"Athira!" Suara Puan Nadira bergema di ruang tamu, tegas dan berbaur arahan.
Athira yang baru saja selesai mencuci pinggan di dapur terkedu seketika, namun dia segera melangkah keluar menuju ke ruang tamu.
"Aku nak suruh kau ni," ujar Puan Nadira dengan mata merenung tajam. "Kau pergi tunggu tepi jalan raya kat sana tu. Nanti ada satu kereta datang berhenti kat sana. Aku ada pesan barang kat Mak Leha. Kau jangan nak buka mulut apa-apa yang jadi kat rumah ni, faham?"
Athira hanya mampu mengangguk patuh, seperti selalu. Tiada soalan, tiada bantahan. Dia berpaling, bersiap sedia untuk melaksanakan arahan tanpa suara.
"Lagi satu"
Dengan itu Athira berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah puan Nadira sekali lagi.
"Kalau mak leha tanya apa apa fasal aku jaga kau, kau cakap yang aku jaga kau elok, kau jangan nak cakap buruk fasal aku" pesan Puan nadira. Bukan apa, Mak leha iaitu makcik kepada Athira dan Anissa ini sangat baik dan memahami bahasa isyarat.
Mak leha baik kepada Athira, berlaku adil walaupun Anissa dan Athira berbeza.
Mendengar itu Athira hanya mampu mengangguk perlahan. Dia berpaling semula meninggalkan ruang itu.
𝓣𝓱𝓮 𝓶𝓪𝓼𝓴 / 𝓣𝓱𝓮 𝓗𝓪𝓾𝓷𝓽𝓮𝓭
𝐒atu jejaka tersungkur berhampiran sebuah pokok besar di tepi jalan yang sunyi. Dia terduduk, tersandar lemah ke batang pokok, sambil tangan kirinya menekan luka di perut. Jaket hitam yang dipakainya sudah koyak sedikit, dan darah merah pekat mula merembes keluar, membasahi pakaian itu.
Dia meringis kesakitan, nafasnya tidak sekata. Warna mata graynya kelihatan sayu di sebalik mask hitam yang masih terlekat di wajah. Jejaka itu baru sahaja melarikan diri daripada bahaya, misi yang hampir meragut nyawanya.
Awan mendung menutup sinar matahari, membuatkan suasana bertambah suram dan dingin. Angin sepoi-sepoi meniup dedaun, memberi sedikit kelegaan kepada tubuhnya yang keletihan.
Dia cuba menahan rasa sakit yang makin mencengkam, namun badannya tidak lagi mampu bertahan. Matanya perlahan-lahan tertutup, membiarkan kegelapan menyelubungi dirinya.
𝓣𝓱𝓮 𝓜𝓪𝓼𝓴 / 𝓣𝓱𝓮 𝓗𝓪𝓾𝓫𝓽𝓮𝓭
Setelah beberapa ketika, Athira akhirnya tiba di tepi jalan yang sepi, berhenti di hadapan sebuah kereta yang baru sahaja tiba tepat pada masanya. Dia melihat seorang wanita berusia yang tersenyum lembut keluar dari kereta itu. Itu adalah Mak Leha, satu-satunya orang yang selalu baik padanya di kampung ini.
"Hai athira, ya allah rindunya dengan kamu ni" Ucap Mak leha, apabila gadis muda itu menghampirinya lalu dia memberi pelukkan hangat.
Athira membalas pelukkan itu, hanya mak leha. Satu satunya manusia yang memberinya pelukkan hangat sebegini. Hanya mak leha, yang dia tumpang kasih sayang. Itu pun jarang, kerana puan Nadira tidak mengizinkan dia untuk keluar selalu dari rumah kecuali ada kerja yang perlu di buat.
Dia tidak pernah bebas seperti Anissa.
"Besar dah kamu ni, nanti kalau ada masa, datang la rumah makcik ye?" Mak Leha berkata dengan nada mesra, matanya memandang Athira penuh kasih setelah pelukkan di leraikan.
Athira hanya tersenyum, anggukan kepalanya memberi jawapan, tanda penghargaan. Mak Leha kemudian membuka pintu kereta dan mengambil sesuatu.
"Ini, mak leha ada buatkan kamu kuih kegemaran kamu. Makcik buat banyak kat rumah tadi, kamu suka kan?" Mak Leha menghulurkan bekas itu dengan senyuman yang menawan.
Athira angguk, kemudian mengambil bekas tersebut. Dia mengangkat tangannya sedikit, memberi isyarat 'terima kasih' menggunakan bahasa isyarat.
"Sama-sama," jawab Mak Leha dengan senyuman manis, melihat Athira yang tampak gembira walau tak mampu berbicara. Dia memahami bahasa isyarat yang sudah lama di pelajari olehnya dulu.
"Ha, ni barang mak kamu pesan. Jaga elok-elok. Nanti dia marah kalau barang yang dia pesan ni rosak." Mak Leha berkata, sambil menghulurkan satu bungkusan yang dibungkus kemas. dia tahu perangai Puan Nadira yang membenci anak kandungnya sendiri
Athira angguk sekali lagi, dengan satu tangan bebasnya dia mengambil bungkusan tersebut, sementara tangan yang satu lagi masih memegang bekas tadi.
"Mak Leha pergi dulu la ye, ada hal lagi nak dibuat. Jaga diri ya?" Mak Leha memberikan ciuman di tepi kepala Athira, tanda kasih sayang yang tulus. Dia perlu pergi kerana dia juga ada banyak urusan, ikutkan hatinya dia akan terus singga ke rumah mereka untuk melawat. Namun bukan di saat ini.
Athira tersenyum lembut seraya mengangguk, tatkala memerhatikan Mak Leha kembali masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.
Setelah kereta itu hilang di selekoh, suasana kembali sunyi. Namun, sebentar kemudian, Athira terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh dari jauh. Tanpa berfikir panjang, dengan rasa ingin tahu yang membuak, dia pun bergerak ke arah bunyi itu. Dengan bekas kuih dan bungkusan yang masih digenggam erat, dia berjalan perlahan-lahan.
Akhirnya, dia tiba di tempat yang tidak terlalu jauh dari jalan yang dia dan mak leha berjumpa tadi. Di sana, dia terlihat susuk seorang manusia, seorang jejaka yang terduduk tersandar lemah di batang pokok besar.
'siapa....tu?' Bisik hatinya.
—Next? Vote more