke bilik.

Camelia berhenti sejenak, tetapi tidak berpaling. "Aku dah makan kat luar. Tak perlu tunggu aku lagi, Firas."

Firas hanya mampu menghela nafas panjang. Hari-hari berlalu, tetapi jarak antara mereka semakin besar. Dan di tempat lain, tanpa disedari Firas, Mikael mula mengambil tempat dalam hati isterinya.

Cinta Yang TerpaksaWhere stories live. Discover now