"𝐀𝐓𝐇𝐈𝐑𝐀!! makanan yang aku suruh kau masak tu dah siap ke?!" suara lantang Puan Nadira memecah kesunyian rumah besar itu. Nada suaranya penuh dengan ketegasan dan marah, menghantarkan getaran yang mencengkam hati sesiapa yang mendengarnya.
Athira, gadis muda yang sedang berdiri di dapur, menelan liur sambil tangan kecilnya sibuk mengaduk sup di dalam periuk. Degup jantungnya bertambah laju apabila mendengar langkah berat Puan Nadira mendekati. Walaupun dia bisu, Athira dapat merasai betapa tajamnya pandangan mata wanita itu yang menghunus seperti pisau setiap kali dia berada dalam keadaan tidak senang hati.
Langkah Puan Nadira bergema, menghampiri dapur yang terang dengan cahaya matahari senja. Perempuan itu memandang tajam ke arah Athira, dengan mata yang bersinar marah. “Kau pekak ke?! Aku tanya, dah siap ke belum?” jeritnya lagi sambil meletakkan tangannya di pinggang.
Athira memandang Puan Nadira dengan wajah yang penuh ketakutan. Dia cuba menunjukkan bahawa dia hampir selesai dengan menunjuk ke arah sup yang sedang menggelegak. Matanya yang besar dan redup itu menatap wanita itu dengan harapan agar kemarahan Puan Nadira reda walaupun sedikit.
Namun, Puan Nadira hanya mendengus dan menggenggam erat kain bajunya. “ni je?! Takkan kau bagi kami makan sup kau ni?!” katanya dengan nada suara yang menghiris hati.
Puan Nadira mendengus geram sekali lagi. Makan saja la, daripada dia mati kebuluran, lagi pun anak perempuannya juga ada membawa beberapa makanan ringan dan sikit dari restaurant, jadi tak la dia rasa bosan untuk makan.
"Letak kat meja makan, aku dah lapar ni, dah tahu aku lapar masak sup ni je, ingat aku ni kucing ke nak makan sup ayam macam ni, menyusahkan"
Air mata mulai berkumpul di hujung mata Athira, tetapi dia cepat-cepat menahannya. Dia tahu Puan Nadira benci melihat tanda kelemahan. Tangan Athira menggigil ketika dia mengangkat periuk itu dan menuangkan sup ke dalam mangkuk besar. Aroma rempah memenuhi ruang dapur, namun tiada seorang pun di antara mereka yang terkesan dengan kehangatan bau itu. Ketegangan terus meliputi suasana.
Athira mengelap tangan dengan kain buruk di sebelahnya, lalu mengambil mangkuk dengan hati-hati. Kakinya melangkah perlahan, penuh dengan debaran, takut jika sup itu tertumpah walau setitik.
Sebaik sahaja dia tiba di ruang makan, Puan Nadira sudah pun duduk di kerusi utama, dengan wajah yang tidak menunjukkan sebarang tanda lembut. Athira meletakkan mangkuk itu di atas meja dengan cermat. Ketika dia hendak berpaling untuk kembali ke dapur, Puan Nadira bersuara lagi, kali ini nadanya lebih rendah, tetapi masih tajam.
“Tunggu.” Satu perkataan yang cukup untuk membuat Athira berhenti serta-merta. Dia memandang ke arah wanita itu, jantungnya berdegup kencang. “Esok, aku ada tetamu penting. Pastikan kau buat kerja kau betul betul, aku taknak kau muncul depan tetamu nanti, malu aku ada orang tengok aku ada anak bisu macam kau ni, kau faham?"
Athira mengangguk perlahan, cuba menunjukkan bahawa dia mengerti. Walaupun dia tidak boleh bersuara, matanya selalu berbicara. Matanya yang redup, yang sering kali mencerminkan kepenatan dan tekanan hidup yang dia alami.
Puan Nadira memandang Athira dengan renungan yang penuh dengan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. seolah-olah ada sesuatu di sebalik kemarahannya. Namun, dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan menghirup sup yang telah Athira masak dengan penuh ketelitian.
Athira berpatah balik ke dapur. Tangannya mengusap-usap lengan yang dingin, mencari ketenangan dalam kesunyian. Dapur, walaupun sempit dan panas, adalah tempat di mana dia merasa sedikit aman. Tempat di mana dia boleh sejenak melupakan dunia luar dan fokus pada kerja-kerja yang memerlukan ketekunan. Tapi di situ juga, ada kenangan pahit. Di dera, di seksa, walaupun kesalahan kecil. Di benci oleh keluarga kandungnya sendiri. Hanya kerana dia seorang yang bisu
Ketika malam mulai melabuhkan tirainya, Athira bersandar pada dinding dapur dan memandang ke arah tingkap kecil yang memancarkan sinar bulan.
Namun, di sebalik semua itu, ada keazaman yang perlahan-lahan terbentuk. Athira tahu, walaupun dia tidak dapat bersuara, dia masih mempunyai kekuatan dalam diamnya. Ada sesuatu dalam dirinya yang enggan tunduk sepenuhnya, sesuatu yang hanya dia tahu, akan membuatkan dia terus bertahan walaupun badai terus melanda.
Athira memejamkan matanya dengan rasa letih yang menyelubungi tubuhnya. Air mata yang tadi ditahan akhirnya mengalir perlahan di pipinya. Dingin malam yang memeluknya seolah-olah mengerti rasa perit yang dia simpan dalam diam. Dengan air mata yang masih membasahi wajah, dia akhirnya terlelap, mencari ketenangan sejenak dalam tidur yang tidak pernah benar-benar aman.
𝓐𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪 𝓐𝓭𝓻𝓲𝓮𝓪𝓷𝓷𝓮
Bush!
Satu percikan sejuk yang tiba-tiba menerpa wajah dan tubuhnya membuatkan dia terkejut dan tersentak bangun. Nafasnya tersekat, mata terbuka luas dengan pandangan penuh kepanikan. Dia menoleh dan melihat Puan Nadira berdiri dengan baldi kosong di tangannya, wajahnya penuh dengan amarah yang membara.
“Bangun! Kau pergi buat sarapan untuk anak aku, mereka dah lapar!” jerit Puan Nadira dengan suara nyaring yang mengisi seluruh dapur. Suaranya bergema, cukup untuk membuatkan Athira kembali sedar dari keletihan.
Dia memang selalu melakukan kerja rumah, masak, kemas rumah, cuci kain, semua tugas di rumah dia yang selesaikan. Seolah olah dia adalah pembantuh rumah. Ya, dia memang di anggap pembantuh rumah, seorang hamba yang hanya di pandang hina. Di beri makan hanya bila ada sisa dari mereka.
Athira, masih terkejut dan basah kuyup, cepat-cepat mengangguk dan berdiri. Tanpa mengeluh, dia melangkah ke dapur, menggigil dalam pakaian yang sejuk itu. Hatinya meronta, tetapi wajahnya tetap tenang. Dia tahu, ini adalah satu lagi hari di mana dia perlu bertahan
𝓐𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪 𝓐𝓭𝓻𝓲𝓮𝓪𝓷𝓷𝓮
"Mama, cantik tak dress ni?” Anissa menoleh dengan senyuman lebar, memandang cermin besar di hadapannya. Dress satin berwarna merah muda itu melilit tubuhnya dengan sempurna, menonjolkan keanggunannya. Anissa Nadia, anak sulung Puan Nadira. Dia berdiri dengan penuh keyakinan.
“Cantik, anak mama ni cantik, kalah anak datin-datin sana tu,” balas Puan Nadira dengan suara penuh kebanggaan. Wajahnya mengerling ke arah Athira yang berdiri jauh di sudut bilik, menundukkan kepala seperti biasa. Athira adalah adik Anissa, anak kandung Puan Nadira. tetapi dia diperlakukan tidak ubah seperti hamba. Kecacatannya yang bisu menjadikannya sasaran kebencian dan penghinaan berterusan daripada keluarganya sendiri.
Dengan langkah perlahan, Athira bergerak ke ruang tamu sambil menggenggam kertas yang ditulisnya: Mama, sarapan dah siap' Dia meletakkan kertas itu di atas meja bersebelahan Puan Nadira. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa emosi, hanya keheningan yang biasa.
Puan Nadira membaca tulisan itu sejenak, kemudian wajahnya berubah menjadi masam.
“Kau tak payah la panggil aku ‘mama’ bagai. Aku bukan mak kau la. Aku tak ada anak bisu macam kau, perasan!” bentak Puan Nadira sambil menyelangi mata ke arah kertas itu.
“Dah, kau pergi kemas pula bilik anak aku tu. Selagi tak siap, kau jangan makan!” Pesan puan Nadira sebelum dia berdiri dan menuju ke dapur.
Athira mengangguk patuh tanpa sedikit pun perubahan di wajahnya. Tiada rasa terkejut atau sedih, hanya satu kebiasaan yang sudah lama menjadi rutin. Dia tahu tanggungjawabnya dan hanya itu yang penting sekarang. Anissa memandang Athira dengan senyuman sinis, mata penuh ejekan. Sebelum mengikuti ibunya ke ruang makan, dia sempat menonjol dahi Athira dengan jari telunjuknya.
“Dengar tak apa mama I cakap?” katanya, suaranya berbisik tetapi tegas.
Athira mengangguk sekali lagi, kali ini dengan mata kosong, lalu beredar ke bilik Anissa. Langkahnya tidak tergesa-gesa, tidak juga perlahan. sekadar melakukan apa yang perlu dilakukan. Bilik Anissa yang penuh dengan barang-barang berharga dan pakaian bertaburan menyambut kehadirannya. Athira mula mengemas dengan tenang, tangannya bergerak cekap, memungut dan menyusun tanpa sebarang keluhan.
— Dia adalah Athira, beban dalam hidup keluarga kandungnya, hina
( vote more for unlock next chapter )
Mohon maaf jika ada kesilapan, nanti akan di perbetulkan